Isteri, kalau dia marah atau mula tunjuk rasa tak puas hati, dia tak boleh diam. Dia kena luahkan apa yang tak puas hati. Sekurang-kurangnya, dia dapat meredakan apa yang terbuku dalam hati.
Kadang-kadang bila suami tidak bertindak balas atau buat-buat tidak tahu, mahunya makin geram dan sakit hati. Sebenarnya, isteri marah dan membebel bukannya suka-suka. Tapi, dia ingin meluahkan apa yang terpendam dalam hatinya.
Malah, kalau nak pujuk isteri pun, tidaklah mengambil masa yang lama. Kecuai, kalau suami buat tak tahu, memang lama rajuknya. Cara mudah nak pujuk isteri, bukan dengan memberi kata-kata manis, tapi cukuplah dengan perbuatan daripada suami, seperti yang dikongsikan oleh Siti Suryani Yaakob ini.
Kalau kita nampak isteri kita tengah naik marah, tengah membebel, tengah merapu, tengah menjerit, tengah naik angin…..
Tak payah buat benda lain. Jangan tanya atau jangan tegur. Malah, jangan tazkirah. Lebih-lebih lagi, jangan marah dia semula.
Ads
Ambil apa saja yang ada di tangan dia, letakkan di tepi. Pimpin tangan dia, bawa di satu sudut. Peluk dia kuat-kuat. Tak payah cakap. Tak perlu pujuk. Cukup dengan peluk.
Dia mungkin menjerit dan marah. Nampak macam tenaga dia banyak sangat. Tapi saat itu sebenarnya dia berada di tahap emosi yang paling lemah.
Ads
Kalau ada orang peluk dia waktu ni…. Dia boleh menangis teresak-esak. Sampaikan dia boleh mengadu tersedu-sedu.
Dia taknak jadi begitu. Malah, dia nak jadi anak yang baik. Dia nak jadi isteri yang solehah. Dan dia nak jadi ibu paling sempurna di dunia.
Suami Memahami
Pelukan itu cukup membuatkan dia faham bahawa suami memahami.
Isteri bukan terlahir sebagai orang yang marah-marah dan suka marah. Kalau dia memang jenis baran, dari dulu pun suami takkan berkenan.
Bukan dia dari awal kenal pun jenis yang kokak kepala pekerja kedai kalau makanan lambat sampai. Tidak.
Jangan biarkan dia sendirian memujuk rasa. Perjalanan rumah tangga adalah perjalanan syurga. Tapi perjalanan ini tak semudah yang kita semua sangka. Sokonglah dia sepenuh jiwa.
MW: Sebenarnya hati isteri cukup lembut. Dengan hanya pelukan daripada suami sudah cukup meredakan tekanan dan emosi yang dia hadapi.
Pilih pasangan sekufu, dengan harapan dapat hidup bahagia dalam rumah tangga kerana tiada perbezaan ketara dari segi gaya hidup. Namun, ternyata apa yang diharapkan tak terjadi.
Pilih wanita yang dianggap dapat susah senang hidup bersamanya, namun lelaki itu kecewa akhirnya bila dia dicurangi oleh isteri tersayang. Ikuti pengakuannya kepada Mingguan Wanita.
Bukan senang nak hidup senang. Perlu ada kemahuan dan usaha. Aman, 30, bukan berkelulusan tinggi. Selepas SPM, dia melanjutkan pelajaran di pusat kemahiran di dalam bidang automotif. Selepas tamat belajar, dia bekerja di sebuah bengkel milik bangsa Cina. Uncle itu sangat tegas dan cerewet tapi Aman banyak belajar daripadanya ilmu tentang penyelenggaraan kereta. Sehingga akhirnya Aman menjadi orang kanannya.
Aman sedar, pada zaman serba mencabar ini, dia perlukan duit jika hendak pinang anak dara orang. Sebab itu dia kerja keras dan hidup berjimat. Dia nak selepas kahwin nanti isteri dan anak-anaknya akan hidup selesa.
Aman pernah bercinta ketika mula bekerja tapi putus di tengah jalan apabila keluarganya tidak merestui perhubungan mereka. Alasan mereka kerana Aman seorang mekanik. Sejak itu Aman pasang hasrat untuk berjaya dalam hidup. Punya bengkel sendiri.
Aman berkenalan dengan seorang gadis manis yang sering berkunjung ke bengkel tempatnya bekerja untuk servis kereta. Dari hari pertama, memang dia perasan gadis itu seolah-olah menyukainya. Sehinggalah tauke bengkel sendiri yang mengusik. “Aman, saya tengok itu Amoi manyak suka sama kamu woo..”. Aman hanya tersenyum kerana dia sedar siapa dirinya. Tak berani hendak cuba ‘masuk daun’. Nama gadis itu Ayu, anak seorang ahli perniagaan. Bekerja di syarikat ayahnya sendiri. Mereka umpama burung enggang dan pipit. Mana layak terbayang bersama.
Dalam masa yang sama, Aman kenal dengan seorang gadis lain, Syida yang membantu makciknya di sebuah kedai makan. Orangnya pun manis dan nampak lemah lembut. Dia pun seperti ada menaruh minat pada Aman. Anak yatim, kematian ibu. Sekarang tinggal bersama makciknya dan membantu makciknya berniaga. Aman rasakan Syida pilihan tepat untuknya kerana mereka setaraf.
Kata orang, sekufu. Dalam tempoh enam bulan, mereka bertunang dan berkahwin. Majlis perkahwinan mereka tetap meriah walau dalam keadaan sederhana sahaja. Aman tetap cuba berikan yang terbaik untuk isterinya.
Beberapa bulan pertama, Aman dan Syida hidup bahagia. Mereka tinggal di sebuah flat dua bilik yang dibeli sendiri oleh Aman. Atas permintaan Syida, Aman benarkan Syida terus bekerja di kedai makciknya. Selagi belum ada anak, boleh juga isi masa lapang Syida. Fikir Aman. Dia bukan fikirkan soal duit kerana dia mampu menanggung isterinya itu.
Aman semakin sibuk apabila tauke lamanya menjual bengkel tempatnya bekerja kepada Aman kerana tiada siapa yang hendak ambil alih dan dia berhijrah ke luar negara. Diserahkan bengkel itu kepada Aman yang dianggap seperti anaknya sendiri. Kehidupan Aman semakin sibuk. Dia tekad untuk membesarkan lagi bengkelnya itu. Malah, Aman telah membuka kedai mencuci kereta bersebelahan bengkelnya. Memang dia teramat sibuk sehingga jarang dapat keluar bersama Syida. Aman bersyukur kerana Syida masih bekerja, jadi tidaklah dia sunyi di rumah. Aman harap Syida faham dia berusaha untuk masa depan mereka juga.
Tanpa disedari, hubungan Aman dan Syida makin renggang kerana kesibukan Aman. Kadangkala pulang awal pagi lebih-lebih lagi musim perayaan.
Namun tak sangka, Syida curang di belakang Aman. Dia bermain cinta dengan seorang lelaki yang sering makan di kedai makciknya. Mulanya sekadar teman mencurah rasa, akhirnya sama-sama jatuh cinta. Lelaki itu seorang kakitangan kerajaan dan sudah punya isteri dan tiga anak.
Aman tidak sedar apa yang berlaku sehingga dibocorkan sendiri oleh makcik Syida kerana kasihankan Aman. Bertungkus-lumus bekerja tapi isteri bermain cinta dengan lelaki lain. Mulanya Aman seakan tidak percaya, namun selepas diintip dan melihat sendiri isterinya bermesra dengan lelaki lain, dia percaya.
Syida pula berterus terang bahawa dia sudah tidak sayangkan Aman dan minta dilepaskan dengan baik. Demi maruah seorang suami dan tidak sanggup lagi menyimpan isteri yang terang-terangan mengaku curang, Aman jatuhkan talak satu.
Setahun berlalu dan Aman tidak berpaling ke belakang. Syida sudah berkahwin dengan kekasihnya sebaik tamat edah dahulu dan Aman tetap sendiri. Fokusnya pada perniagaannya yang sudah semakin maju sehingga mampu membuka dua buah bengkel lain.
Aman agak fobia mengenangkan keruntuhan rumah tangganya yang putus di tengah jalan. Disangka mengahwini wanita yang setaraf, dapat memahami dirinya. Rupanya sebaliknya yang terjadi.
Tak sangka, selepas setahun, Ayu muncul di bengkel Aman. Rupanya selepas Aman berkahwin, dia membawa diri ke luar negara menyambung pelajaran di sana.
Kini dia kembali dan masih setia menjadi pelanggan bengkel kereta Aman. Ayu telah meluahkan rasa hatinya kepada Aman. Yang masih setia mencintai Aman. Katanya, sikap Aman yang jujur, rajin dan kuat bekerja membuatkan dia jatuh hati sejak dulu. Aman masih terasa perit dengan kegagalan rumah tangganya.
Namun dia cuba untuk membuka hati untuk menerima Ayu. Jika ada jodoh, dia tidak menolak untuk disatukan dengan gadis itu kelak. Namun, bukan untuk masa terdekat. Dia perlu merawat duka di hati terlebih dahulu..
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Apabila Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, banyak norma baharu yang perlu rakyat Malaysia tempuh. Termasuklah rutin harian kerja yang tak sama macam dulu. Ada hari bekerja, ada hari kena duduk rumah tanpa gaji. Mujurlah bank berikan moratorium.
Kelonggaran tak bayar hutang dengan bank ini sepatutnya beri lebihan wang pada mereka yang ambil moratorium ini. Tapi ada segelintirnya dah lepas 3 bulan, duit simpanan pun tak nampak bayangan.
Bila masa tiba-tiba, perlukan duit kecemasan. Tiada pula bayangan simpanan moratorium yang sepatutnya jadi bekalan saat kecemasan. Ini yang dihadapi sendiri oleh Abdul Muiez Ruslee, langsung memberikan pesanan penting untuk anda yang mungkin berdepan masalah yang sama.
Minggu lepas mak saya masuk hospital.
Setelah beberapa hari, doktor wajibkan kami beli mesin CPAP dan Oxygen Concentrator.
Selepas berbincang, mahu tak mahu, kami perlu beli untuk kegunaan mak. Harga kedua-dua mesin ini lebih RM10 ribu.
Kami minta mereka hantarkan hari ini juga. Sebab, kalau tidak mak tak boleh keluar hospital.
“Kena bayar deposit RM4 ribu. Siapa boleh bayarkan. Aku tak cukup duit.” Kata adik saya.
Saya pun semak akaun bank.
“Aku pun tak cukup. Dekat Tabung Haji ada.”
Setelah berbincang, adik saya seorang lagi yang bayarkan deposit RM4 ribu tu.
Selepas itu saya termenung panjang.
Moratorium dah 3 bulan. Bermaksud, dah 3 bulan duit pinjaman tak potong. Sepatutnya, paling tidak sudah ada RM10 ribu dalam bank. Tapi ke mana duitnya?
Terduduk sekejap saya memikirkan perkara itu.
Ya betul. Saya sudah beli itu ini. Tetapi, di mana simpanan saya?
Bila muncul hal kecemasan macam ni, mana saya nak korek?
Emas? Tak sempat nak gadai.
Tabung Haji? Tak boleh nak tunggu esok.
Aset? Bukan mudah nak dicairkan.
Saya terfikir, setidak-tidaknya perlu juga ada simpanan tunai untuk digunakan ketika saat terdesak. Kalau moratorium seribu, sepatutnya kita sudah ada tiga ribu. Katakan kalau moratorium dua ribu, kita sepatutnya sudah ada simpanan enam ribu. Kalau potongan tiga ribu, senang-senang kita boleh simpan sembilan ribu.
Berapa baki moratorium kita?
Ada baki 3 bulan lagi. Sempat rasanya untuk kita buat simpanan.
Perkara lepas jadikan sempadan. Jangan diulangi lagi kesilapan semalam.
Gittew.
MW : Penting sebenarnya simpan duit moratorium ini, nanti lepas 6 bulan mudah nak bayar faedah selambak dekat bank. Takdelah hutang tu makin berganda-ganda banyaknya. Jadi, marilah tekadkan semangat untuk gigih menyimpan.
Sumber/Foto : Abdul Muiez Ruslee*Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tanyalah mana-mana isteri, dalam mengurus rumah tak ada yang gembira. Lebih-lebih lagi, bila suami berkira dan kedekut dengan isteri sendiri. Kadang-kadang tambah rasa stres bila banyak kerja rumah yang harus dipikul. Sementelah kalau isteri bekerja. Tanggungjawab dalam mengurus rumah dan kerja untuk membantu keluarga sangat banyak.
Sudahlah suami kedekut, malah bila urusan rumah pula langsung tidak dipedulikan dan dibantu oleh pasangan. Semuanya diuruskan oleh isteri. Suami hanya goyang kaki dan tahu semua kerja rumah dah settle.
Kalau tak diurus stres ini, boleh jadi isteri jadi ‘gila’. Hidup bersama tapi yang buat semua kerja isteri sahaja. Mungkin ada suami yang begini sifatnya.
Namun tidak dinafikan, tidak semua suami yang ambil ringan tentang tanggungjawabnya. Mungkin sebahagian sahaja. Jadi, beruntunglah isteri bila suami turut membantu dalam urusan kerja rumah.
Begitulah juga ulasan dan perkongsian daripada Hayat Muhamad dari kaca mata seorang lelaki dan suami ada betulnya.
Pertama, dalam diam-diam, ramai isteri yang tidak diberi nafkah walau satu sen. Maksudnya satu ringgit pun suami tak bagi. Jadi semua belanja dapur atau anak- anak isteri yang tanggung. Suami gaji dia solid dapat pada dia. Gaji isteri untuk tanggung semua.
Kedua. Tanggungjawab isteri terlalu banyak. Isteri urus anak- anak, makan pakai, sekolah, tuisyen, semua isteri urus. Suami goyang kaki saja. Balik nak makan tersedia. Isteri setiap hari kerja banyak. Stress. Masak, pakaian, semua atas dia.
Ketiga. Duit tak cukup. Ramai orang mengalami masalah ni. Sudahlah anak- anak dia urus, duit dapur pun dia yang keluarkan. Suami pulak kedekut. Kadang- kadang terpaksa bungkus kerepek untuk tampung kehidupan. Bisnes 3-4 perkara. Orang nampak saja mewah. Tapi hakikatnya Tuhan sahaja yang tahu.
3 perkara ni boleh selesai kalau:
MW: Hidup suami isteri kenalah saling tolong menolong dan membantu. Jangan harap pada isteri seorang dan nafkah kenalah bagi walaupun isteri bekerja. Ingat tu!
Semakin cantik dan tampal manis, pelakon Salina Saibi kini tampil berhijab selepas pulang menunaikan umrah pada bulan Syawal lalu tanpa niat awal untuk berhijab.