Setiap pasangan yang berkahwin, tentu inginkan rumah tangga yang bahagia hingga ke akhir hayat. Bukan hanya dengan pasangan tapi bila bahagia, seluruh keluarga, baik lelaki mahupun perempuan turut rasainya.
Begitu juga bila berkahwin, isteri sudah tentu akan terikat dengan suami, bak kata, syurga isteri di kaki suami. Tetapi, bahagia macam mana suami, syurganya tetap di kaki ibu.
Siapa yang tidak mahu bila bahagia kan? Setiap rumah tangga yang dibina pastinya bahagia dengan kehadiran anak sebagai penyeri dengan rezeki yang melimpah ruah, diberi kekayaan dan kesenangan.
Namun, bahagia itu mungkin tidak akan berkekalan, jika kita mula sombong dan angkuh dengan ibu bapa mahu pun adik beradik. Maklum sahaja, keluarga sudah senang sehingga lupa dengan mak ayah dan adik beradik.
Kena ingat, taat dan bahagia atau pun diberi rezeki melimpah ruah bersama pasangan, jangan sesekali buang keluarga terutamanya mak ayah dan adik beradik. Sebaliknya, bantu dan sentias menjaga hubungan dengan darah sedaging itu.
Antara perkongsian daripada Insyirah Soleha tentang perkara ini apabila anak perempuan sudah mula dimiliki orang. Jangan fikir, hidup ini semuanya perlu patuh dan taat pada suami sahaja, sebaliknya kena fikirkan juga tentang keluarga dan jagalah silaturrahim dengan mereka.
Orang perempuan, selepas berkahwin ketaatan pada suami tiada kompromi dalam hal yang tidak bertentangan dengan syariat. Kalau suami suruh buka tudung, berpakaian ketat, maki ibu ayah, semua tu dah langgar syarak maka isteri tak perlu turuti kehendak suami.
Ads
Ada suami, bila beri kemewahan pada isteri dia anggap isteri hak mutlak dirinya sahaja. Isteri nak jumpa keluarga, tak boleh. Isteri nak balik ziarah ibu ayah pun tak boleh. Adik beradik isteri nak datang ziarah pun tak boleh. Isteri yang sami’na wa ato’na sentiasa letak suami nombor satu dalam hidup, sebab dia nampak suaminya satu-satunya jalan ke syurga sampai goyang silaturrahim dengan keluarga.
Mak ayah menangis sedih dengan sikap anak perempuan, adik-adik kecil hati dengan perangai kakak, abang-abang rindu nak jenguk adik tapi dah adik perempuan tak boleh berjumpa sesiapa hanya kehidupannya untuk suami dan anak-anak.
Kembali Pada Keluarga
Satu hari, suami beritahu nak berpisah sebab dah ada orang lain yang lebih dekat di hati. Siapa yang sudi nak beri tangan dan bahu kalau bukan ibu ayah tua yang tetap sayangkan anaknya?
Malahan, siapa lagi yang diharapkan untuk ‘kutip’ semula bawa pulang ke rumah kalau bukan abang-abang yang selama ni rindu nak jenguk adik perempuan? Siapa lagi yang nak hiburkan kalau bukan adik-adik?
Begitulah ujian.
Ingat Bila Bahagia, Jangan Buang Keluarga
Bila bahagia, jangan buang keluarga. Ibu ayah beriman tak ada yang nak tengok anak susah dan kecewa dengan pasangan. Ibu ayah bertakwa redha sahaja anak perempuan tak balik-balik rumah sebab dia tahu seorang isteri adalah di sisi suami.
Bukanlah sampai kena pinggirkan suami untuk jaga hati ibu ayah sampai hak suami pun ditindas. Jagalah silaturrahim dengan ibu ayah dan adik-beradik.
Ads
Masa saya nak kahwin 10 tahun lalu, semua orang hairan ibu ayah saya tak menangis sedih pun. Mereka ceria dan senyum, bapa saya siap buat lawak nak bagi hilang gemuruh suami sebelum akad nikah sampai semua orang ketawa sama.
Simple saja pesanan ibu ayah,
“Perkahwinan ni bukannya kehilangan anak, tapi dapat lagi seorang anak. Tak ada apa nak disedihkan.”
Mungkin orang akan kata, tak semua ibu ayah fikir begitu. Ya, rezeki saya ibu ayah fikir begitu. Kita yang jadi anak dan menantu pun kena juga beradab dan hormat keluarga baru sama seperti keluarga kita juga. Adik beradik suami, dihormati sama seperti adik beradik sendiri.
Jaga Silaturrahim
Berpuasa, sedekah kepada orang lain, bayar zakat, rajin solat sunat dan tahajud sebanyak mana pun kalau mulut suka menyakitkan hati, neraka juga tempatnya sebab hablum minaLLAH wa hablum minannas.
Hubungan dengan Allah kena A++
Malah, hubungan sesama manusia juga kena A++
Ads
Kita hidup bermasyarakat dan berkeluarga. Kalau yang keluar dari mulut lebih baik dari diam, maka bercakaplah. Kalau apa yang keluar dari mulut pasti menyakitkan hati orang, pilihlah untuk diam.
Kadang, Allah memberi peluang untuk kembali dalam dakapan keluarga dengan cara yang paling sakit, untuk muhasabah dan baiki keadaan sebelum ini.
Di Beri Ujian
Ia akan jadi manis, bila kembali pada Tuhan.
Sentiasa ada hikmah dalam setiap musibah dan sentiasa ada solusi dalam setiap situasi.
Kawan,
Letaklah Allah nombor 1.
Rasulullah di tangga kedua.
Pasangan jadi yang ketiga tanpa perlu pinggirkan ibubapa.
Ummu Amir,
Be kind. Always.
MW: Kalau tidak jaga silaturrahim dengan mak ayah dan adik beradik, kita belum tentu bahagia pada zahirnya. Moga kita sentiasa saling mengingati.
Setiap perkahwinan sebolehnya kita ingin kekal hingga ke akhir hayat dengan dikelilingi oleh orang-orang tersayang. Namun, tak mustahil ada rumahtangga retak dek kerana tiada lagi persefahaman dan rasa kasih sayang antara suami isteri.
Ada banyak faktor yang menjadi penyebab rumahtangga retak. Jangan hanya ingat, sesuatu perpisahan hanya kerana tiada lagi rasa cinta. Tapi ia juga boleh jadi kerana masuk campur orang ketiga.
Bukan melibatkan orang luar yang dimaksudkan dengan orang ketiga tapi boleh jadi rumahtangga retak apabila campurtangan mentua. Awalnya, mungkin tiada apa-apa masalah, tapi lama-kelamaan akan nampak perangai sebenar yang mngkin tidak disukai oleh mentua.
Itu satu hal, ada juga rumahtangga retak bila mentua lebih percayakan kata anaknya berbanding menantu. Sedangkan dia lebih kenal siapa anaknya. Mungkin ada baik dan buruknya.
Inilah yang dikongsikan oleh Puan Rabiatul Adawiyah Ramli, peguam syarie yang banyak mengendalikan kes-kes seperti ini. Ikuti perkongsiannya.
Rumahtangga Retak Bila Mentua Back Up Anak Sendiri
Sebelum nak back up/ menyebelahi anak lelaki melebihi menantu perempuan, kena fikir dulu yang anda tu ada anak perempuan ke tidak, paling tidak pun fikirlah kalau-kalau ada cucu perempuan ke, anak saudara perempuan. Bukan apa, takut-takut akan terkena perkara yang sama dari mak mentuanya nanti.
Sebab banyak sangat aduan dan kes-kes punca retak rumahtangga ini dari keluarga mentua.
Sayang anak tak kena tempat sampai sanggup percaya kata-kata anak tu bulat-bulat. Sepatutnya jadi orang tua ni, jadi pendamai sebab nak adakan keturunan yang ramai, bukannya tepuk amai-amai.
Jadi orang tua ini biar jadi orang yang adil dalam mendengar keluhan dan aduan dari anak menantu. Bukannya dengar sebelah pihak melulu.
Bila dah dengar keluhan dan aduan tu siasat betul ke tidak, lepas siasat cari jalan penyelesaian bukannya lepas tangan lepas bagi hentaman.
Sebab itulah dalam seksyen 47(5)(6) Enakmen undang-undang Keluarga islam Selangor memberi keutamaan kepada saudara karib kepada pihak-pihak untuk dilantik sebagai Jawatankuasa Pendamai untuk mendamaikan.
Ini tidak. Sudahlah tak ada usaha mendamaikan apatah lagi nak ambil inisiatif tegur dan ajar anak sendiri, difitnah pula diputarbelitkan fakta masa bicara.
Apa sudah jadi.
Buang Ego
Nasihat saya, anak ini bukan hanya perlu dididik dari alam rahim, tapi perlu dididik dan diajar sehingga akhir hayat.
Sebagai anak pula relakanlah hati itu untuk di ajar dan di didik kalau tak mampu nak mengajar dan mendidik anak isteri. Ego buang tepi barulah keluarga yang dibina kekal hingga syurga yang tertinggi.
Mingguan Wanita : Betul sangat. Kalau sayang anak sekali pun dan ras tahu perangai anak, janganlah ambil bulat-bulat. Mungkin anak dengan maknya lain tapi bila dengan pasangan lain pula perangai. Hanya pasangan yang tahu.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak.
Dalam tempoh PKP ini, anak-anaklah yang paling seronok bila mak dan ayahnya sentiasa ada 24 jam depan mata. Sebelum ini, dah tentu keluar pagi, jumpanya pada sebelah petang dan malam sahaja. Tapi, bagaimana dengan anak-anak yang terpisah dengan ibu atau ayah disebabkan penceraian hidup.
Menurut Tn Khairul Fahmi Ramli, Peguam Syarie Penang, Kedah, Perlis dan Perak, antara isu yang sering ditanyakan oleh ibu-ibu semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini berkaitan dengan hak jagaan anak semasa tempoh ini berkuatkuasa.
Maklum sahaja, mahkamah bagi perintah, hak jagaan diberi kepada mak, ayah pula dapat hak bermalam hanya hari minggu atau hak jagaan pada cuti sekolah sahaja.Tengok-tengok, ada PKP pulak sebab virus Covid-19. Lebih teruk, ada yang berebut nak ambil anak-anak, sedangkan sekarang masih dalam tempoh PKP.
Siapa Yang Layak?
Dalam hal ini, katakan orang yang patut jaga anak adalah dengan siapa anak berada semasa bermula tempoh PKP. Sama ada duduk dengan mak atau dengan ayah. Atau pun mungkin anak ada dengan keluarga. Tak kisah siapa pun, matlamat yang paling penting, tempat yang anak tinggal tu selamat atau tidak.
Andai kata si ayah yang sepatutnya dapat hak melawat dan bermalam tak boleh nak ambil anak sebab PKP, janganlah terlalu ego atau pentingkan diri semata-mata. Fikirkan tentang keselamatan dan kesihatan anak-anak tu. Tambah pula kalau si ayah duduk terlalu jauh, keluar kawasan nak sampai rumah pun, takkan lah nak langgar juga PKP ni.
Ibu pulak, kalau ada anak bawah jagaan dia, janganlah halang ayah untuk akses bertelefon ke atau Video Call ke dengan anak-anak. Sekurang-kurangnya itulah sehabis usaha kita boleh bagi untuk tidak halang akses si ayah masa PKP ini.
Cara Terbaik
Sebaiknya dicadangkan, jika sekiranya anak-anak sekarang ada di bawah jagaan mak dalam tempoh yang lama semasa PKP ini, selepas PKP berilah peluang pula kepada si ayah untuk dapat hak jagaan. Tapi, tertakluk juga pada perintah iaitu hanya kepada yang mendapat hak bermalam atau hak jagaan hari minggu kepada si ayah.
Kata mudahnya, ganti balik hari-hari yang si ayah atau yang si mak ini bertolak ansur.
Kesimpulannya, janganlah kita terlalu fikir tentang diri semata-mata. Fikirkan tentang isu keselamatan dan kesihatan anak. Wabak ini bukan biasa-biasa. Ia boleh meragut nyawa. Buangkan sikit ego, letakkan kebajikan anak sebagai keutamaan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mana ada magik yang boleh hilangkan diabetes dengan duduk goyang kaki! Paling tidak, anda perlu keluarkan peluh. Tetapi kalau nak tahu lebih jauh tentang diabetes, baca perkongsian doktor Khairul Faizie Mohammad Kamar ini.
Boleh dikatakan setiap hari bila bekerja, aku jumpa pesakit diabetes, pesakit darah tinggi. Dua penyakit gaya hidup ni, bagi aku, paling mudah dikawal ialah darah tinggi. Untuk darah tinggi, makan ubat + jaga masin, selalunya BP cantik je terkawal.
Tapi lain cerita pula kalau diabetes. Ramai pesakit diabetes yg jadi fed up, jaga makan dah, makan ubat sebeban… tapi kawalan gula masih teruk. HbA1C ke laut. Komplikasi buah pinggang makin menjadi kenyataan, tak dilupakan komplikasi saraf, mata, jantung, etc.
Di mana silapnya?
Dah sampai cucuk insulin, pun poor sugar control?
Sebab tak lawan INSULIN RESISTANCE.
Mahu tak mahu, pesakit Diabetes kena lawan Insulin Resistance ( IR ). IR ni la punca asal kepada penyakit diabetes, dan juga penyakit penyakit lain seperti sakit jantung.
Apa itu IR?
Secara mudahnya, organ pankreas kita keluarkan hormon insulin, yg guna nya utk membakar gula yg kita makan. Semua makanan, baik yg rasa manis, ataupun tak manis, pengakhirannya akan jadi glucose, iaitu bentuk asas gula yg badan kita akan gunakan. Nak guna glucose ini, perlukan insulin.
Bila insulin dah jadi tak effektif, tak bekerja sepatutnya, kita panggil ia IR. Bila ada IR, maka glucose dlm badan makin lama makin tinggi, last last jadilah diabetes.
Kenapa jadi IR?
Banyak faktor.
Keturunan, obesiti, gaya hidup malas bersenam, kuat makan kurang bergerak… antara faktor.
So, macam mana nak lawan IR?
REGULAR AEROBIC EXERCISE.
Bersenam yg burn calorie secara regular.
Jogging, brisk walking, cycling, hiking, swimming… apa aja lah….buat berterusan at least 15-20 min, at least 3 kali seminggu.
Aku buat eksperimen kepada patient2 aku yg aku tazkirah kan pasal Aerobic Exercise fight Insulin Resistance. Mereka ini yg dulu nya fed up gula asyik poor control, puas jaga makan, buang duit beli produk itu ini yg menjanjikan bulan dan bintang….lepas cuba bersenam secara berkala… dalam tempoh sebulan je, gula jadi cantik. Bukan setakat gula, control HbA1C pun tip top. Oh ya, anda yg ada diabetes pun mahu tak mahu kena faham pasal HbA1C.
Oleh itu, bersenam lah.
Kalau takde diabetes pun, bersenam lah.
Kalau takde familiy history diabetes pun, bersenam lah.
Lepas makan banyak di hari raya haji ni, lagi lah wajib bersenam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelajar tingkatan tiga jatuh asrama kritikal, ibu rayu doa orang ramai anak kembali pulih. Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat darah daging sendiri terbaring...