Ibu mana yang sanggup anak dihina berulang kali, apatah lagi dengan perkataan yang menyakitkan hati. Walaupun bukan anak kandung daripada darah daging sendiri. Gara-gara menghina wajah anak angkatnya, Rohhana Abdul Hamid sebagai ‘bapok’ di media sosial, pelakon Jasmin Hamid tampil mengemukakan tuntutan saman fitnah terhadap tiga individu pada 2 Mei lalu.
Bagaimanapun seorang wanita yang baru melahirkan bayi lelaki, Izzatul Hairiyah Abdullah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka atas kesalahan dilakukan dan akur dengan tuntutan dikemukakan Jasmin.
Jaga Maruah Anak & Keluarga
Jasmin berkata, dia mengambil tindakan sedemikian bagi menjaga maruah anak dan keluarganya.
“Saya failkan saman sebab individu terbabit berulang kali menggelarkan anak saya ‘bapok’. Jadi perkataan itu yang membuatkan saya mahu ambil tindakan undang-undang.
“Disebabkan perkataan itu juga, kehidupan anak saya menjadi terganggu dan menerima tohmahan daripada orang luar. Dia sangat terkesan dengan komen yang dilemparkan sehingga mengganggu emosinya.
“Walaupun keadaan fizikal anak saya macam mana sekalipun, tiada siapa berhak untuk mencela fizikal orang lain,” katanya ketika sidang media kes saman fitnah kepada warganet yang menghina wajah anaknya di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Petaling Jaya, hari ini.
Turut hadir peguam daripada Tetuan Guaman The Law Chambers Of Fauzi & Nasser yang bertanggungjawab mengendali kes penyebaran fitnah pelakon drama Datin Wan Abe itu.
Beri Pengajaran Pada Netizen
Menurut Jasmin, dia mengambil tindakan saman bukan untuk mencari publisiti atau duit tambahan, sebaliknya mahu memberikan pengajaran kepada warganet.
Ads
“Ini bukan soal meraih publisiti, nak cari duit lebih melalui saman ganti rugi malu tapi lebih kepada mengajar warganet supaya lebih berhati-hati dalam Internet.
“Kita hidup dalam negara yang mengamalkan undang-undang. Bukan setakat di luar, dalam laman sosial pun terikat dengan peraturan yang sama. Jadi berhati-hatilah.
“Malah Islam juga tidak mengajar kita untuk mencaci fizikal orang lain. Bukankah setiap tindakan buruk yang dibuat akan ditanya di akhirat kelak,” katanya.
Menerusi tuntutan dibuat, Izzatul dikehendaki membuat permohonan maaf secara terbuka, membayar ganti rugi sejumlah wang, membuat permohonan dalam media dan surat akuan terbuka untuk menarik balik kenyataan yang dibuat.
Ads
Rasa Malu & Kecewa
Sementara itu, Rohanna ketika ditemui akur dengan kejadian yang memalukan dan kali pertama dalam hidupnya itu.
“Saya tidak marahkan Izzatul tapi malu dan kecewa atas apa yang dia lakukan. Bagaimanapun saya sudah memaafkan selepas dia membuat permohonan maaf ini.
“Saya berharap dia belajar sesuatu selepas kejadian ini. Memalukan orang dengan menyamakan bentuk wajah atau tubuh badan seseorang dengan binatang adalah satu perbuatan yang salah,” katanya.
Kesal Dengan Tindakan
Dalam pada itu, Izzatul mengakui kesal atas tindakan yang dilakukan serta berharap Rohanna dan Jasmin memaafkannya.
Ads
“Saya memohon maaf dan tidak akan mengulanginya lagi. Saya akui kesal atas tindakan yang dilakukan terhadap Rohanna. Saya juga tidak sangka komen yang dilemparkan akan menjadi kes sebesar ini. Maafkan saya,” katanya.
Buat Laporan Polis
Sekitar Mac lalu, Jasmin membuat laporan polis apabila ada sekumpulan individu menghina wajah Rohhana sebelum memfailkan saman pada 2 Mei lalu.
Selain Izzatul, ada dua lagi warganet yang dikenal pasti bakal berdepan dengan tindakan undang-undang. Bagaimanapun perincian mengenai individu terbabit akan dimaklumkan kemudian.
MW: Pesanan buat netizen, hati-hati dalam memberi komen di media sosial, jangan sampai menjatuhkan aib dan maruah orang lain. Negara kita ada undang-undang, hati-hati dengan apa yang ditulis.
Sayu hati dengar penyanyi Zizi Kirana mengaji Al-Quran dalam satu rakaman video yang dimuatnaik dalam aplikasi TikTok miliknya.
Kata Zizi, “Pertama kali tampil mengaji di kaca TV, mau tercabut lutu. InsyaAllah saya akan terus belajar lagi.”
Video berdurasai 60 saat itu rupanya adalah penglibatannya untuk rakaman program TV, Rahsia Ramadhan. Itu merupakan kali pertama Zizi mengaji di hadapan kamera.
Rasa syukurnya makin berganda apabila rata-rata yang menonton video yang dimuat naik pada jam 4 pagi itu, memberi maklum balas yang positif.
“Alhamdulillah, semua komen baik-baik dan mereka turut mendoakan saya. Saya tersentuh hati membaca komen-komen itu semua.”
Merdu Suara Zizi Kirana Mengaji
Kemerduan suara Zizi Kirana bertaranum juga diakui Nor Farhatul Fairuzah Panut, juara Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa tahun 2019.
Malah, mereka berdua sempat merakamkan selawat Birosulillahi Wal Badawi bersama-sama. Akui Zizi, perasaan gementar itu terbawa-bawa. Sampai berkerut-kerut keningnya waktu merakam selawat dengan adik Farhatul Fairuzah yang bersuara emas itu.
Zizi yang tidak kekok membaca Al-Quran ini berharap, perkongsiannya itu memberi inspirasi kepada anak muda dan golongan artis untuk turut serta dalam program keagamaan. Agar mereka lebih berani mengaji di khalayak ramai.
“Masih ada yang takut-takut nak mengaji depan TV dan ustaz-ustaz, tak salah untuk kita terus belajar dan memperbaiki ilmu agama.” Biarpun dia sendiri ketar lutut bila nak mengaji depan orang, tapi perasaan gementar itu dapat diatasi dengan sebaiknya.
“Saya yakin orang lain pun boleh buat juga.”
Sememangnya sejak dulu lagi, Zizi ini dah amalkan membaca Yasin setiap malam Jumaat. Katanya tak lama dulu, kalau dia rasa susah nak tidur, dia akan buka Al-Quran dan berzikir. Ayat-ayat suci itu lah yang membuatnya tenang dan rasa tenteram.
Sebagai seorang ibu, memang bertuah apabila mendapat orang yang ikhlas dalam membantu untuk menjaga dan sayang anak-anak kita. Sekaligus dapat memudahkan urusan seharian apabila kita keluar bekerja. Ikatan sebegini pasti dihargai sebaiknya bukan sekadar dianggap pekerja, namun bagaikan sebuah keluarga.
Hadiahkan ‘Babysitter’ Gelang Emas
Sebagai tanda menghargai keikhlasan dan terima kasih, pelakon Datin Niena Baharun menghadiahkan seutas gelang tangan emas kepada penjaga anak-anaknya, walaupun hanya bekerja selama beberapa bulan.
Pelakon yang dikenali dalam drama Sayangku Kapten Mukhriz ini juga turut bersyukur dipertemukan dengan Asra Syafikah yang sudi membantu dan menawarkan diri menjaga dua orang anaknya biarpun usianya masih muda.
“Awal tahun haritu saya struggle cari helper untuk jaga anak-anak saya lepas maid yang lama balik. Dengan nak tunggu maid baru tak boleh masuk sebab musim Covid.
“Tapi satu hari tu, Allah temukan saya dengan insan bernama Asra Syafikah secara tidak sengaja. Dengan izin Allah, dia yang offer diri untuk bekerja sebagai babysitter anak saya.
“Sebelum dia masuk kerja, banyak kali saya tanya dia. Betul ke nak jadi babysitter? Sebab bukan senang nak jaga kids di usia yang muda, tambah kids masa tu tengah aktif,” katanya.
Hargai Keikhlasan Asra
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok pelakon ini, ‘babysitter’ bernama Asra Syafikah berpelukan dengan Niena sambil menangis menarik perhatian netizen yang turut sebak melihat mereka.Kelihatan sangat mesra meskipun hubungan antara majikan dan pekerja.
Menurut Niena lagi, dia nampak keikhlasan Asra yang sukakan kanak-kanak disebabkan sudah biasa menjaga lapan orang adik-beradiknya.
“Jawapan dia memang suka kids, dan dari sekolah dia dah biasa jaga adik-adik sebab adik-beradik dia ada 8 orang. Bila saya dengar ada 8 orang adik-beradik, masa tu saya nampak keikhlasan dihati seorang anak dan kakak.
“Dia cakap, dia nak kerja, nak tolong ringankan beban mak dan ayah serta adik-beradik dia. Walaupun awak bekerja dengan saya hanya beberapa bulan tapi saya terima kasih dan hargai cara awak jaga, sayang anak-anak saya.
“Hadiah ni pun, tak boleh ganti dengan masa yang awak korbankan untuk menjaga kedua anak saya. Dia bukan sahaja babysitter untuk anak-anak saya tapi saya anggap dia macam keluarga saya.
“Kisah suka duka kami sentiasa kongsi bersama. Walaupun kenal berapa bulan. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan dan saya pasti perpisahan ini bukanlah satu pengakhiran,
Thank you Kakak Asra. Jumpa lagi tau. We will miss you,” katanya lagi.
Ramai yang turut terharu dengan perkongsian Nina ini.
Mingguan Wanita: Alhamdulillah, terbaik Niena Baharun menghargai penjaga anak-anaknya dengan memberikan gelang emas, walaupun hanya beberapa bulan berkerja.
Nampaknya permulaan tahun 2024 merupakan fasa mengggembirakan buat pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad yang mengumumkan dirinya bakal menerima ahli keluarga baharu tidak lama lagi.
Salam everyone.. We have some good news to share 😊
We are expecting our second child. Uyaina dah di trimester kedua sekarang. Our family is getting bigger 🥹 Tolong doakan keluarga kecil kami & semoga yang baik2 untuk kalian juga.
Selamat Tahun Baru 2024 buat kita semua.
Uyaina Arshad berkongsi khabar gembira tersebut melalui akaun Instagram miliknya. Dikhabarkan, usia kandungannya sudah memasuki trimester kedua iaitu sekitar empat hingga enam bulan.
Sama seperti individu lain, pengacara program televisyen itu turut meminta orang ramai terus menitipkan doa yang baik buat dirinya dan keluarga.
‘Keluarga kami akan bertambah besar. Tolong doakan keluarga kecil kami dan semoga yang baik-baik untuk kalian juga,” katanya lagi.
Untuk rekod, Uyaina pernah mengalami keguguran anak kedua sekitar Mei tahun lalu.
Uyaina dan Syahiran mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Raja Urhan kini berusia dua tahun.
Melalui perkongsian di laman Instagram miliknya juga menunjukkan Uyaina meraikan tahun baharu di salah sebuah hospital swasta apabila melaklumkan anak lelakinya, Raja Urhan dimasukkan ke hospital akibat masalah muntah dan cirit-birit.
Menurut Uyaina, pada malam menjelang tahun baharu dia menjadi hosuntuk rancangan Inspirasi 2024 untuk @hiburantvrtm .
“Pada masa yang sama, Urhan dimasukkan ke hospital akibat masalah cirit-birit dan muntah-muntah. Tak tenteram jadinya bila menjalankan tugas mengacarakan rancangan tersebut,” ujar Uyaina yang menyelesaikan tugasnya sebaik mungkin sebelum bergegas ke hospital dan menemani anaknya itu.
“And we celebrated New Year 2024 atas katil hospital,” ujar Uyaina berkongsi perkembangan terkini anaknya dan sekaligus menyambut ambang tahun baru di hospital!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.