Nak bahagiakan hati isteri sebenarnya simple je. Bawa isteri jalan-jalan pun sebenarnya boleh buatkan hatinya double bahagia. Sebab emosi isteri yang penat ini, kalau dibiar lama-lama memang boleh membawa kepada kes kemurungan.
Serius! ini bukan main-main. Tengok saja contoh mak-mak yang jaga anak-anak seminggu tanpa rehat. Lagi-lagi anak-anak tengah nak besar tu. Cuba tengok gayanya, dengan mak-mak yang jaga anak-anak tapi masih mendapat sentuhan emosi kasih dari seorang suami.
Ya ampun.. memang jauh beza. Tapi tak semua suami faham. Katanya, berjalan-jalan itu merugikan waktu. Membazirkan wang ringgit yang susah nak dicari untuk setiap bulan. Haish! bukan suruh bawa isteri jalan-jalan pergi London pun..
Emosi isteri yang penat, dia cuma nak tengok pemandangan selain dari rumah dia je. Tu je pun. Dah kalau susah sangat tak de idea nak bawa isteri jalan-jalan ke mana. Nah! Mingguan Wanita kongsikan lokasi jalan-jalan yang tak keluar modal sangat pun. Paling tidak pun kenalah keluar duit minyak.
Lokasi Jalan-jalan Yang Tak Perlu Keluar Modal Gedabak Pun
Jalan-jalan Ke Taman Permainan
Macam kelakar je kan, bawa isteri jalan-jalan ke taman permainan. Tapi percayalah, walau lokasi jalan-jalan ini kedengaran kelakar. Sungguh, ia boleh jadi lokasi yang best untuk anda seisi keluarga. Macam mana tau nak jadikan best tu.
Pertama, sebelum keluar cuba bawa makanan dan minuman dalam bakul. Boleh minta isteri sediakan serba sedikit di rumah. Ala.. sandwich dan air oren pun dah berbaloi-baloi. Masukkan bakul. Bawa tikar sama.
Ads
Bila sampai taman permainan tu, bagilah anak-anak main gelongsor ke jongkat jongkit ke. Lepas 15 minit ke setengah jam, bentang tikar tu makanlah anak beranak. Syok je pun. Dapatlah rasa makan di luar rumah. Udara pun segar je. Carilah taman permainan yang banyak pokok-pokok. Elakkan tengah-tengah rembang.. rentung pulak satu keluarga karang.
Pantai Atau Hutan Lipur Pun Plan Yang Baik
Konsepnya masih sama, bawa bekal dari rumah. Bezanya, anak boleh beraktiviti mandi laut atau mandi sungai. Biasanya kalau termpat terbuka ini tak adalah dikenakan bayaran. Melainkan anda pergi ke kolam private.
Kata nak jimat, kalau tempat free macam ini pun payah nak bawa anak isteri. Susahlah nak sambung cerita dah. Tapi kena juga sambung story mory ini, sebab kadangkala tak tahulah kenapa, macam susah je suami nak faham benda-benda simple macam ini.
Okay, katakan dah sampai pantai atau hutan lipur. Dah alang-alang sampaikan.. cubalah plan untuk buat barbeque. Ala bakar-bakar ayam ke ikan ke, makan anak beranak. Haa.. tak ke seronok tu. Jangan lupa kemas kawasan camping tu lepas makan-makan.
Ads
Nanti anak akan belajar sama erti tanggungjawab. Lepas makan di satu-satu tempat, kemas bagi bersih. Jadi orang seterusnya nak guna mudahkan dia. Tak lah susahkan orang. Ajar sifat-sifat terpuji macam ini dari anak-anak kecil. Besar nanti dia buat pula benda baik ini dekat orang lain.
Bawa Pulang Ke Kampung Pun OK Sangat Dah, Tapi..
Nih paling berbaloilah. Tapi janganlah asyik kampung suami saja. Bergilir-gilirlah.. itu kan lebih baik. Jadi isteri pun rasa bahagia bila dapat jenguk wajah mak ayah malah adik beradiknya. Kalau dapat berjalan-jalan ke rumah saudara mara yang dia rapat pun bagus sangat-sangat.
Kalau anda ada anak-anak ramai, waktu nak bertandang ke rumah orang, bawalah sedikit buah tangan. Perkara semacam ini dah semakin terhakis dan dilupakan orang-orang sekarang. Orang dulu-dulu, kalau datang rumah orang ada tempoh waktunya.
Ads
Takkan terjah tengah malam, kalau dah terpaksa pun dia mesti tak datang dengan tangan kosong. Paling tidak biskut kering, setin susu pekat manis, teh ataupun gula. Kiranya lengkaplah kalau orang tu nak jamu tetamu semula.
Mereka datang tak menyusahkan. Sekarang budaya macam tu mana nak ada dah.. eh! jauh pula perginya.
Ini pun nasihat berguna juga kan.
Jadi, suami bolehlah mula fikir-fikirkan mahu pilih cara yang mana. Jangan sampai emosi isteri terdera. Kadang dia tak nampak tau dari luaran. Isteri pendam je. Lama-lama bila dia makan hati, bahayanya cinta dia dekat suami pun sikit-sikit terhakis.
Bila dah tak rasa cinta pada suami itu yang bahaya. Dia pun mulalah tak care dah. Jangan ya.. hati isteri ini sensitifnya macam kulit bawang sebenarnya. Sama-samalah kita jaga moga hubungan semakin lama, semakin cinta.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Penyanyi lelaki popular Shah Indrawan atau lebih dikenali dengan nama glamornya Tomok, dan isteri Rahayu Abbas, cukup bertuah kerana miliki tiga orang anak. Anak-anak pasangan ini sememangnya menjadi perhatian pengguna media sosial selepas beberapa video yang memaparkan nyanyian dan kepetahannya bertutur dalam bahasa Inggeris dimuat naik di laman Instagram milik Tomok.
Ikut Kesesuaian Anak-Anak
Tomok dan Ayu juga menerangkan dalam mendidik anak-anak mereka tidak memaksa malah kedua-dua anak mereka mempunyai karektor yang berbeza.
“Didikan yang kami terapkan kepada Arrian dan Andra cukup berbeza. Saya tak memaksa ikut kesesuaian anak-anak. Mereka ini punya karakter yang berbeza, saya tak banyak masa untuk ajar anak sebab sibuk dengan dunia seni. Jadi isteri, yang lebih dominan menjaga dan memberi pendidikan kepada mereka,” tambah Tomok.
Ayu pula ketika ditanya menjelaskan dalam mengajar anak-anak dia sama juga seperti ibu bapa yang lain;
“Saya tak ada pengalaman dalam mengajar jadi saya banyak pelajari tentang didikan anak-anak menerusi bahan bacaan. Saya kumpulkan bahan-bahan bacaan ilmiah tentang keibubapaan dan pembelajaran awal pendidikan kanak-kanak dan juga sumber Internet bagaimana untuk membentuk anak-anak kita dari situ saya ambil mana yang boleh diterapkan dan bersesuaian dengan anak-anak saya. Kiranya trial and error. Saya tidak memberi tekanan dan memaksa anak-anak untuk belajar sebab tak nak ganggu proses pembesaran mereka.”
Tomok juga menjelaskan sebagai seorang bapa dia punya cabaran tersendiri dalam membesarkan anak-anak.
“Sebagai seorang bapa saya tidak punya banyak masa dengan anak-anak. Tapi bila saya berada di luar KL saya akan sentiasa hubungan isteri untuk memantau perkembangan anak-anak,” celah Tomok yang turut meminta pandangan dari kedua ibu bapa dan mentua dalam mendidik anak-anak.
Dalam menghargai isterinya yang banyak berkorban masa menjaga anak-anak yang tersayang. Tomok pada kebiasaannya akan memberi ganjaran dengan membawa isteri dan anak-anak bercuti.
“Selain bercuti saya juga sering bantu isteri dengan memandikan anak-anak atau menukar lampin pakai buang anak-anak. Dengan cara ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan bebanan kerja Ayu.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh keberkatan, juga memberi limpahan rezeki yang tidak dijangka. Alhamdulillah, siapa sangka pada usia 60 tahun, penyanyi lagenda rock Suhaimi bin Abdul Rahman atau lebih dikenali Amy (Search) bakal menimang cahaya mata yang keenam. Lebih istimewa ia merupakan antara doa yang dimakbulkan, apabila hasrat penyanyi ini untuk menambah seorang lagi cahaya mata tatkala berusia 60 tahun bakal menjadi kenyataan.
Menerusi posting terbaru dilaman instagram, Amy mengumumkan berita gembira isterinya, Norhasniza Hassan, 37, atau Nourish disahkan hamil dan kini sedang mengandung sebulan.
Amy juga meluahkan rasa kesyukuran apabila doanya menimang anak pada usia 60 tahun dimakbulkan tuhan.
“Isteri aku mengandung sebulan yeah! Aku selalu doa apabila aku berumur 60 tahun, nak seorang anak lagi.
“Anda semua (peminat) doakan aku berjaya. Saya cintakan awak sayang @qasander,” luahnya dalam entri berkenaan.
Menerusi perkongsian itu, vokalis kumpulan Search yang memiliki seorang cucu ini memuatnaik video Norish menjalani pemeriksaan doktor dan sedang melakukan ujian ultra bunyi kandungan anak mereka bagi mengesahkan kandungan itu.
Sebelum itu, penyanyi lagu Fantasia Bulan Madu ini juga turut berkongsi video menunjukkan dua batang alat uji kehamilan menunjukkan tanda positif di Instagramnya.
Amy dan Norish mendirikan rumah tangga pada Oktober 2003 dan ia merupakan perkahwinan keempat bagi penyanyi rock ini. Pasangan bahagia ini dikurniakan tiga cahayamata iaitu Alexander Zulkarnain 14, Sania Samara, 13 dan Qaqa At-Tameemi, 9. Manakala menerusi perkahwinan terdahulu Amy memilki dua anak iaitu Nabila Huda,32 dan Irisha Myra,21 serta seorang cucu Keisha Laila,8.
Tahniah buat Amy Search dan isteri yang bakal terima kehadiran ‘orang baru’. Semoga kandungan sihat sempurna dan dipermudahkan segala urusan sepanjang proses kehamilan.
Ibu hamil yang dah nak masuk minggu 38, boleh dah buat persediaan untuk bawa beg dan barangan bayi atau ibu ke hospital bersalin. Apa pun persediaannya, kata orang-orang tua nak beli barang bayi kenalah kandungan ibu 7 bulan ke atas.
Sharing checklist lengkap keperluan bayi dan ibu ini dikongsikan Puan Izdihar Mohd Noor , Head of Product Development at SIMPLYSITI yang masuk minggu ke 36 pada 1 Mei lalu. Bagus sungguh senarainya kerana ia banyak membantu ibu-ibu hamil yang bekerja terutamanya.
“Rasa nak sharing sharing sebab kebetulan nampak ramai pregnant mommies around Iz yang tengah tunggu masa nak bersalin, ada yang pregnant anak ke 2, 3 mungkin dah expert, tapi untuk first time mommy bolehlah guna ni as guide.”
“Alhamdulilah. Sekejap je masa, harini Iz pun dah 36 weeks plus, tak lama lagi dah jadi mom of 3. InsyaAllah. Hope I can handle 3 minions well.”
Kalau first time mom, advisable to start prepare & pack your hospital bag masa 7 months lagi (just in case “terearly” delivery, and u dont know what to expect).
“Orang tua-tua pesan jangan beli barang baby awal sangat, start beli bila 6-7 bulan ke atas.”
Boleh beli sikit-sikit, phase by phase ikut kegunaan dan budget ya mommies. Its a long sharing session thread yang panjang tak ingat dunia for mommies out there.
“Good luck to all mommies and daddies. Hope this helps. Early preparation is very good because the struggle is real.”
Buat 2 beg: 1 untuk Labour Room & 1 untuk Ward Room kegunaan lepas bersalin.
Wajib bawa ke mana-mana sahaja bila dah almost due date. Bak kata nurse, “Buku pink tu dah macam IC awak, bawa ke mana sahaja anda berada.”
1. Buku Pink Check-up
2. IC: Isteri & Suami
3. Kad Nikah/ Sijil Nikah
4. Duit Deposit Hospital/ Cash in Hand (jika perlu): suruhlah hubby spare siap-siap dalam wallet kot-kot nak gi ATM machine tak sempat time kalut-kalut.
[Buat 2 beg: 1 untuk Labour Room & 1 untuk Ward Room kegunaan lepas bersalin]
Boleh asing siap-siap baju baby untuk en. hubby bagi pada nurse bila mommies dah masuk labour room. (1 pc each item je).
Untuk mommies keperluan masa contraction, sementara nak tunggu bukaan 6cm ke atas dan ditolak ke Labour Room. Different people different experience, so always be prepared.
1. Maternity/Overnight Pad (2-3 pcs): Iz biasa tak beli yang maternity, dah biasa beli overnight 32-35cm.
2. Baju + Kain Batik/Skirt (1 set)
3. Sweater (1 pc): Kot-kot sejuk
4. Panties/ Disposable Panties (1-2 pcs)
5. Nursing Bra/ Nursing Pad (1 pair)
6. Face Towel/ Towel
7. Toiletries Mini Kit (1 set): To freshen up
8. Energy Bars (3-5 pcs): I usually bought Snickers/ Mars/ Kurma senang nak makan and sugar bagi energy.
9. Selusuh (VCO): I start taking VCO 1-2 spoon/day masa 33 weeks pregnancy and sapu pada bahagian perineum
10. 3-in-1 (1-2 sachets): Milo/ Horlicks Cereal, ikutlah apa yang mommies suka.
11. Selipar (1 pair): yang waterproof but comfy; senang masuk keluar toilet.
12. Socks (1 pair): kot kot sejuk
13. Minyak Panas
14. Tissue (1 pack)
15. Al-Quran/ Doa-doa mudahkan bersalin
16. Telekung
17. HP/ Charger/ Powerbank
Dan persediaan untuk barang lepas dah bersalin untuk 1 ke 2 malam (sekurang-kurangnya ) di wad hospital.
Sediakan extra set sama macam checklist untuk labour room. Cuma tambah:
1. Baby Wipes
2. Baby Pillow
3. Toiletries (Shampoo/ Body Wash/ Minyak Telon/ etc.)
4. Cotton Balls
5. Cotton Buds
6. Nursing Butter
7. Pinggan/ Gelas/ Sudu/ Garfu
8. Thermos
9. Laundry Bags (2 unit): Letak baju kotor
1. Baju Newborn (L/S; S/S): beli yang button depan senang sebab baby ada tali pusat, senang pakai. Jangan beli banyak sebab baby cepat besar. So beli siap-siap 3-6m, afterwards terus boleh pakaikan yang size ni. Rompers type jangan beli banyak sangat size kecil, beli 3-6m, 6-9m, 9-12m ke atas ok. 2. Seluar 3. Mitten & Booties 4. Baby Hat 5. Barut: beli yang panjang & tali lebar; tak payah beli yang kecil-kecil strap tu, no use sebab baby tak dok diam nanti barut jenis kecik tu akan bergerak naik ke atas. 6. Bedung/ Muslin: beli yang instant pun senang, kalau tak beli muslin size besar 7. Napkin 8. Towel 9. Bip/ Burp/ Small Towel: i always have this near me, lepas breastfeed memang akan terus lap mulut, pipi baby to prevent ruam susu kat pipi. Kalau rajin, from time to time basahkan sikit towel ngan air suam, lap-lap muka baby. Better prevent awal-awal sebab kalau dah kena rash sian tengok pipi baby merah-merah. 10. Baby Hair Brush/Comb: I usually buy The First Years dia come in brush & comb around RM16.90 11. Tuam Baby: Untuk tuam perut baby lepas mandi & for baby boy Tuam ball dia sekali. 12. Toiletries (Shampoo/ Body Wash): I use brand Sebamed for at least first 1 year sebab baby skin sensitive time awal-awal ni. Makesure cari yang free from harsh chemicals (SLS, Mild @ Fragrance Free, Parabens, Phthalates, etc.) 13. Diapers: size NB Newborn jangan beli banyak, beli dalam 2 pack je; kemudian boleh beli size S), sebab baby cepat besar. Iz recommend beli Huggies Ultra or Mamy Poko. Cari yang lembut nak elak nappy rash. 14. Baby Wet Wipes: for nappy change & face/hand wipes. Utk newborn makesure beli yang material jenis soft & fragrance free. Iz biasa beli Johnsons, Pureen, kalau besar sikit iz guna Anakku 15. Minyak Telon: sapu kat perut, tapak kaki baby, tak nak bagi masuk angin. Jangan beli yang panas sangat nanti naik merah-merah. I bought several brands, masa newborn biasa pakaikan Bebiku Telon (brand indon); bila besar sikit baru pakaikan Tropika Herbal Cream or Minyak Mestika Bayini. 16. Baby Oil: untuk cuci sekitar celah-celah telinga; iz biasa beli Johnsons Original yang tutup pink sebab yang ada fragrance tu baby boleh naik rashes and boleh sapu kat rambut baby 17. Baby Lotion: biasa beli tapi jarang-jarang pakaikan kat baby, unless ada part kulit kering baru sapu. I bought Sebamed Lotion 18. Rash Cream/Talcum: Iz akan prepare 2 jenis sebab satu untuk nappy rash, lagi satu for multipurpose biasanya ruam susu kat pipi baby iz guna Shaklee Herbal Blend; yang Talcum Yoki Radian nie iz guna nak prevent nappy rash; ada mommies yang tak sapu bedak at babies private parts so boleh cuba sudocream, i’ve tried few brands i can name most (Bepanthen, Drapolene, Pureen, Zinc Oxide cream yang ambil kat clinic, etc.) semua tak jalan on my kids, bedak siam ni my umi yang bagitau (Ingredients contains Zinc Oxide, Kaolin, Camphor, Calamine, Menthol). Rare sikit brand nie, boleh jumpa kat Kelantan/ Siam sebab bedak dari sana. Works good on my kids. 19. Baby Powder: beli je, tapi newborn biasanya iz tak pakaikan sangat, bila dah besar baru sapu. 20. Cotton Balls: guna untuk lap tali pusat baby and selit kat belakang telinga baby tak nak bagi melekat 21. Cotton Buds 22. Hand Wash Antibacterial/ Sanitizer: Dettol 23. Baby Changing Mat (Getah): for nappy change 24. Digital Thermometer 25. Nose Cleaner/ Tube: Untuk sedut hidung baby, especial kalau baby ada flu. I bought Pigeon. 26. Nail Clipper Baby: Iz biasa beli brand The First Years, tajam and sedap guna 27. Mosquito Net
1. Bath Tub: I bought First Years (RM135 macam tu kalau tak silap). This tub comes with net, senang nak mandikan baby newborn, letak je dekat net tak yah pegang. Iz tak beli baru pun, memang guna yang sama dari zaman Abang dia lagi. 2. Car Seat/ Baby Wrap 3. Stroller 4. Baby Cot (Tilam/ Pillow/ Bolster/ Cadar/ Quilt/ Blanket/ Cot Bumper) 5. Nappy Change Cabinet: yang ni tak de pun takpe. Boleh je beli yang getah or jenis cushion tukar atas katil, etc.
Bila baby dah 6m+ baru beli yang penyediaan makanan pula: 1. Steamer & Blender 2. Food storage cups 3. High-chair 4. Bip 5. Plate/ Spoon/ Fork
Digital Thermometer: BRAUN No touch + forehead thermometer Baby Hair Brush/Comb: The First Years, comes in brush & comb around RM16.90 Nose Cleaner/Tube: Pigeon Nail Clipper: The First Years
Iz biasa beli brand macam dalam pic 1. Nappikleen 2. Comfort 3. Laundry essentials (drying rack, clip, hanger, etc.)
For laundry detergent, untuk newborn iz suggest pakai liquid wash macam Nappikleen sahaja dulu pun ok, tak yah pakai fabric softener elak baby kena rashes due to the mild fragrance, some babies have a very sensitive skin.
Macam Iz, ada dryer dekat rumah (i bought few years ago; RM1300 macam tue je, brand Electrolux, tiap-tiap minggu memang 3-4 times run) memang recommended and berbaloila korang spent for this if u don’t have helper, plus working mom. Sebab sangat menjimatkan masa. By the way memang kitorg tak pernah sidai baju for years, baju pun lebih bersih to my opinion sebab bila u jemur, kalau cuaca tak cukup panas, nanti baju hapak, bacteria pun senang built up. Ada org kata nanti rosak baju. Tapi setakat nie baju kitorg ok, memang tak ada rosak. Kena pilih setting temperature & time yang sesuai.
Kalau yang tak ada Dryer kat rumah belilah penyidai baju kecik-kecik tu senang sidai baju baby/ mitten/ booties yang cute-cute size dia tu kan. Iz biasa kalau sidai baju baby elak campur dengan baju adult sebab pakai sabun lain kan, so time basah takut sabun adult tu melekat kat baju baby. Gituuu.
Ok ni antara barang-barang yang iz akan prepare masa pantang. Tempoh pantang memang iz follow 44 days rule. (Pantang makan, urut, tungku, tangas, bengkung tu semualah). No hanky panky ya mommies, badan mosti kena jagaaa baik punya. Pantang ice 4-6 months. Tengoklah sejauh mana boleh tahan nafsu. Pantang ehem-ehem pulak 100 days. Suami-suami sekalian kena sabarla sikit ya kalau sayang bini.
1. Bengkung: Beli dua jenis (1 yg tali tu kalau ada Confinement Lady bolehlah tolong pakaikan, kalau nak senang pakai sendiri Iz guna yang Velcro ada 3 strap)
2. Maternity/Overnight Pad: Iz biasa tak beli yang maternity, dah biasa beli overnight 32-35cm tu je.
3. Kain Batik
4. Mandian Herba: TYT (RM7/ 2 sachet). Iz tak beli banyak sebab nanti Confinement Lady akan sediakan tiap-tiap hari. Beli sikit untuk spare je. Boleh beli kat pharmacy/ toko jamu
5. Set Bersalin: Air Mancur (previous confinement Azeem & Azalea pun iz beli yang ni, murah je RM65-75); complete 44 days jamu, pilis, tapel, minyak telon, etc. Biasanya tak habis guna pun. ?
6. Face/Body Scrub: Bunga Tanjung Herbanika Skrub/Masker Herba Tradisional (RM5/pek; nak jimat beli sedozen RM48). Boleh search page @bungatanjungofficial Skrub legend boleh skrub satu muka & badan, yang ni elok buang daki, kulit-kulit gelap lepas bersalin especially bahagian lipatan, celah peha, leher, kurangkan marks, cellulite, etc. After confinement boleh continue guna 2-3 times/week untuk kulit mulus & licin. Boleh buat kulit uols awet muda. Been using this since 12 years old, jerawat pun susah nak hinggap. https://shopee.com.my/bungatanjungofficial www.bungatanjung.com.my
7. Minyak Panas: Nona Roguy (RM40-58). Untuk urut kat tapak kaki, betis, bahu, etc. First time nak try sebab baca review kata bagus, previously iz beli minyak kayu putih
8. Slimming Cream: Nona Roguy Krim Barut (RM34-45). Untuk sapu sebelum pakai bengkung, nak slimkan perut dah lembik-lembik lepas pemboyotan.
9. Feminine Wash: Fadaraj (RM13-15). Yang nie iz beli untuk cuci bahagian Miss V. Kalau tak nak guna yang ni boleh buat sendiri; air suam + garam + asam keping. Nak bagi cepat luka jahit dekat area Miss V sembuh. Kat kedai toko jamu ada.
10. Tungku + Kain Buruk
(In the next picture) 11. Pemanggang: Iz beli pemanggang ajaib Are Ikan (RM122). Beli online kat shopee. Senang Confinement Lady nak bakar ikan/daging nanti.
(Not in the picture) 12. Periuk Tanah: kalau tak de periuk biasa yang besar/dalam pun ok. 13. Socks 14. Baldi/ Gayung (untku rebusan mandian) 15. Ubat Sembelit (jika perlu): Previous pregnancy iz tak pernah guna/makan pun sebab alhamdulillah pembuangan lancar, jaga diet untuk elak dari sembelit. Iz makan Sunsweet Prune (buat snacking); makesure minum air, makan sayur. Kalau tak ok juga ada few suggestions from mommies out there – boleh try (Lactul solution, Nona roguy phytonatal, Wellmax atomic anema. Kalau teruk sangat iz pernah baca thread doc ni suggest lactulose; gi jumpa doctorlah kalau teruk sangat, nanti salah makan lagi parah plak)
Yang nie tips je, tak buat pun tak apa. Parents prepare hadiah untuk kakak/abang konon gift from baby. Jadi kakak/abang akan sayang adik and ingat moment nie bila bawa adik pulang ke rumah from hospital.
So iz beli siap-siap last week masa dating ngan hubby je kat Toys R Us, sebelum tue recce ngan kids tanya ada nak toys apa-apa ke tak.
Bila dah beli, from time to time suruh abang ngan kakak (konon-konon cakap ngan baby dalam perut mama, minta hadiah apa yang diorang nak, tapi sebenarnya mama papa guide diorang suruh cakap hadiah yangg kitorang dah beli).
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Lama tak bersama dengan pasangan boleh beri kesan pada emosi dan hubungan suami isteri. Ketahui bagaimana ia mempengaruhi kesihatan mental rumah tangga.