Bapa durjana kena hukum 426 tahun, jadikan 2 anak kandung pemuas nafsu. Bapa yang tidak layak bergelar bapa. Inilah akibat bila iman tidak diletakkan di hati sebaliknya menurut nafsu syaitan.
Tindakan tidak berperikemanusiaan seorang lelaki menjadikan dua anak kandungnya sebagai hamba seks selama tujuh tahun berbalas apabila dijatuhi hukuman penjara 426 tahun dan 240 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, hari ini.
Memetik laporan Kosmo Online, Hakim Nariman Badruddin menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh berusia 56 tahun yang membuat pengakuan bersalah ke atas 28 pertuduhan membabitkan kesalahan merogol, melakukan seks luar tabii dan amang seksual fizikal.
Mengikut fakta kes, tertuduh yang bekerja sebagai penyelia syarikat pelaburan telah melakukan perbuatan itu di kediamannya di dalam daerah Melaka tengah selepas kedua-dua mangsa mencecah usia 12 tahun.
Tertuduh turut menggunakan alat mainan seks terhadap mangsa selain berani melakukan perbuatan terkutuk itu ketika isterinya berada di rumah.
Perbuatan itu terbongkar selepas isterinya melihat tertuduh sedang merogol anak keduanya dalam sebuah bilik pada 5 September lalu.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Anis Najwa Nazari memohon hukuman berat dengan tempoh pengasingan yang lama dikenakan terhadap tertuduh.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu agar mahkamah mengambil kira keadaan kesihatannya yang merosot selain telah insaf dan mendakwa keluarganya sudah memaafkan perbuatannya.
Selepas mempertimbangkan pengakuan bersalah dan rayuan tertuduh, fakta kes, keterangan impak mangsa serta hujah pendakwaan, Nariman menjatuhkan hukuman penjara keseluruhan selama 426 tahun dan 240 sebatan terhadap tertuduh.
Beliau bagaimanapun memerintahkan hukuman penjara itu berjalan secara serentak dan berperingkat dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 18 September 2022, sekali gus menjadikan hukuman penjara dijalani selama 45 tahun dan maksimum 24 sebatan.
Ads
Sementara itu, dalam prosiding berasingan, tertuduh dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret kerana mengugut untuk membunuh isteri dan anak-anaknya. Majistret Mazana Sinin mengarahkan hukuman tersebut berjalan dari tarikh tertuduh ditangkap.
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN MW & EPAL
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Ads
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif #sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KAD OKU Banyak Keistimewaannya. Ibu ayah yang punya anak kurang upaya (OKU), janganlah segan ya. Tolonglah bantu mereka dan buatlah Kad OKU buat mereka.
Rupanya banyak keistimewaan yang disediakan oleh kerajaan buat golongan kurang bernasib baik ini. Malah mak ayah yang punya anak yang berstatus OKU juga janganlah malu atau segan, tolonglah bertindak untuk membantu anak-anak anda. Jika anda tidak ada lagi di dunia ini, kad OKU ini banyak membantu memudahkan kehidupan mereka kelak.
KAD OKU Banyak Keistimewaannya
Banyak manfaat dan bantuan kerajaan yang akan anda perolehi sekiranya anda berdaftar di bawah JKM. JKM KAD OKU adalah suatu tanda pengenalan diri yang dikeluarkan kepada orang kurang upaya yang berdaftar dengan Jabatan bagi memudahkan mereka berurusan dengan pihak-pihak yang berkenaan.
Kad tersebut terbahagi kepada 7 jenis warna mengikut kategori ketidakupayaan kes seperti berikut:
Penglihatan – Biru
Pendengaran – Ungu
Fizikal – Hijau
Pertuturan – Coklat
Masalah Pembelajaran – Kuning
Mental – Putih
Pelbagai – Merah.
Menyentuh tentang Dr Say Shazril seperti yang diketahui ramai, Doktor Selebriti itu berkongsi luahan rasa menerusi laman Instagram mengenai anak sulungnya Aezriel atau panggilan manjanya Ace menghidap autisme tahap sederhana.
Pemilik nama sebenar Dr. Shazril Shaharuddin atau mesra disapa Dr. Say itu terbaru berkongsi tentang Ace yang kini sudah memiliki Kad OKU. Malah Dr Say juga menasihati jika anda atau anak yang bergelar OKU janganlah segan daftarlah untuk memiliki Kad OKU. Ini kerana banyak kelebihan yang disediakan oleh kerjaan untuk membantu golongan ini.
KAD OKU ACE IS HERE
“Sy daftar untuk kad OKU Ace back in January 2023. Sabtu baru ni sy check online & kad OKU Ace ready untuk dituntut. 4 bulan untuk kad OKU siap. Terus terang cerita bila nak amik kad OKU arini terasa sangat berat, rasa macam “aku dah bersedia ke nak pegang kad ni untuk anakku?” tapi sy gagahkan jua sebab sy jugak yg apply kad OKU tu. Sampai kat JKM Sepang, sepi takde orang lain. Macam suasana dicipta untuk sy soaked in yg anak sy istimewa, anak sy kelainan upaya & ini buktinya. Bila kad OKU dihulurkan kat sy, sy ucap terima kasih kat pegawai JKM & terus sy meluru masuk kereta.
“Dalam kereta sy amati elok2 kad OKU tu. Besar2 tulisan KAD OKU. Ada nama penuh Ace, ada kategori ketidakupayaannya & ada gambar Ace senyum yg cukup suci, ikhlas & naive. Berjurai air mata sy. Sy taktau sebab apa. Nak kata sy malu pegang kad OKU ni sikit pun tak, sebab sy tahu kad inilah yg boleh menjadi bantuan terunggul kepada Ace sekiranya sy atau wife tiba2 tiada di dunia ni. Nak kata sy sedih anak sy OKU juga tak sebab OKU doesnt mean dia tak boleh enjoy the world like other kids do. Sy serius taktahu kenapa sy sayu tapi it took me quite some time to accept that my son is now “OFFICIALLY” different.
“Sy tahu mesti ramai persoalkan “kenapa buat kad OKU tuk Ace, kesian dia” well kalau kalian tak tahu, kad OKU ni ada banyak keistimewaannya antaranya pengecualian bayaran MyKad, pengecualian bayaran rawatan perubatan, butterfly effect bila travel tapi ULTIMATUMnya adalah sekiranya penjaga anak OKU meninggal, kad OKU lah yg akan menjadi hak yg sepatutnya anak istimewa kita dapat.
“Kalau anda atau anak anda OKU, jangan malu, jangan segan sebab kerajaan betul2 nak tolong kita dengan pelbagai kelebihan & keistimewaan sebagai pemegang kad OKU. My son has an OKU card & i am content,” tulis Dr Say.
Sempena kedatangan lebaran tidak lama lagi, rupanya Stacy, penyanyi yang terkenal membawakan lagu-lagu rancak bukan sahaja pandai menyanyi malah cukup rajin buat kuih raya dan jahit baju sendiri termasuk untuk suami Akim Ahmad dan dua anaknya Bella Deluna, 6, dan Eshaal, setahun.
Usaha Stacy ni wajar dipuji.Stacy atau Ummu Shaikhah Stacy Anam, 28, berkata dia belajar menjahit menerusi YouTube dan buku jahitan sejak April lalu.Kira-kira dua bulan yang lalu.
“Ini semua atas permintaan Akim, selepas saya menjahit sendiri baju anak pada Pesta Kaamatan yang disambut April lalu.
“Sejak itu, dia minta saya buat lagi untuk baju raya. Jadi, dia belikan saya mesin jahit lengkap dengan mesin jahit tepi.
“Nak tak nak, saya kena buat. Apatah lagi, dia sudah beli kain. Saya ingat sepasang, tetapi dua (pasang). Kalau sudah pakar, tidak mengapa. Sekarang jahitan pun belum kemas dan ada yang kena buka semula,” katanya.
Harap Sempat Siap Pagi Raya
Stacy yang muncul dengan single Raja berkata, dia mula menjahit sejak awal bulan ini dan berharap baju mereka sempat disiapkan sebelum pagi raya.
“Akim jenis teliti. Setiap kali saya jahit, dia akan periksa sama ada okey atau tidak. Kalau ada jahitan tidak kemas, dia suruh buka dan jahit semula. Pendek kata, menjahit bukan mudah dan memerlukan tahap kesabaran tinggi.
“Pada mulanya, ia jadi minat baru. Tetapi, selepas melalui proses ini, saya terus jadi malas. Saya selalu berseloroh dengan Akim mengenai perkara ini, tapi dia cakap kena juga berusaha sebab saya sudah mula dari awal,” katanya yang menjahit baju kurung biasa dan baju Melayu teluk belanga.
3 Jenis Kuih Raya
Selain menjahit, sepanjang Ramadan ini Stacy turut membuat kuih raya antaranya Biskut Makmur, Tat Nenas dan Semperit.
“Memandangkan Ramadan ini saya tidak sibuk dengan kerjaya, jadi saya ambil peluang untuk buat sesuatu yang baru.
“Bukan saja menjahit, tapi juga buat kuih. Ia lebih kepada suka-suka. Semuanya belajar sendiri. Apa yang kelakar, ada kuih yang sudah siap dan habis dimakan. Jadi, kena buat lagi,” katanya.
Mak-mak boleh tiru cara Stacy ni, biarpun baru belajar dan tak berapa mahir, tetap usaha dan bersemangat buat kuih raya dan jahit baju sendiri. Biarpun kuih tak sedap mana, rekaan baju pun simple je, tapi yang penting puas hati bila kita buat sendiri. Malah ia salah satu cara juga jimatkan perbelanjaan musim raya ni.
Anak tertumpahkan pengilat kuku, Tomok bayar RM5,593! Ujian bulan Ramadan buat Tomok apabila dia terpaksa membayar sebanyak RM5,593! Sebagai ganti rugi.
Semalam menerusi perkongsian di akaun Instagram, penyanyi Tomok memberitahu anaknya tertumpahkan pengilat kuku ke atas empat helai seluar yang setiap satunya berharga RM1,299 dan baju berharga RM899 dan RM499.
Anak Tertumpahkan Pengilat Kuku, Tomok Bayar RM5,593!
Walau berdepan situasi tegang namun penyanyi itu kelihatan tenang saja. Tomok ketika itu berada di butik pakaian berjenama dan memaklumkan anaknya secara tidak sengaja menumpahkan pengilat kuku pada baju dan seluar di butik itu.
Dek kerana itu pengurusan butik berkenaan tidak membenarkan Tomok keluar dari premis selagi Tomok tidak membuat pembayaran ganti rugi terhadap pakaian yang sudah rosak.
“Saya tak boleh buat apa. Saya tak boleh keluar dari kedai ini. Tak mengapa, saya akan bayar dan selepas ditolak diskaun, jumlahnya adalah RM5,593,”
Mohon Orang Ramai Berminat Untuk Membeli
Ketika kejadian Tomok menerangkan mereka sekeluarga ke butik itu untuk membeli seluar. Dan Malah Tomok juga menyatakan jika ada yang berminat membeli pakaian itu boleh mesej kepadanya.
“Tapi saya tak jual dengan harga asal.
“ Pengilat kuku hanya terkena sikit saja, tapi saya faham ini peraturan dan saya perlu bayar ganti rugi.
“Saya mengaku ini silap saya.
“Ujian nak raya agaknya. InsyaAllah ada rezeki lain untuk saya,” katanya.
“Bertabahlah Ya. Kesian Pun Ada” Komen Warganet
Menerusi ruangan komen ramai yang simpati dengan nasib yang dialami Tomok.
Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Datuk Aaron Aziz terkejut & kecewa! Sebelum ini heboh tentang konflik antara keluarga Aaron dan pempengaruh media sosial, Sharina Richiei ianya bermula selepas tular...