Ayam goreng boleh dikatakan menu paling mudah disediakan dan menjadi kegemaran anak-anak. Makan dengan nasi lemak, nasi goreng atau nasi putih sahaja pun dah cukup. Jika selalu kita goreng ayam dengan garam dan kunyit sahaja, boleh cuba resipi ayam goreng yang dikongsikan oleh Puan Nor Hairiyah Hassim ini. Lebih menarik dan sedap dengan perapan bawang putih, halia dan serbuk kari yang digunakan.
Berikut perkongsian resipi tersebut.
Resepi Ayam Goreng Favorite Anak-anak
Anggaran 1 ekor ayam:
Bahan-Bahan:
Bawang putih dan halia seperti dalam gambar
1 biji telor
1 sudu besar serbuk kari
5 sudu besar tepung jagung
3/4 cawan air sejuk
sedikit pewarna merah/oren (saya suka oren)
garam secukup rasa
Ads
Cara Membuat:
1. Blend semua bahan-bahan, adunan tidak terlalu pekat/cair.
2. Kalau cair tambah je tepung jagung.
3. Perapkan ayam bersama dedaunan kari.
4. Sedia untuk digoreng sehingga keperangan.
Siapa yang suka tengok mukbang? Video yang memaparkan tentang orang-orang yang suka makan dan sekaligus membuatkan kita pun terliur bila melihat mereka makan. Rasa sedap saja.
Biasanya video mukbang ini cukup popular dan orang selalu membuat video makan-makan ini adalah di kalangan orang Korea, Thailand dan Jepun. Sampaikan kita pun fikir, makanan apa yang mereka makan ini.
Malah, makanan yang biasa kita tengok, sushi, salmon mentah, siput, udang yang digandingkan dengan sayuran atau makanan tradisional mereka, kimchi. Manakala bagi orang thailand, mereka gemar makana udang mentah, ulam-ulaman, mihun dan sebagainya.
Salah satu yang menjadi tarikan, selain ulaman dan kimchi, tteokbokki juga dijadikan salah satu hidangan yang cukup popular di Korea.
Tteokbokki ini diperbuat daripada kek beras yang lembut, kek ikan dan sos cili merah yang manis. Sesetengah orang ada yang panggil tteokbokki sebagai teokbokki, ddeokbokki, topokki dan dukboki.
Rupa-rupanya, kita pun boleh buat tteokbokki ini di rumah. Bila ras terliur dan ingin rasa macam mana keenakkan tteokbokki ini, bolehlah cuba di rumah. Bahan yang digunakan pun senang diperolehi. Seperti apa yang dikongsikan oleh Wawa Ariffin ini.
“Suami saya tak nak makan nasi malam-malam. Jadi, saya buatkan tteokbokki. Resipi paling senang dan bahan-bahan pun memang dah ada kat rumah. Letakkan fishball, fishcake dan telur lagi sedap.
“Sosnya pedas tak? Jawapannya pedas tapi pedas yang manis dan rasa nak makan dan nak makan lagi . So, sos cili tak perlu letak banyak sebab korean sos tu sudah pedas, brown sugar nak letak terpulang sebab saya suka manis.Rice cake ni tak rasa apa-apa sebab itu perasanya pada sos itu.
Bahan & Cara Membuat:
1 cawan tepung pulut
2 sudu tepung gandum
1 sudu kecil garam
1/2 cawan air
Garam dan air.
Bancuh semua sekali dalam bekas.
Uli sampai jadi doh.
Gelek dan uli tebal. Potong ikut kesesuaian.
Lepas potong tadi gelek kecil-kecil dan potong ikut saiz yang nak.
Sementara itu panaskan air dalam periuk, apabila mendidih, masukkan semua yang dah dipotong tadi dalam periuk. Bila dah terapung tu maknanya dah masak. Angkat dan toskan.
Jadi gini kejadiannya !
Ini bahan sosnya.
Tumis bawang dulu
Masukkan semua sos tadi
Air rebusan tadi jangan di buang, masukkan sedikit dan bahan tadi.
Letak gula
Letak minyak bijan
Masukkan tteokbokki tadi.
Easy peasy lemon squeeze.
Siap.
MW: Sesiapa yang tak nak makan nasi, bolehlah gantikan dengan tteokbokki ini.
Mudah je sebenarnya mak-mak boleh buat sendiri burger home made di rumah. yang pastinya lebih terjamin kebersihannya, bebas daripada sebarang bahan pengawet dan rasanya sedap lagi menjimatkan berbanding jika dibeli.
Boleh rujuk perkongsian resipi oleh Shafique Shahareen ini yang telah mendapat perkongsian lebih 76,000 di laman sosial facebook. Apa yang menarik, selain mencipta resipi daging burger, dia turut menghasilkan resipi sos istimewa bagi melengkapkan rasa sempurna burger ini. Burger tersebut dibuat untuk isteri tersayang, perkongsian secara santai namun dia tak sangka ia boleh menjadi viral.
“Macam mana nak cerita iya. Ok macam ni, wife saya sekarang ni pelik sikit.Dulu beliau peminat tegar burger McD. Tapi lepas je saya buat burger home made ni, minat beliau terhadap McD kian memudar.Ini yang merisaukan saya.Bila kami jalan depan restoran McD, beliau buat donoo je.Selalunya dah melenting-lenting dah suruh singgah.Korang tengok la ye sama-sama bahan-bahannya dekat bawah ni.Khas untuk suami yang tak de keje nak buat time cuti.”
Bahan-Bahan:
(Perapan Daging)
800gram Daging kisar Ramly
Dua sudu Lada Putih/ Sulah
Satu sudu kecil Lada Hitam
Setengah kiub Stok Daging
Satu Sudu Besar Sos Worcestershire
4 ulas bawang putih (hiris/cincang)
2 biji Bawang Merah (hiris/cincang)
(Sos Istimewa)
2 sudu besar Sos Cili
2 sudu besar Mayonis
1 sudu kecil serbuk kari
2 sudu besar Sos Worcestershire
Cara Membuat:
1.Masukkan semua bahan-bahan dalam daging kisar dan gaul sebati.
2.Bahagikan daging tersebut kepada beberapa bahagian, bergantung pada ketebalan daging burger yang diingini.
3.Lapikkan dengan plastik atau baking paper, leperkan ia seperti bentuk daging burger.
4.Lapiskan secara bertindih (seperti dalam gambar) bagi memudahkan untuk memasak.
5.Boleh juga terus digoreng atas kuali.
6.Sementara itu, untuk menghasilkan sos istimewa pula, hanya perlu campurkan bahan-bahan tersebut dan kacau rata.
Bolehlah masak burger seperti biasa. Tambahkan dengan keju, sos istimewa, sayur-sayuran seperti kobis, timun jeruk, tomato dan sebagainya mengikut citarasa masing-masing.
Siap! selamat mencuba!
Menurut Shafique, bermula suka tengok rancangan masakan di saluran Asian Food Channel (AFC), resipi burger dan sos yang dihasilkan pula merupakan idea ketika hasil pengalaman kerja di hotel. Jelas beliau, anggaran 800 gram daging kisar tersebut boleh dapat 9 kepingan daging burger home made.
Minuman kurma susu ini salah satu menu glamour waktu sahur yang memang sesuai untuk ibu hamil dan anak-anak yang baru nak belajar berpuasa. Dengan izin Allah, anak boleh puasa penuh. Tak perlu ‘bersilat’ di dapur awal pagi, haaa… ibu boleh cuba petua tahan lapar yang Puan Nana Ruzanna kongsikan ini…
Ramai yang tanya macam mana saya boleh bertahan puasa sampai 19 jam lamanya. Dah la pregnant pulak tu. Buat anda semua, kat sini saya nak share apa yang saya amalkan sepanjang saya puasa. Saya start amalkan puasa hari ketiga sebab baru tahu tip ni. Memang ada beza sangat dengan puasa yang terdahulu.
Alhamdulillah walaupun bersahur tak makan nasi, (memang tak lalu makan berat disebabkan jarak antara berbuka dan imsak hanya 5 jam sahaja) InsyaAllah perut rasa kenyang je sepanjang hari. Badan tak letih sangat. Bila berbuka pun tak gelojoh makan macam-macam.
Cuma Perlukan 3 Bahan ini:
Kurma 5 biji
Air masak setengah cawan
Susu segar satu cawan
Kurma tak kisah nak letak banyak mana tapi digalakkan dalam bilangan ganjil untuk ikut sunnah nabi.
Cara nak buat:
1. Kurma dibuang biji dan isinya kita carik-carikkan.
2. Rendam dalam setengah cawan air masak. Biarkan rendam sampai kurma kembang. Biasa saya akan rendam dalam pukul 7pm dan minum masa sahur dalam pukul 2.20am. Buat yang di Malaysia, sebelum tidur itu boleh rendam dah untuk minum ketika sahur esoknya. Kalau rendam sekejap pun takpe asalkan kurma tu kembang.
4. Bila kurma dah kembang, boleh blend dengan secawan susu segar. Minum ketika penutup sahur. Kiranya dah nak imsak baru minum.
5. Jangan lupa selawat ke atas nabi dan doa mohon Allah permudahkan puasa kita. In Shaa Allah perut kenyang dan badan kekal bertenaga sepanjang hari. Untuk anak-anak yang baru belajar nak puasa pun boleh amalkan. Selamat mencuba.
NOTA: Saya nak tambah lagi khasiat amalan ni, susu kurma juga boleh jadi milk booster untuk mommies yang sedang menyusukan anak. For those yg non muslim pun boleh try ok!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ibu bapa arwah Wan Ahmad Faris tak pernah putus asa 'berjuang' tuntut keadilan. Pada Disember 2013, Wan Ahmad Faris yang juga pelajar tingkatan empat ketika itu, ditemui tergantung dalam tandas asrama Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas.