Arwah pesan jika dia tiada, saya mesti kuat.” Rupanya itu petanda suami akan pergi tinggalkan dia buat selamanya.
Lebih menyayat hati, pasangan ini baru saja mendirikan rumah tangga tiga bukan yang lalu. Tentu saja, isteri ini tak sangka akan kehilangan suami secepat ini.
Arwah Pesan Jika Dia Tiada
“Arwah selalu berpesan jika dia tiada, saya mesti kuat. Saya tidak sangka itu petanda dia akan pergi meninggalkan saya,” kata Nur Farrah Ertyka Rahmat, 31, isteri kepada anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pontian yang meninggal dunia akibat serangan jantung petang semalam.
Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, suaminya, Leftenan Muda Pertahanan Awam (PA) Mohamad Asyraf Zulkifli, 30, pengsan ketika Majlis Apresiasi Warga Angkatan Pertahanan Awam (APM) Johor di Dewan Auditorium, Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Selatan (Pulapas), Kluang, Johor.
Dia kemudiannya dikejarkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom untuk rawatan dan disahkan meninggal dunia pada jam 3.45 petang.
Ads
Menurut Nur Farrah, dia tidak menyangka kehilangan suami yang baru dinikahi pada 21 November lalu selepas empat tahun menyulam cinta, apatah lagi arwah tidak pernah mengadu sakit.
“Cuma, malam sehari sebelum kematiannya, saya lihat dia seperti mengalami sakit kaki ketika solat. Bila tanya, dia kata kaki ‘ok’.
“Dua kali saya tegur dia malam itu. Sekali lagi masa dia termenung ketika naik tangga untuk ambil kasut kerja di tingkat atas, tapi dia menafikan ada masalah.
“Paginya dia kelihatan biasa malah sempat payungkan saya ke kereta untuk ke tempat kerja kerana hujan lebat,” katanya sebak.
Rupanya Itu Petanda
Tambah Pengurus stor kedai serbaneka itu, suaminya juga seorang penyabar dan antara kenangan indah mereka selalu bermaafan selepas solat. “Dia penyabar dan tidak pernah marah. Dia sentiasa ada pada masa saya susah. “Cuma saya agak terkilan apabila arwah tidak sempat datang mengambil roti yang saya beli sebelum dia ke Kluang untuk mewakili pegawainya yang kuarantin.
“Dia kata tidak sempat datang dan akan jumpa saya bila balik nanti, tapi kini dia sudah tiada,” katanya yang tidak lepas memegang pakaian seragam Allahyarham suaminya sepanjang temubual.
Ads
Suami Akan Pergi
Sementara itu, menurut ibu arwah, Salmah Baba, 62, kali terakhir dia berjumpa anaknya ketika majlis kenduri menyambut menantu pada 12 Februari lalu di rumahnya.
Katanya, Allahyarham adalah anak sulung dan satu-satunya lelaki daripada empat beradik.
“Saya tidak tahu dia ada penyakit apa, malah sejak kecil juga dia jarang sakit atau demam,” katanya.
Katanya, walaupun sedih, dia reda dengan pemergian anaknya itu.
“Dia anak yang baik, sejak kecil tidak pernah menyusahkan saya serta mendengar kata.
“Saya memang tidak sangka dia pergi dalam usia muda dan masih belum puas bermanja dengannya,” katanya.
Ads
Katanya, allahyarham suaminya meninggal dunia tujuh tahun lalu akibat komplikasi penyakit kencing manis dan jantung.
Mingguan Wanita : Semoga isteri arwah menghadapi takdir ini dan redha dengan pemergian suami tercinta. Al-Fatihah.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Dalam hubungan perkahwinan, perkara yang paling penting adalah komunikasi di antara suami isteri. Isteri lebih tahu perangan suaminya berbanding orang lain, hatta ibunya sendiri. Namun seringkali tak ramai isteri yang sanggup berterus terang perangai suami, sebab nak jaga hati dan tak nak buat suami terasa. Sekaligus tidak mahu mengeruhkan keadaan dalam rumahtangga.
Kalau setiap hari isteri berterus-terang, maka ramai suami yang akan TERASA. Sebab apa yang keluar dari mulut dia tu adalah fakta, hakikat, realiti.
Dia bercakap tentang apa yang dia lalui, apa yang dia rasa, apa yang dia nampak, apa yang dia hadap semasa hidup dengan kita.
Tapi, tak ramai isteri yang sanggup berterus terang depan suami sebab nak jaga hati dan perasaan suami. Tak nak suami terasa, tak nak suami jauh hati, tak nak suami pulaukan dan abaikan dia untuk apa yang suami dengar dari mulut dia.
Banyak ja perangai kita sebagai suami yang tak digemari isteri. Isteri tak suka kita buat macam tu, macam ni.. Cuma dia tak cakap depan-depan.
Tak Nak Keruhkan Hubungan
Dia cakap berlapik, dia cakap berkias. Orang perempuan dalam hubungan ni, dia lebih fikir bab tak nak buat sesuatu yang boleh menjejaskan hubungan, yang boleh mengeruhkan keadaan.
Kalau kita suami pun ada pemikiran yang sama, insyaAllah, bahagia rumahtangga…kalau kita nak isteri berterus-terang cakap kat kita tentang diri kita, maka kita kena terbuka untuk terima dan bermuhasabah.
Kalau kita ego, maka kita akan MARAH dengan setiap luahan isteri sebab kita tak boleh terima yang itulah sebenarnya DIRI KITA sendiri.
Mingguan Wanita: Ada benarnya perkongsian ini. Setiap perangai suami, hanya isteri yang benar-benar faham dan lebih mengetahui. Banyak sebenarnya perangai suami yang isteri pendamkan sahaja, demi nak jaga hati dan tak nak buat suami terasa.
Kerjaya doktor ini boleh dikatakan antara pekerjaan yang paling tak cukup masa. Lagi-lagi doktor hospital kerajaan yang bertugas baik secara on call mahupun tidak. Luahan hati pelakon Lufya Sheikh Omar ini terhadap suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharom membuktikan kebenarannya.
Boleh dikatakan, diri mereka bukan untuk diri sendiri mahupun keluarga. Malah hak milik orang ramai. Sebagai isteri seorang doktor, tentu-tentulah Lufya memahami kerjaya suaminya.
Dalam instagramnya baru-baru ini, Lufya maklumkan yang suaminya bergurau ketika cuti hari Sabtu. “Hubby saja melawak di hari cuti Sabtuday ni. Dia kerja sokmo.
“Banyak pengorbanan isteri seorang doktor ni. Suami jadi hak milik kerajaan.” Tulisnya ketika mengimbas kembali gambar mereka berdua ketika baru-baru mendirikan rumah tangga.
“Lainnya muka kami. Hilang terus gelaran Barbie jadi Barney pula.” seloroh Lufya.
Salute Buat Isteri Doktor Yang Lain
Dalam pada itu, sempat lagi Lufya berkongsi rasa kagumnya dengan isteri-isteri doktor yang lain. Apatah lagi, doktor-doktor wanita yang bertugas di hospital.
“Yang doktor perempuan lebih hebat! Dengan on call nya, tanggungjawab pada anak-anak dan suami. Dan sebagainya.”
“Hebat doktor kat Malaysia ni. Kelas A.”
Haa.. ini lebih mengejutkan. Bila mana tiba musim cuti perayaan, bukan semua doktor berpeluang untuk bercuti Hari Raya dengan keluarga. Demi tugas dan menyelamatkan nyawa orang ramai.
“Hmm.. Raya ni entah dapat cuti ke tak? Whuaaa.. Haura nangis. Mummy steady je.” Nampaknya Lufya pun dah terbiasa dengan kerjaya suaminya itu.
Memahami tugas suami adalah satu perkara yang membuatkan hubungan suami isteri jadi lebih erat. Begitulah hidup berpasangan, saling melengkapi dan bertoleransi dalam apa juga situasi.
Selamat Hari Doktor Kebangsaan
“All we can say is Thank You Very Much Doctors. Credit to my sister Dr. Naifah. We love you too. My sister, who work as anaesthetic doctor in the government hospital.”
Ucap Lufya yang juga ibu kepada Laana Haura yang mini berusia 4 bulan.
Dalam pada itu, Lufya juga berkongsi rasa sedihnya apabila instagramnya sebelum ini telah digodam. Keadaan itu menyebabkan banyak gambar kenangan bersama keluarga hilang. Kini, beliau menggunakan akaun instagram yang baru.
‘Malu dengan jiran, mujur keluarga faham.’ Isteri dapat kerja kerajaan, suami rela jaga anak di rumah memandangkan dia masih belum menerima tawaran kerja.
Walaupun berasa segan apabila isterinya yang terpaksa keluarga bekerja, lelaki ini bersyukur isteri dan keluarganya memahami situasi yang dihadapinya.
Malu Dengan Jiran
Seorang lelaki dari Sulawesi Tengah, Indonesia, menjadi tular selepas menceritakan kisahnya sebagai seorang bapa yang menjaga anak di rumah sementara isterinya keluar bekerja, lapor laman Wolipop.
Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok, Dedi Rosalam menjelaskan bahawa dia sudah menganggur sejak 2019 selepas gagal melepasi ujian bagi menjadi kakitangan kerajaan.
Mujur Keluarga Faham
“Saya dan isteri sama-sama mengambil ujian tersebut, namun hanya dia sahaja yang terpilih.
“Meskipun begitu, isteri tetap memilih untuk berkahwin dengan saya. Saya mempunyai diploma dalam jurusan teknik komputer namun belum ada rezeki untuk tawaran bekerja. Jadi, saya memilih untuk duduk di rumah dan menjaga anak,” tulis Dedi.
Tambah Dedi, ada masanya dia berasa malu dengan jiran tetangga setiap kali isterinya keluar bekerja sedangkan dia berada di rumah menjaga anak.
Namun begitu, isteri dan keluarga mentuanya sangat memahami keadaan Dedi.
Suami Rela Jaga Anak
Oleh sebab itu, dia cuba mencari pendapatan sampingan dengan menjadi pencipta kandungan media sosial.
“Selamat bekerja isteriku, maafkan suamimu yang masih menganggur ini,” kata Dedi dalam satu paparan video. – Agensi
Mingguan Wanita : Biarpun lelaki ini belum mendapat pekerjaan yang tetap, dirinya berusaha mencari kerja sampingan yang boleh dilakukan dari rumah sambal menguruskan anaknya. Sekurang-kurangnya dia tak lepas tangan dalam menunaikan tanggungjawabnya sebagai suami.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...