
Comel sungguh tengok gelagat lucu Tya Arifin dengan adiknya, Siti Aafiyah Mohd Jiwa ini. Sampaikan ibunya, Datuk Siti Nurhaliza sendiri pun rasa terhibur sama. Menantu Datuk Siti, Tya ini pun sejak kisahnya menyelamatkan anaknya, Arif Jiwa makin terserlah sifat keibuan dalam dirinya.
Lagi-lagi bila buat memek wajah lucu dengan adik kecilnya ini, Siti Aafiyah. Makin bertambah sifat manis ibu muda ini. Mujurlah Arif Jiwa itu lelaki Tya, kalau tidak mahu disolek habis anak kecilnya itu. Sama macam apa yang dikongsikan dalam instagramnya itu yang tak sabar menanti adiknya membesar.
“Hahahahaha.. apalah kakak Tya dah buat tu?” Seloroh Datuk Siti yang lucu dengan gelagat adik-kakak ini. Macam-macam aksi muka yang Tya buat. Habis diikut gaya si comel pipi merah, Aafiyah.
Kalau Tya dapat anak perempuan bayanglah apa yang jadi. Sebab dengan Aafiyah pun dia dah tak sabar nak hias adik secantik puteri. Impiannya, kelak Tya mahu merakam lagi gambar yang lucu semacam ini. Tapi waktu itu, wajah Aafiyah makin ‘gegirl’ kakak Tya cantik-cantikkan.
“Kamu tunggu ya udah besar dikit, mukanya kak tya makeup, rambutnya di roll, curly -in pake ribbon, terus kita selfie gini lagi ya… ihhh sekarang aja gemes apalagi nanti.”
Moga Allah Kurniakan ‘Aafiyah’ Buat Anak Ibu Sayang – Siti Nurhaliza
Diam tak diam, dah masuk 3 bulan rupanya si comel pipi merah, Siti Aafiyah ini. Terasa baru semalam saja berkongsi kisah kelahiran anak penyanyi tersohor kesayangan rakyat Malaysia ini.

Doa ibunya, “Alhamdullillah, hari ni Aafiyah 3 bulan. Semoga Allah SWT kurniakan ‘aafiyah’ buat anak ibu sayang.. love u sayang ibu.”
Siti Aafiyah pun semakin membesar dan cantik. Persis wajah ibu dan ayahnya. Moga Aafiyah membesar jadi anak soleh kebanggaan ayah dan ibu serta dapat berbakti kepada negara.
Sumber/Foto : Instagram ctdk
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Suka Parking Depan Rumah Jiran, Tular Video Wanita Gaduh. Buku Bertemu Ruas

Isi Kandungan
ToggleSuka parking depan rumah jiran, tular video wanita gaduh. Akhirnya bertemu buku & ruas. Masalah jiran yang suka meletakkan kenderaan di hadapan rumah orang lain bukanlah perkara baru.
Sikap seperti ini sering menjadi punca ketegangan dalam kejiranan, malah ada yang sampai bertikam lidah gara-gara isu ini. Walaupun nampak seperti perkara kecil, tetapi bagi yang mengalaminya, ia cukup menyusahkan dan menjejaskan keselesaan.
Suka Parking Depan Rumah Jiran, Tular Video Wanita Gaduh
Benar, jalan di hadapan rumah bukanlah hak peribadi sesiapa. Ia merupakan kawasan awam yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja. Namun, sebagai jiran yang baik, seharusnya kita memahami batas dan adab dalam menggunakan ruang tersebut.
Jika setiap kali meletakkan kenderaan di hadapan rumah orang lain tanpa izin, sudah tentu lama-kelamaan jiran akan rasa terganggu dan tidak selesa.
Seorang pengguna Facebook, Sulyeana Yana, baru-baru ini berkongsi video yang memaparkan dirinya menegur tindakan jiran yang sering meletakkan kenderaan di hadapan rumahnya hingga menyukarkannya untuk mengundurkan kenderaan.
Menurutnya, keadaan ini telah menyukarkan pergerakannya untuk keluar dan masuk ke rumah, apatah lagi selepas bertahun-tahun bersabar dengan sikap tidak bertanggungjawab jiran tersebut.
Mungkin sudah memendam lama termasuk isu berkaitan corong asap, akhirnya berlaku pertengkaran mulut sesama jiran. Walaupun kejadian ini dikatakan berlaku hujung tahun lalu tapi ia mulai tular hari ini di twitter @Anaz.iDeviceRepair.
Tulisnya, PENGAJARAN UNTUK JIRAN YANG SUKA PARKING DEPAN RUMAH ORANG.
Dilihat dirinya bertengkar mulut termasuk tidak gentar walau lawannya adalah jiran lelaki termasuk anak beranak yang mengeluarkan kata-kata biadap terhadap Sulyena.
Menurutnya, dia bukan tidak boleh bertolak ansur namun kesabaran ada hadnya. Setelah pelbagai usaha untuk bertoleransi tidak berhasil, akhirnya wanita ini mengambil keputusan untuk menyuarakan ketidakpuasan hatinya secara terbuka. Kata orang akhirnya bertemu buku dengan ruas. Video yang dikongsikan itu kini telah mendapat lebih 3 juta tontonan dan menjadi perbualan hangat netizen di media sosial.
Netizen Turut Simpati dan Kongsi Pengalaman
Ruangan komen turut dibanjiri dengan pelbagai reaksi. Rata-rata netizen bersetuju dengan tindakannya dan berpendapat bahawa hidup berjiran perlulah ada rasa hormat dan timbang rasa. Ada juga yang berkongsi pengalaman serupa, malah ada yang terkejut dengan sikap jiran yang tidak peduli langsung terhadap kesusahan orang lain.
💬 “Puas hati tengok video akak ni. Sebab pernah kena sebijik macam ni.”
💬 “Walaupun jalan depan rumah tu hak semua, tapi fikirkanlah keselesaan jiran. Jangan pentingkan diri sendiri je.”
💬 “Ini sebab kenapa kami tak beli rumah di kawasan kos rendah atau sederhana. Nak elak masalah macam ni.”
💬 “Ada juga manusia suka parking depan rumah orang, biar rumah sendiri nampak lapang.”

Toleransi dan Adab Kejiranan Itu Penting
Umum tahu, kes suka parking depan rumah jiran bukan baru malah agak kerap juga terjadi kerana memang ada jiran yang bertindak sesuka hati tanpa memikirkan kesan kepada orang lain.
Sejujurnya, dalam kehidupan bermasyarakat, sikap toleransi dan adab berjiran sangat penting bagi mengelakkan perselisihan faham.
Jika perlu menggunakan ruang hadapan rumah jiran untuk meletakkan kenderaan, sebaiknya minta izin dan pastikan ia tidak mengganggu pergerakan mereka. Juga, wujudkan komunikasi yang baik agar sebarang isu dapat diselesaikan dengan cara yang lebih harmoni tanpa perlu mencetuskan ketegangan.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Suami Lumpuh, Anak 16 Berderet, Hebatnya Mak Sekolahkan Semua Sampai Universiti

Isi Kandungan
ToggleHebatnya kisah ibu mentua Puan Widyana Ali ini. Sebagaimana yang dikongsikan suaminya, Mohd Yazid Ismail tentang pengorbanan seorang mak cekal membesarkan 16 orang anak-anak yang masih bersekolah dan menjaga suami yang lumpuh.
Kenapa ibu ini hebat, kerana ibu mentuanya tidak pernah bersungut. Lalui ujian hidup dengan tabah malah berjaya menyekolahkan semua anak sehingga peringkat universiti.
Walhal ketika itu, dia cuma mendapat bantuan ehsan sara hidup RM150 sebulan sahaja dari pihak masjid.
Kata Widyana, “ini kisah survival keluarga suami saya. Saya copy & paste untuk bagi semangat kepada ibu-ibu yang tengah struggle. Kita ibu bapa di zaman yang penuh cabaran ni kena ambil pengajaran dari kisah mereka.”
“Solat jemaah kena betul-betul jaga supaya tenang hidup di dunia dan akhirat.”
Ada 16 Adik Beradik Seibu Sebapa
Saya ada 16 adik beradik seibu sebapa. 1 hingga 11 semua lelaki. 12 hingga 16 semua perempuan.
Ada orang rasa stress dan sedih bila beranak 5 orang sederet lelaki. Mak saya rilek je dapat 11 anak semua lelaki. Alhamdulillah walaupun hidup sangat susah, kesemua 16 beradik berjaya sambung pelajaran ke universiti.
Pada tahun 1991, masa mak mengandung anak ke-16 ayah diserang stroke dan lumpuh. Hilang sumber pendapatan. Tiada simpanan sebab hidup cukup-cukup makan je. Pihak masjid bagi wang ehsan setiap bulan hanya RM150.
Mak besarkan kami 16 beradik dan dalam masa yang sama uruskan ayah yang lumpuh dengan hanya 150 ringgit sebulan.
Macam mana boleh survive? Ni semua urusan Allah.. semua rezeki dari Allah.
Allah bagi “rezeki” kepada anak-anak dalam bentuk kesedaran untuk berdikari. Walaupun masih sekolah rendah kami dah mula cari duit sendiri. Jadi buruh sementara, kutip botol dan tin aluminium untuk dijual, bercucuk tanam dan lain-lain.

Susah Sekalipun, Mak Tak Pernah Mengeluh Depan Anak
Pada tahun 2001, ketika tingkatan 4, saya masih kutip kayu api untuk masak. Ada berlaku kecederaan ketika sedang memotong kayu, parang terkena kat tangan. Ada kesan parut di tangan kiri.
Makanan kami juga tidak semewah orang lain. Makan nasi tanpa lauk sudah jadi kebiasaan. Sekadar nasi campur air, garam dan sedikit gula sudah memadai. Mujur di sekolah ada Rancangan Makanan Tambahan RMT, dapatlah kami rasa makan yang sedap secara berterusan.
Walau keadaan hidup begitu susah, tidak pernah sekalipun mak berhenti berjuang mahupun mengaku kalah dalam membesarkan anak-anaknya.
Mak juga tidak berkeluh-kesah di hadapan anak-anak, biarpun beberapa kali saya melihat mak menangis mungkin kerana terlalu berat menanggung keperitan hidup.Kami anak-anak yang masih kecil ketika itu hanya boleh menahan sedih melihat keadaan emak.
Ketika itu memang tidak banyak yang boleh kami bantu, malah untuk angkat ayah yang lumpuh untuk dimandikan pun susah. Saya banyak kali menangis sebab melihat ayah yang makin lemah dan kudis di badannya makin besar disebabkan terlalu lama baring.. sangat meruntun jiwa.
Nasib baik abang-abang di sekolah menengah banyak tolong dengan penuh kesabaran tetapi apabila mereka masuk universiti, tinggal kami yang kecil-kecil sahaja di rumah.

Sebab Nak Jimat Wang, Masak Pun Masih Guna Kayu Api
Sehingga tahun 2001, kami masih memasak menggunakan dapur kayu api. Bukan tidak ada dapur gas tetapi mahu menjimatkan wang daripada membeli gas. Kalau bekalan kayu api berkurang, kami adik beradik akan masuk hutan mencari kayu api.

Ketika itu tiada lagi orang kampung yang mengutip kayu api, hanya keluarga kami sahaja.
Mak pula pegang prinsip tidak akan hutang duit orang. Hidup dengan sekadar apa yang ada. Alhamdulillah, beban emak sedikit ringan apabila abang-abang di universiti mengirim duit biasiswa masing-masing untuk adik-adik di kampung. Pernah abang saya cerita, dia sanggup ikat perut semata-mata untuk hantar duit ke kampung.
Sepanjang ingatan saya, semasa ayah masih hidup dan sihat, dia tidak pernah bertanya tentang pencapaian pelajaran anak-anak, tapi ayah selalu tanya tentang solat di masjid atau tak. Arwah ayah selalu pesan, “tidak guna belajar tinggi dan pangkat tinggi tapi solat jemaah tidak dijaga“. Arwah ayah memang sangat menekankan amalan agama.
Walaupun kami masa masih bersekolah dan sangat sibuk dengan mencari duit tapi kami tetap ke masjid solat jemaah. Kami cuma dapat belajar ketika di sekolah sahaja kerana di rumah kami sibuk dengan kerja dan mengasuh adik-adik yang masih bayi.
Namun, syukur semuanya kini cemerlang dalam pelajaran. Alhamdulillah 1 hingga 16 berjaya semua masuk universiti.
Pesanan untuk ibubapa, bagi mendapat keluarga yang bahagia di dunia dan akhirat berilah penekanan pada pendidikan agama terutamanya solat. Anak-anak lelaki mesti dibiasakan dengan solat jemaah.
Sekarang bila tengok orang yang kutip tin dan botol di tepi jalan saya teringat keadaan saya dulu-dulu. Walaupun saya dah hidup senang dan alhamdulillah bisnes saya maju tapi saya tak lupa asal usul saya.
– Ditulis oleh anak ke-11, Mohd Yazid Ismail.
MW : Semoga mak-mak struggle yang membaca kisah ini dapat serba sedikit semangat untuk jadi kuat demi anak-anak.
Sumber/Foto : Widyana Ali
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Dengarkanlah Di Sepanjang Malam Aku Berdoa..’ Fahamkan Liriknya Sebelum Buat Konten

Isi Kandungan
ToggleSebenarnya betul juga apa yang dikongsikan oleh Zuan Ishmael ini. Boleh dikatakan asal buka video di media sosial TikTok, terus dihantui lirik lagu viral ini. “Dengarkanlah.. di sepanjang malam aku berdoa.’
Mahunya tak terikut nak menyanyi sama. Sambil nak memasak lauk bersahur pun boleh dengar korus lagu nyanyian Youtuber merangkap selebriti Indonesia, Raffa Affar ini.
Lagu berjudul ‘Cinta Sampai Mati’ ini adalah nyanyian secara ‘cover’ oleh Raffa. Nyanyian asalnya adalah milik sebuah band Indonesia, Kangen Band.

Kalau nak tahu lirik lagu Cinta Sampai Mati ini adalah mengenai perasaan cinta yang mendalam. Tentang sepasang kekasih yang harus berpisah kerana salah seorangnya meninggal dunia.
Bila dah trending, ramailah yang gunakan lagu ni sebagai runut bunyi di video masing-masing. Lucunya, konten yang dihasilkan itu ada yang tidak sesuai pun dengan lagu itu.
Bila dah ramai pakai, haa.. tu yang terngiang-ngiang. Bak kata Zuan Ishmael ini sampai dihantui korus lagu ‘berhantu’ ini.
Korus Lagu ‘Dengarkanlah Di Sepanjang Malam Aku Berdoa’
“Dengarkanlah….di sepanjang malam aku berdoa”
Lagu annoying ni…..popular giler dalam tiktok. Still acceptable kalau kena dengan video…. Tapikan….
Video putus cinta, kecewa dan sedih pasal cinta – Dengarkanlah….
Video gembira pasal cinta…pon… – Dengarkanlah….
Video jumpe duit tengah jalan – Dengarkanlah….
Video meeting ngan client – Dengarkanlah….
Video bawak mak gi beli kuih – Dengarkanlahh….
Video accident kereta – Dengarkanlah….
Video jatuh motor – Dengarkanlah….
Video tengah cuci berak – Dengarkanlah….
Video naik van jenazah kantoi tak puasa – Dengarkanlah…
My question is….korang paham tak isi kandungan lagu tu sampai video bawak mak gi jamban pon nak kena guna lagu ni? Konten biar la bersesuaian dengan lagu tapi majoriti main bantai je.
Pada aku la…. tak tau la kalau korang rasa ok
Haa.. Dah alang-alang dihantui tu, mehlah menyanyi sama.
Baca sini : Zizi Menyanyi Selagi Dapat Izin Suami, Imej Berhijab, Tahu Batasan Kurangkan Aksi Tarian Lincah
Lirik Cinta Sampai Mati
Duhai engkau, sang Belahan Jiwa
Namamu terukir dalam pusara
Di setiap langkah, ku s’lalu berdoa
Semoga kita bersama
Duhai engkau, tambatan hatiku
Labuhkanlah cintamu di hidupku
Ku ingin kau tahu betapa merindu
Hiduplah engkau denganku
Dengarkanlah
Di sepanjang malam, aku berdoa
Bersujud dan lalu aku meminta
Semoga kita bersama
Dengarkanlah
Di sepanjang malam, aku berdoa
Cintaku untukmu selalu terjaga
Dan aku pasti setia
Ho-oh-oh
Ho-wo-oh-ho-oh-wo-wo-ho-oh
Ho-wo-uh-wo-oh-uh
Duhai engkau, tambatan hatiku
Labuhkanlah cintamu di hidupku
Ku ingin kau tahu betapa merindu
Hiduplah engkau denganku

Dengarkanlah
Di sepanjang malam, aku berdoa
Bersujud dan lalu aku meminta
Semoga kita bersama
Dengarkanlah
Di sepanjang malam, aku berdoa
Cintaku untukmu selalu terjaga
Dan aku pasti setia
dengarkanlah
(Di sepanjang malam, aku berdoa)
Ku berdoa (bersujud dan lalu aku meminta)
Dan meminta (semoga kita bersama)
Wo-oh, dengarkanlah
Di sepanjang malam, aku berdoa
Cintaku untukmu s’lalu terjaga
Dan aku pasti setia
Ku setia..
Mingguan Wanita : Min pun dah melekat kat kepala dah ni.. asal dengarkanlah.. terus rasa nak nyanyi.
Sumber/Foto : Zuan Ishmael
Cari KURMA AJWA di sini : https://invol.co/cla8bos
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI