Sebelum ini, YouTuber Sugu Pavithra cuma ber’video call’ saja dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sudah menjadi rezekinya, akhirnya dalam majlis Pelancaran Rukun Negara ke-50 Pavithra dan suaminya, Sugu bertemu empat mata dengan PM.
Sampai hilang kata-kata bila Perdana Menteri (PM) tanya , “Pavithra tak masak ke?”
Punyalah terlalu gementar, bila PM tanya lagi, ‘Tak makan ke?’ Cuma jawapan ‘ah.. ah.. ya..” saja yang keluar dari bibir YouTuber popular ini.
Ramai sedia maklum, betapa bersopan dan lemah lembutnya Pavithra ini. Tentunya pertemuan itu memberi kenangan manis buat Pavithra dan suami. Biar pun jawapan yang diberikan itu sedikit tersekat-sekat, namun ketulusan Pavithra tiada siapa dapat mempertikaikannya.
Sesuai dengan aura perpaduan yang dipupuk dalam setiap video masakannya di YouTube, Pavithra biar pun dilimpahi populariti yang menyinar, dia tetap kekal merendah diri.
Ads
Sebelum ini pun, PM pernah hadiahkan Sugu Pavithra tripod, ketuhar gelombang mikro, periuk nasi elektrik serta barangan memasak. Tak lama selepas itulah dia dapat membuat panggilan video dengan PM.
Biarpun dilimpahi populariti, tumpuan Pavithra tetap pada suami dan anak-anak.
YouTuber Sugu Pavithra Semangat Lafazkan Rukun Negara
Dalam majlis berkenaan, Pavithra cantik mengenakan pakaian punjabi hijau, malah Sugu pun segak memakai pakaian serba hitam. Malah keduanya, begitu bersemangat melafazkan Rukun Negara ketika ikrar itu dibacakan Perdana Menteri.
Kata Pavithra dan Sugu, Rukun Negara inilah dasar yang mengeratkan perpaduan negara. Sebab itulah, mereka berazam menanamkan semangat Rukun Negara kepada anak yang masih kecil.
Ads
Ikrar Pavithra sendiri, biarpun anaknya belajar Rukun Negara di sekolah, dia tetap akan menerapkan prinsip itu pada anak-anaknya ketika di rumah.
Malah, Pavithra sendiri fasih dan lancar berbahasa Melayu. Katanya, dia banyak belajar dari drama-drama Melayu terutama dengan melihat lakonan Fasha Sandha. Punyalah seronok Pavithra bila dia akhirnya berpeluang berbual dalam telefon dengan pelakon kegemarannya itu tak lama dulu.
Manis kisah hidup suri rumah bernama Pavithra yang menjadi inspirasi rakyat Malaysia.
Sebab Susah, Pavithra Terpaksa Berhenti Sekolah
Untuk makluman, waktu bersekolah rendah Pavithra pernah mendapat keputusan 5A untuk Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), namun terpaksa berhenti sekolah semasa di tingkatan empat.
Kerana dia perlu membantu bapanya yang merupakan seorang buruh binaan. Berhentilah sekolah dan bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang. Kesusahan itulah yang membentuk jatidiri dalam diri Pavithra sehingga hari ini.
MW : Sememangnya kisah Pavithra ini banyak menyuntik semangat kejayaan untuk para suri yang lainnya.
Syukur alhamdulillah, pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam sudah selamat melahirlan bayi lelaki pada jam 8.20 pagi semalam.
Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh pengurusnya menerusi akaun Instagram (IG) bernama Carlos Hills.
Menurutnya, Rebecca telah selamat melahirkan bayi yang merupakan anak kelima di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.
Becca dan suami mendirikan rumah tangga pada 14 Januari 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Nor Anggun Raverra, 6, Nor Anggerik Renesmee, 5, Nor Aliff Al-Raffael, 2, selain seorang anak angkat, Nor Adam Daniel, 10.
Carlos turut memuat naik foto Rebecca dan suami, Datuk Nor Azam Sulaiman bersama bayinya di dalam bilik bersalin.
“Syukur alhamdulilah sekalung tahniah to my boss and family Datin @rebeccanuralislamahmad dan Datuk @azambecca it’s baby boy #1872018 selamat melahirhan jam 8.20am @gleneagleskl,”
Sementara itu, menerusi kemaskini di akaun IG peribadi Rebeccca, pelakon itu terdahulu memberitahu dia bakal menjalani pembedahan untuk melahirkan anak kelimanya itu. Rebecca juga sempat meminta maaf serta memohon agar mendoakan proses kelahirannya itu berjalan lancar dan dipermudahkan.
Assalammualaikum Salam Wednesday #18072018 #180718 today? And Very Good Morning To All My Lovely Family,Friends And Followers ❤️InsyaAllah Today around 8am Saya Akan Menjalani Proses Kelahiran Anak dgn Pembedahan *semuaanakceaser btw,Terima Kasih semua di Atas Segala DOA dan Ucapan,Saya Baca dan Saya Hargai?❤️Minta Maaf Jika sepanjang berkenalan Saya Ada Kesalahan yang diLakukan Sengaja Atau Tidak Sengaja Kepada Suami, Anak-anak ,Family, Teman-teman dan Ke semua yangg Mengenali Saya. Yang Baik ITU Datang DariNya. Yang sebaliknya Dari Kelemahan Diri Saya Ini, Maaf Dari Hujung Rambut Hingga Hujung Kaki. Love you All
Di ruangan komen gambar miliknya, rata-rata peminat Rebecca teruja dan mengucapkan tahniah di atas kelahiran bayi kelimanya itu.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Meskipun usia masih muda, namun pasangan remaja ini mempunyai alasan yang tersendiri, memohon pendaftaran perkahwinan. Takut tidur seorang antara alasan pasangan remaja berusia 14 dan 15 tahun di daerah Bantaeng, Sulawesi Selatan di Indonesia ini untuk berkahwin pada usia muda.
Pasangan berkenaan yang tidak dinamakan dan masih bersekolah menjadi tular di media sosial selepas mereka mendaftarkan untuk berkahwin baru-baru ini. Surya.co.id melaporkan, pasangan itu datang ke Pejabat Hal Ehwal Agama Daerah Bantaeng Khamis lalu untuk mengikuti Kelas Bimbingan Perkahwinan dan mendapatkan pendaftaran perkahwinan.
Media tempatan sebelum ini melaporkan, permohonan perkahwinan pasangan itu pada mulanya ditolak kerana usia mereka terlalu muda tetapi selepas membuat rayuan di Mahkamah Agama Bantaeng, permohonan mereka diluluskan.
Usia Minimum Berkahwin
Menurut undang-undang di Indonesia, usia minimum untuk berkahwin bagi perempuan adalah 16 tahun, sementara lelaki 19 tahun.
“Pernikahan mereka yang sepatutnya berlangsung hari ini (semalam) terpaksa dibatalkan.
“Tapi jangan risau mereka tetap boleh berkahwin.
“Mengikut peraturan, 10 hari selepas membuat permohonan kepada pejabat agama barulah mereka boleh bernikah.
“Ini baru masuk hari kelima. Diminta bakal suami bersabar ya,” kata jurucakap Jabatan Agama Bantaeng, Mahdi Bakri semalam.
Ketika ditanya alasan mahu berkahwin, remaja perempuan itu berkata, dia bukan dipaksa kerana berbadan dua, tetapi keinginan mereka sendiri.Selain itu dia turut memberitahu takut tidur seorang kerana sering ditinggalkan sendirian di rumah selepas ibunya meninggal dunia dan bapanya kerap ke luar daerah untuk urusan perniagaan.
Selamat Pengantin Baru diucapkan, semoga perkahwinan berkekalan hingga ke akhir hayat.
Nak hijrah mudah, begitulah luahan pelakon Lufya Omar tentang topik tentang penghijrahan. Sememangnya mudah untuk seseorang wanita itu berhijrah dari tidak bertudung kepada berhijab.
Lufya yang kini lebih memberi fokus pada keluarga dan anak selain mengisi masa mencari sumber pendapatan menerusi perniagaan kek yang diusahakannya akui untuk terus istiqamah bukanlah satu perkara mudah.
Nak Hijrah Mudah
Benarlah seperti apa yang diperkatakan oleh Lufya. Untuk terus berhijab banyak rintangannya dan perlu bergaul dengan rakan yang banyak memberi motivasi.
“Nak hijrah mudah…
“Harini Freehair esok dah boleh pakai hijab.
“Yang susah tu Istiqamah.
“Istiqamah ni maknanya tetap teguh mengikuti satu jalan dan konsisten.
Jangan Mudah Putus Asa
“Iman manusia mana yang tidak naik dan turun? Kadang solat dijaga, tapi lemah bab mengawal emosi, tidak berpakaian syari’e,dan sebagainya.
“Kadang akhlak dah elok dengan sesama manusia tapi tiada amalan dan solat awal waktu tidak dijaga. Masalahnya kita tak tahu dengan amalan apakah yang terakhir kita lakukan yang Allah terima untuk masuk syurga.
Sentiasa Baiki Diri
“Konklusinya jangan pernah putus asa dalam menjalani ujian serta cabaran hidup di dunia yang sementara ini kerana Allah sbt tidak pernah ‘putus asa’ terhadap hambaNya selagi hambaNya sentiasa berusaha memperbaiki diri dan memohon keampunan dariNya,” tulis Lufya.
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.