Tidak dinafikan air rebusan bijirin Barli memang banyak khasiatnya terutamanya dalam membantu bagi mengatasi masalah kencing kotor dan tak lawas. Bahkan juga mampu menyejukkan panas badan.
Malah bijirin barli juga merupakan sumber terbaik serat pemakanan, protein dan karbohidrat kompleks serta vitamin dan galian.
Boleh cuba buat sendiri air Barli home made seperti yang dikongsikan oleh Puan Azrina Ien ini.
Semalam ada yang share buat air barli. Hari ni saya try buat panas-panas, ni rasa segar je dapat air barli homemade.Air ni juga bagus untuk mereka yang ada masalah kencing kotor dan kencing tak lawas.
Bahan-Bahan:
Barli
Gula kundur
Kismis
Gula batu
Daun pandan
Cara Membuat:
1. Rendam barli 5 minit untuk buang kotoran.
2. Cuci bersih barli dan masukkan ke dalam periuk.
3. Tambah air dan daun pandan.
4. Masak sampai barli kembang baru masukkan kismis, gula batu dan buah kundur.
Ads
Siap untuk dihidang, Selamat Mencuba!
Ads
Info Ekstra!
Bijirin Barli kaya dengan khasiat pemakanan seperti fiber, vitamin dan mineral penting (Vitamin B3), thiamine ( Vitamin B1), selenium, iron, magnesium, zinc, phosphorus, copper dan niacin) serta sedikit lemak dan tidak mengandungi kolesterol seperti lain-lain bijirin.
Rupanya ada cara mudah untuk mak-mak menanggalkan kesan gam atau pelekat pada bekas dengan menggunakan minyak masak. Bukan apa, kadang kala bekas yang kita beli ada ‘sticker’, bila dibuang ia meninggalkan kesan gam pada bekas tersebut. Malah jadi tak cantik dan melekit pula.
Kepada yang tidak tahu, anda boleh menanggalkan kesan lekatan sticker pada bekas yang sudah lama dengan menggunakan minyak masak.
Caranya, tuangkan sedikit minyak masak pada tisu serap minyak (kitchen towel tissue paper) dan gosok. Bergantung kepada jumlah lekatan, ulangi langkah ini jika perlu.
Tips:
• Minyak masak boleh melarutkan komponen gam.
• Menggosok dengan cepat akan menghasilkan haba yang boleh membantu mempercepatkan proses tertanggalnya gam.
Ada beberapa cara yang boleh dilakukan bagi memastikan daging cepat lembut, empuk dan kekal berjus. Tip ini amat sesuai bagi mak-mak yang tiada periuk ‘pressure cooker’ di rumah dan nak cepat masak daging. Bukan apa, jika masak cara biasa, tekstur daging akan jadi liat, keras dan sangat memakan masa untuk benar-benar empuk.
Hari ini saya nak kongsikan satu lagi tip untuk bagi daging cepat lembut, empuk dan juicy.
1. Potong daging ikut lawan arah urat, cuci dan toskan.
2. Tambahkan sedikit soda bikarbonat (untuk daging banyak ini, saya letak suku sudu teh saja) dan sedikit tepung jagung.
3. Kacau dan perap selama 15 minit. Masak sekejap sehingga daging berubah warna. Sebelah kanan itu hasilnya masak cuma 5 minit (saya tambahkan kicap manis).
4. Perapan seperti ini sesuai untuk daging kurang berurat yang dimasak sekejap seperti tumis, goreng atau campurkan dengan kuetiaw, mee, bihun atau nasi goreng.
Nota: Soda bikarbonat jangan terlebih ya. Nanti akan terasa sedikit pahit pula.
1.Rendam daging liat ke dalam air perahan betik atau nanas atau daun betik dalam berapa minit
2.Lagi lama rendaman lagi lembut, kerana betik dan nanas mempunyai enzim proteolytic dimana enzim ini bertindak sebagai meat tendezering mengurai rangkaian struktur amino acid protein maka daging akan jadi lembut.
3.Enzim tersebut ialah papain mewakili betik dan bromelain mewakili nanas
1.Masak daging seperti biasa. Biarkan masakan menggelegak, kecilkan api dan masukkan ais batu. Biarkan ais batu cair. Tunggu mendidih dan masak dengan api sederhana dalam 30 minit.
2.Pertukaran haba mendadak semasa memasak akan melembutkan daging dengan cepat.
Nota: Pastikan air dalam masakan kurang agar pertambah ais batu dapat menyejukkan keseluruhan isi daging.
a) Daging dipotong pelbagai sudut (cara potong melawan susunan isi akan cepat empuk dari yang selari).
b) Masukkan sekali bahagian urat daging.
Semasa proses memasak, haba bertujuan melemahkan ikatan hidrogen dalam molekul protein daging. Kejayaan dalam melemahkan ikatan antara protein ini akan membuatkan tekstur daging menjadi lembut. Pertukaran suhu yang mendadak (panas ke sejuk) mungkin menyebabkan proses ini ‘tidak tentuan’. Dan perubahan seterusnya (sejuk ke panas) menyebabkan proses cepat empuk berlaku.
Fenomena ini mungkin boleh dijelaskan dengan konsep entropy.
Entropy merupakan istilah kuantiti termodinamik yang digunakan untuk menjelaskan ketidakupayaan sesuatu tenaga haba ditukarkan kepada kerja. Atau juga dikenali dengan kecelaruan (disorder) atau kerawakan (randomness)di dalam sistem.
Dalam kes ujikaji ini tenaga haba tidak dapat dibebaskan daripada proses memasak daging disebabkan suhu diturunkan secara mendadak. Maka kecelaruan (ketidaktentuan) dalam sistem memasak daging berlaku. Ini menyebabkan suhu panas yang kemudiannya dikenakan memudahkan lagi proses melemahkan ikatan antara molekul protein daging, lalu daging menjadi empuk.
Saya biasa masak daging dalam periuk tekanan tinggi dan buat stok. Jadi pada saya, lebih praktikal untuk menggunakan periuk tekanan tinggi untuk mengempukkan daging berbanding cara ini kerana ianya agak rumit. Pun begitu, cara ini sesuai untuk mereka yang tidak ada periuk tekanan tinggi.
Jika dikira masa keseluruhan yang diambil, kaedah ini berkesan mengempukkan daging lebih kurang 40% daripada cara memasak biasa.
Semoga bermanfaat
ChM Dr Fatimah Salim
Ahli Kimia yang suka masak.
Mingguan Wanita: Jadi buat mak-mak yang tiada periuk ‘pressure cooker’ di rumah dan nak cepat masak daging, bolehkan ikut mana-man tip yang dikongsikan ini. Barulah daging cepat empuk, lembut dan ‘juicy’.
Memang geram bila air pada kepala paip tandas jadi perlahan dan sikit je keluar, walaupun bukan disebabkan tekanan air rendah. Rupanya pesan tukang rumah kena tukar kepala paip tembaga, barulah air laju dan puas hati. Bukan apa bila air tandas perlahan, melambatkan kerja-kerja mencuci.
Air dalam tandas perlahan dan sedikit sahaja keluar. Saya ingatkan sebab tekanan rendah. Yelah guna tangki. Tangki pula atas je tandas ni.
Satu hari air jadi sangat rendah. Geram lah. Orang nak membuang air besar. Tak puas hati nak basuh apa patut.
Habis je memulas, saya buka kepala paip ni. Tu hah. Air mencurah-curah.
Teringat pesan tukang rumah ni. Katanya guna kepala tembaga. Lagi kuat air keluar.
Saya pun pergilah tukar. Lepas tukar, air memang laju. Puas hati.
Kesimpulannya, tukarlah kepala paip kepada tembaga jika nak air laju.
Ada komen kata sebab karat dalam kepala paip. Saya dah bagi air lalu keluar dan cuci dalam lubang kepala paip. Air tetap keluar perlahan. Lagi, kepala chrome ni takda penapis dekat muncung tu.
Mingguan Wanita: Menarik tip ini, jadi jika di rumah tu ada masalah air perlahan, boleh cuba tukar kepada paip tembaga macam ni. Barulah air mengalir laju.