Raut wajah yang manis, sejuk mata memandang, lontaran suara yang lemah lembut dalam menyampaikan ilmu agama membuatkan ramai yang mengagumi wanita hebat, pendakwah Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa ini.

Kesibukan beliau bergelar seorang isteri dan ibu malah tuntutan jadual kerja menjadi seorang pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia, seorang penulis buku, kolumnis majalah dan penceramah memerlukan kekuatan tenaga serta perlu kekal cergas setiap hari.

Ketika usia mencecah 44 tahun dan mempunyai tujuh orang cahaya mata, figura hebat Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa ternyata mempunyai cara tersendiri dalam mengekalkan kecergasan dan kecantikan diri baik dari dalam mahupun luaran. Iaitu melalui amalan pemakanan sunnah yang beliau amalkan. Menurut Ustazah Norhafizah, beliau bukan sahaja amalkan untuk diri sendiri, malah seisi rumah turut mengamalkannya.

Berikut antara 6 amalan kecantikan dan kecantikan yang diamalkan oleh ustazah sebagai panduan.

1. Bangun Tidur Minum Air Suam

Menurut ustazah ia terbukti secara perubatan, kelebihan minum air kosong sejurus bangun tidur. Ketika tidur macam-macam proses berlaku dalam tubuh badan. Minum air seolah-olah sentuhan paling akhir pada malam tadi membuang segala yang tidak baik dalam badan. Disarankan minum dalam satu botol suku air (625ml).

6 Amalan Pemakanan Ustazah Norhafizah Musa, Rahsia Kekal Cergas, Sihat & Cantik Berseri!

Malah ustazah juga menyarankan amalkan baca doa ketika minum air zamzam dalam apa juga air yang diminum.

6 Amalan Pemakanan Ustazah Norhafizah Musa, Rahsia Kekal Cergas, Sihat & Cantik Berseri!

Begitu juga bagi anak-anak muda, digalakkan banyak minum air untuk kecerdasan, agar bila belajar tak mudah lupa terus masuk dalam memori.

IKLAN

2. Minyak Zaitun

Amalkan makan satu sudu minyak zaitun setiap hari, kuantitinya pula sudu besar atau kecil bergantung pada saiz badan.

6 Amalan Pemakanan Ustazah Norhafizah Musa, Rahsia Kekal Cergas, Sihat & Cantik Berseri!

3. Pati Delima

Minum pati delima 2 sudu besar, lebih pun takpa. Ini kerana delima adalah buah eksklusif yang Allah ciptakan dari zaman dahulu dan merupakan buah-buahan daripada syurga.

6 Amalan Pemakanan Ustazah Norhafizah Musa, Rahsia Kekal Cergas, Sihat & Cantik Berseri!

4. Campuran Air Suam, Madu, Minyak Kelapa Dara, Habbatus Sauda & Za’faran (Saffron)

Ustazah turut mengamalkan campuran air suam, yang dimasukkan 1 sudu madu, 1 sudu kecil minyak Habbatus Sauda, minyak kelapa dara dan beberapa helai Za’faran (Saffron). Kacau semuanya dan minum air tersebut.Disarankan air ini dibuat pada waktu pagi,selepas minum biarkan perut rehat selama 2 jam, barulah mengambil makanan berat.
Campuran air ini sangat bagus untuk ingatan.

IKLAN

6 Amalan Pemakanan Ustazah Norhafizah Musa, Rahsia Kekal Cergas, Sihat & Cantik Berseri!

4. Cuka Tamar (Khal)

Selepas mengambil makanan berat, disarankan mengamalkan ambil sedikit cuka tamar (Khal). Insya Allah segala yang tidak baik, diambil ketika makan tadi akan dibuang.

6 Amalan Pemakanan Ustazah Norhafizah Musa, Rahsia Kekal Cergas, Sihat & Cantik Berseri!

5. Kayu Manis

Kulit kayu manis banyak kelebihannya. Terutamanya dimakan ketika letih atau pening.Jika dimakan sedikit kulit kayu manis ini pada waktu malam pula ia membantu untuk tidur yang berkualiti dan lebih tenang.

IKLAN

6 Amalan Pemakanan Ustazah Norhafizah Musa, Rahsia Kekal Cergas, Sihat & Cantik Berseri!

6.Kacip Fatimah

Ustazah turut mengamalkan supplemen kacip fatimah yang semujadi mengikut keperluan diri. Tumbuhan Kacip Fatimah inisangat penting untuk keperluan wanita dari segi kekuatan tubuh badan,kesegaran, melambatkan penuaan, angin, sakit urat, sakit tulang serta khusus untuk sistem keperempuanan.

6 Amalan Pemakanan Ustazah Norhafizah Musa, Rahsia Kekal Cergas, Sihat & Cantik Berseri!

Baca Disini:
Bab Jodoh: Ini Pegangan Datuk Ustazah Norhafizah Musa & Mengapa Suaminya Dikatakan Pilihan Istimewa Dari Allah

Petua menjaga kecantikan amalan ustazah

Petua menjaga kecantikan amalan ustazah – Ustaz Norhafizah Musa

Posted by Himpunan Nasihat Ustaz on Wednesday, 27 December 2017

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jika kita tidak dapat mengamalkan semua, pilihlah yang paling asas mengikut kemampuan diri.

Sumber: Himpunan Nasihat Ustaz

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI