Setiap ibu ada pengalaman tersendiri melahirkan bayi masing-masing. Ada yang direzekikan bersalin normal, ada yang direzekikan bersalin secara pembedahan (caesarean). Apa pun pengalaman itu, di hujung kisah ibu tetap meletakkan pengharapan bayinya lahir selamat dan mudah jalan bersalinnya.
Jurusolek selebriti terkenal ini, Nad Ismail (@nvdism) berkongsi pengalaman melahirkan bayi keduanya. Bertarung nyawa selama 22 jam sebelum bayinya selamat dilahirkan pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Pengalaman Bersalin Waktu PKP
Kongsinya, “Sis last job pengantin pada 15/3/2020.
Memang doa pada Allah moga dilepaskan urusan pengantin-pengantin zis, and selit juga doa berharapan nak Muhammad keluar pada 22/3/2020 bersempena isra’ dan mikraj, tapi zis terapkan dalam hati hanya berdoa dengan rendah hati dah redha sahaja dengan apa yang Allah nak bagi.
Sis admitted pada 15/3/2020 akibat, muntah muntah hampir 15 kali lepas tu cepat-cepat serah diri ke HKL (sebab memang plan nak beranak gomen – sebab Noah dulu czer dekat situ, so senang, and plus sis lebih trust gomen service) sebab teringat nurse KK cakap kalau ada pedih ulu hati ke atau muntah muntah kena segera pergi ke emergency sebab awak ibu GDM ( Diabetis Gestasi – diabetes ketika hamil ) jadi cepat- cepatlah pergi.
Dahlah betul-betul hari tu istihar PKP. Visitor semua tak dibenarkan tapi sis memang dah prepare worst case scenario, memang dah get ready mentally and physically (masa dekat hospital). Yelah tak kisah lah pergi mana-mana kerajaan ke swasta ke sis terapkan dalam diri, kena buat baik je, walaupun zis seorang yang pain intolerence, sentiasa ingatkan diri untuk cakap tolong, terima kasih, alhamdulillah. Banyak kali ingat kan diri.
Walaupun kejadian macam-macam dekat rumah (yang buat zis meroyan ) ni nanti kita citer bab lain.
Muntah 15 Kali, Rupanya Keracunan Makanan
Check punya check, masa tu dah masuk 19/3 doc cakap siz keracunan makanan je sebenarnya. Itulah nak dijadikan asbab untuk ke hospital tu kan. Doc check bukaan dah 2cm, (sis merayu sangat nak minta discharge dulu) sebab nak tunggu tanda bersalin naturally) tapi apakan daya. Macam zis dah janji pada Allah, apa cara sekali pun zis berserah dan redha. Dengan itu Doc pun cakap dah alang-alang awak dekat sini, kita sekali jalan je. Kita pun tak nak simpan awak lama-lama hati dekat sini tunggu LR kosong kita terus onz kan. ( pergh pedih tak ayat itu ) ( itu baru request sikit je tau ) sebab tu kena jaga mulut kena jaga hati ).
Zis pun dengan pasrah dan berserah,
Sambil menunggu zis banyakkan solat taubat, bermunajat dan berdoa pada Allah.
Esoknya ( 20/3/2020 ) Doc check bukaan masih 2cm, Doc kata on petang kita tengok lagi. Sis pun teruskan lah solat dan buat lah segala senaman jalan itik and squad tu ( sis memang dah buat dari awal sebab tahu VBAC ( vaginal birth after csect ).
Ads
Induced Buat Kali Ketiga
Zis dapat tidur beberapa jam dari 4am sampai 6am. Zis bangun mandi dan minta izin untuk solat, sebelum di induced buat kali ke tiga. Dalam tempoh beberapa jam sis dalam LR tu, dah berapa orang mak dah beranak, zis masih tak beranak beranak. Mujur HKL sekarang tak macam dulu open selorong semua tertutup, macam hospital swasta.
Ok di induced untuk kali ketiga, jam 7am diorang suggest sis untuk amik epidural, mula zis tak nak, tapi Doc advice, dia kata sebab puan dah lamq sangat, kami takut nanti tak larat nak meneran.
Jadi zis pun ikut je lah apa saranan diorang walaupun diorang pujuk amik dari first masuk LR. Dia kata ok kita tunggu Dr pakar bius datang, dalam jam 9am macam tu. Ok zis pun akur, dalam masa yang sama contraction dah mula terasa lagi kali ni, lebih kerap and sakit menarik sampai ke pinggang masa ni. Zis dah berharap sangat pakar bius sampai tapi jam dah menunjukkan jam 10am tapi pakar bius tak juga kunjung tiba.
Nurse kata oh maaf puan pakar bius semua bz pula, banyak case emergency hari ni.. ( ha nampak tak nampak tak ) memang Allah nak bagi zis rasa kesakitan beranak itu ya, Doc sampi terus pecahkan ketuban. Pergh! masa ni pun sakit dia subhanAllah, tapi sikit pun sis tak tahu apa doc buat. Tau tau settle je. Sebab dah set kan dekat kepala kan worse case scenario.
Ads
Sampai lah jam 12 tengah hari contraction dah semakin kuat, tapi bukaan masih 5cm, zis memang istighfar tak berhenti and baca zikir nabi yunus. Dah lepas pukul 2pm memang betul betul rasa sakit yang teramat, rasa nak buang air besar, teruslah nurse datang tengok laluan.
Buat Teknik Al-Fatihah Sekali Nafas Ketika Sakit Bersalin
Saat diorang tengok laluan, terus diorang suruh bernafas. “Puan bernafas puan.. bernafas” ( memang kalau ikut diorang cakap bernafas tu, imaginasi bernafas biasalah betul tak) Hakikatnya masa tu kaki pun dah tak rasa dah berada di awang-awangan. Ok imagine macam pinggang korang semua dah tak rasa ni. Dia rasa kebas, macam buat jelah apa apa janji hilang rasa ni (rasa yang tak terungkap)
Ads
Masa ni mulalah apply apa yang kak Long ( @eja_confinementhelper ) ajar bernafas and baca Al-Fatihah dalam satu nafas. Memang Alhamdulillah magic sangat! Tapi memang kena practice dari awallah. Ok push yang pertama, masa diorang terus suruh zis bernafas. First time tu ok smooth, tapi sebab kepala masih jauh, jadi kena lagi sekali tapi kali ni sakit sangat nurse kata, “Puan teruskan bernafas, bernafas macam tadi,”
Tapi zis tetibe hilang focus jap, lupa nak ambil nafas, sepatutnya nafas tarik and tahan pastu baca Al-Fatihah (dalam satu nafas masa korang tengah tahan nafas tu baca dalam hati) then lepas tu, lepas waladdolllinnnnnn tu terus hembus nafas perlahan-lahan (simpan and keluarkan nafas sikit-sikit sambil push) korang pahe dop ? Memang tak boleh imagine tapi kalau korang practice dari sekarang إن شاء الله , if god’s will boleh, ni patutnya zis nak cerita pun malu tapi zis rasa macam korang perlu tahu benda ni sebab magic sangat teknik kak Long ajar ni, yang pentingg korang kena FOCUS.
Selepas 3 kali percubaan, Alhamdulillah lahirlah seorang khalifah bernama Muhammad, pada tarikh dan masa yang Allah dah tetapkan alhamdulillah.
27 rejab 1441 AH ( 22/03/2020 )
2:30pm
Jumlah hours dalam Labour Room (LR) 22 jam.
Tak boleh lawan my mom yang bertarung 24 jam untuk melahir kan sis.
Bulan Ramadan penuh keberkatan ini amat bermakna sekali buat Tasha Shilla dan suami. Pasangan ini yang baru saja selamat menimang cahaya mata sulung pada 12 Ramadan lalu begitu teruja mengumumkan nama anakanda mereka.
Tasha telah berkongsi foto dan nama anak kesayangan dia dan suami menerusi satu hantaran Instagram.
Tasha Shilla Perkenalkan Raees Zander
Tasha yang mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Atiq pada 23 Februari tahun lalu telah memperkenalkan Raees Zander untuk pengetahuan umum.
“Syukur Alhamdulillah, sempena hari ketujuh kelahiran anak saya dan suami @atiqidris, kami ingin perkenalkan “Raees Zander bin Muhammad Atiq”.
Mohon Keberkatan Doakan Raees Menjadi Anak Soleh
Malah pelakon ini juga memohon agar rakan-rakan selebriti dan peminat di Instagram mendoakan supaya anaknya menjadi anak yang soleh.
“Saya memohon dengan keberkatan, agar kalian semua tolong doakan untuk dia semoga menjadi anak yang soleh, penyejuk mata hati Ibu dan ayahnya, beri dia ilmu yang bermanfaat, kuatkan iman dan aqidahnya, dilimpahi rezeki yang luas dan halal.
“It’s our happiest moment to announce that a baby boy “Raees Zander” has arrived in our family. Please keep him in your prayers,” kongsi Tasha Shilla.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.
Restu ibu bapa itu penting, ibu seolah beri hint kongsi gambar kahwin Shamsul & Puteri Sarah. Setiap ibu pasti ingin melihat anak-anaknya bahagia. Bahkan saat sang anak memaklumkan mahu mendirikan rumahtangga, pastinya diri insan paling gembira.
Ya gembira jika suri hati anaknya baik budi pekerti, hormati orang tua, pandai mengambil hati dan pastinya pandai mengambil jiwa raga orang tua hingga mereka memberikan restu agar anak bahagia sepanjang perkahwinannya.
Tapi nampaknya pendedahan Puteri Sarah mengenai dakwaan suaminya, Shamsul Yusof seolah sudah berkahwin dengan Ira Kazar menarik perhatian ramai.
Tulis Puteri Sarah di IGnya,
“Soroklah selagi boleh sorok. Kebenaran akan terbukti suatu hari nanti.
“Narsistik seperti anda akan sentiasa memanipulasi kebenaran. Saya tidak mahu terbabit dengan toksik.
“Penipu akan sentiasa menjadi penipu. Semoga anda berdua berjaya. Dua-duanya toksik,” tulisnya.
Sebaik hal ini terbongkar, di IG ibu pengarah tersohor ini, Datin Patimah Ismail telah menulis bahawa RESTU SEORANG IBU ITU PENTING UNTUK DOA YANG BERTERUSAN, seolah memberi hint andai benar perkahwinan anaknya dan Ira terjadi tanpa pengetahuan keluarga, ianya mungkin membawa ketidakbahagiaan seperti dicari oleh Shamsul.
Bahkan dirinya turut memuat naik gambar ketika pernikahan anaknya itu dahulu dan menulis :-
“Perkahwinan Shamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana mendapat restu keluarga sepenoh nya, Shamsul sendiri yg memilih Puteri Sarah sebagai Permaisuri hati nya. Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata.
Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasulullah SAW sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha. Meskipun ia adalah solat sunat, tapi sangatlah rugi jika tidak pernah menunaikan Solat Dhuha ini walaupun sekali seumur hidup.
Solat Dhuha adalah solat sunat yang dilakukan setelah terbit matahari hingga menjelang masuk waktu Zohor. Solat ini afdhalnya dilakukan pada waktu pagi hari ketika matahari sedang naik.
Cara menunaikannya pula adalah sama seperti solat sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama, jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud:
“Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehendakinya”(Hadis Riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)
Banyak hadis yang menggalakkannya dan menyatakan keutamaannya.
1.Solat Sunat Yang Sangat Dituntut
Antaranya ialah dalam Riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasulullah SAW telah berwasiat kepadakau tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
2.Dimurahkan Rezeki & Elak Miskin
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain”, sabda Rasulullah SAW yang maksudnya:
“Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan”
3.Ganti ‘Sedekah’
Dalam riwayat yang lain, Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya:
“Pada tiap-tiap pagi, lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha” (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
4.Diampuni Dosa
Dalam satu riwayat yang lain, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya, nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih di lautan” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Betul-betul banyak kelebihan menunaikan Solat Dhuha ni. Marilah kita sama-sama merebut ganjaran yang diberikan ini.
Dr Afifah berharap Nubhan dapat bekerjasama memaklumkan kisah perceraian kepada anak-anak. Baca luahan penuh, perkembangan mahkamah dan isu emosi anak dalam kes Nubhan cerai.