
Zulin Aziz bercerai cara baik, anggap jodoh tidak panjang. Itulah yang berlaku kepada pelakon dan pengacara wanita dalam rumah tangganya.
Farah Azleenda Abdul Aziz, nama sebenar kepada selebriti ini mendedahkan dia kini sudah bercerai dengan bekas suaminya, Farhan Norzaini sejak 18 Disember tahun lalu.
Apabila ditanya punca perceraian mereka, kata Zulin, dia enggan mendedahkan sebab dia mengambil keputusan untuk bercerai.
“Biarlah saya dan bekas suami sahaja yang tahu. Orang luar tidak perlu tahu tentang urusan rumah tangga kami yang terlalu peribadi untuk dikongsi.
“Apa yang saya boleh katakan kami berpisah secara baik dan tidak bermusuhan. Kami kekal berkawan. Hubungan kedua-dua belah keluarga juga masih baik.
“Cuma mungkin jodoh kami sahaja yang tidak panjang. Saya anggap ini adalah ketentuan Ilahi untuk kami. Tiada siapa yang berkahwin untuk bercerai. Saya mohon doakan yang baik-baik untuk kami berdua,”
jelasnya.Untuk rekod, Zulin dan Farhan bernikah pada 20 Februari 2022. Mereka berdua tidak dikurniakan cahaya mata.
Sumber gambar: Zuliz Aziz