
Zainal Rashid Ahmad atau lebih dikenali sebagai ZRA bukan nama asing dalam dunia kemanusiaan dan media Malaysia. Lelaki berjiwa besar ini telah lebih sedekad mengabdikan diri dalam pelbagai misi bantuan antarabangsa — dari bumi Palestin hingga Syria — menjadikannya antara wajah paling dihormati dalam kerja kemanusiaan negara.
Perintis Misi Kemanusiaan dan Pengamal Media Berani
Untuk rekod, Zainal Rashid Ahmad merupakan pengamal media pertama dari Malaysia yang berjaya menyelinap masuk ke Israel dan Palestin bagi merakam dokumentari tentang keadaan umat Islam di sana pada tahun 2005 dan 2008. Tindakan berani ini meletakkan namanya dalam sejarah media tanah air kerana sangat jarang wartawan Malaysia dapat melaksanakan liputan di wilayah bergolak itu.
Keberanian dan Dedikasi Tanpa Publisiti
Ketika ramai menantikan kemunculan beliau di tengah-tengah barisan pejuang kemanusiaan, ZRA memilih untuk pulang secara senyap melalui pintu belakang. Malah, beliau juga tidak kelihatan di majlis penghargaan di Axiata Arena yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam satu temu bual eksklusif bersama TV3, Zainal Rashid Ahmad akhirnya membuka cerita sebenar tentang pengorbanannya — dan pengakuannya cukup menyentuh hati.
Kisah Pengorbanan dan Keletihan Seorang Pejuang
@zrastrim Kembali Berjuang Demi Ghazzah #zrastrim ♬ original sound – ZRA STRIM
“Saya letih sebab dah 37 hari. Kemudian saya rindu dengan isteri saya. Sebab saya selalu travel, tapi tak pernah selama ini. Yang kedua, anak perempuan saya saya tinggalkan di Greece kerana dia mengalami dehydrasi,” katanya dengan nada sebak.
Bagi Zainal Rashid Ahmad, kepulangannya bukan sekadar menyentuh tanah air, tetapi juga membawa pulang beban emosi yang berat selepas berminggu-minggu menyaksikan penderitaan rakyat Gaza secara dekat.
View this post on Instagram
“Saya tak boleh ‘face public’ ketika isteri, anak dalam ingatan saya. Sebab itu saya minta tolong beberapa kawan, sehingga saya keluar melalui pintu belakang,” ujarnya lagi.
Pesanan Bermakna Buat Generasi Muda
Dalam nada rendah diri, Zainal Rashid Ahmad turut menitipkan pesanan yang penuh makna kepada generasi baharu aktivis kemanusiaan.
“Saya fikir dalam usia saya 58 tahun, tinggallah ruang kepada aktivis muda. Mereka patut menikmatinya, supaya jadi semangat untuk buat lagi dan buat lagi,” katanya dengan penuh harapan.
Kisah perjalanan hidup Zainal Rashid Ahmad membuktikan bahawa kerja kemanusiaan bukan sekadar tugas, tetapi panggilan jiwa. Keberanian, pengorbanan, dan keikhlasannya menjadikannya antara ikon kemanusiaan yang wajar dijadikan inspirasi oleh generasi baharu Malaysia.
Artikel lain: GSF: Kepulangan Senyap Zainal Rashid Ahmad Sarat Air Mata Dan Keinsafan
Sumud Flotilla: Anak Zainal Rashid Rebah, Terpaksa Dipindahkan Ke Kapal Hospital
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI