Berita

Zahnita Nekad Bercerai, Suami Tiada Usaha Memujuk “Macam Mana Nak Teruskan, Kalau Orang Sudah Tidak Mahukan Kita”

Share

Zahnita nekad bercerai, suami tiada usaha memujuk. Seperti yang diketahui umum pergolakan rumah tangga di antara bekas supermodel dan pelakon Zahnita dan suaminya, Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor telah menggemparkan dunia seni.

Untuk rekod pada 2 Disember tahun lalu, Zahnita berkongsi foto dalam Instagram memaparkan bahagian mata kirinya dalam keadaan lebam.

Dakwa aktres berkenaan, punca kecederaan tersebut adalah disebabkan dibelasah oleh suami sendiri selain mengatakan Zackery mempunyai hubungan dengan wanita lain.

Dek kerana itu pada 4 Disember 2024, Zachery didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan atas dua tuduhan mendatangkan kecederaan terhadap isteri dan dadah. Bagaimanapun Zachery mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan tersebut.

Zahnita kemudiannya nekad memfailkan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang pada 3 Disember tahun lalu. Pada Mac lalu pula, Zackery memaklumkan pihak mahkamah menggugurkan tuduhan dirinya daripada dakwaan mendera empat orang anaknya selain mendapat hak lawatan dan bermalam.

Zahnita Nekad Bercerai

Terbaru seperti di laporkan Sinar Harian Online, Zahnita telah nekad untuk bercerai dengan suaminya. Menurut Zahnita sepanjang tempoh perbicaraan kes di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, dia dan suami  tidak pernah berhubung secara peribadi, sebaliknya semua urusan hanya dilakukan menerusi peguam.

“Macam mana nak teruskan, kalau orang sudah tidak mahukan kita, tiada pun usaha untuk memujuk… jadi saya hanya mahu teruskan hidup saya.

“Tiada (hubungan secara peribadi), semua melalui peguam… keputusan untuk (bercerai), saya sudah nekad dan tiada jalan untuk berpatah balik,” ungkap Zahnita.

Proses Perceraian Di Peringkat Lantikan Hakam

Tiga kes disebutkan di mahkamah melibatkan permohonan injunksi bagi menghalang gangguan, hadanah termasuk hak lawatan dan bermalam anak, serta tuntutan perceraian.

Difahamkan, proses perceraian kini berada di peringkat lantikan hakam oleh mahkamah, namun usaha terakhir untuk mendamaikan kedua-dua pihak melalui lantikan hakam keluarga dilaporkan gagal.

Peguam syarie yang mewakili Zahnita iaitu Nur Ashikin Abdul Rahim berkata, kes perceraian Zahnita kini telah memasuki peringkat akhir selepas proses rundingan melalui hakam keluarga gagal mencapai kata sepakat. Mahkamah memutuskan agar satu panel hakam dilantik bagi kedua-dua pihak.

“Proses ini merupakan peringkat terakhir dalam kes perceraian apabila salah seorang pasangan tidak bersetuju untuk bercerai.

“Kita sudah lalui tiga peringkat iaitu bermula dengan Jawatankuasa Penamaian (JKP), kemudian Hakam Keluarga dan kini masuk ke peringkat Hakam Panel.

“Mahkamah tetapkan tarikh pelantikan Hakam Panel pada bulan Jun, manakala keputusan penuh dijangka akan dibuat sekitar Julai atau Ogos,” ujarnya.

Pada masa sama Nur Ashikin turut menerangkan, pihaknya memohon perintah interim injunksi bagi menghalang kedua-dua pihak daripada mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media berhubung kes hadanah membabitkan anak pasangan berkenaan.

Permohonan tersebut dibenarkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuantan demi menjaga privasi anak dan kelancaran prosiding mahkamah.

“Mahkamah telah memerintahkan supaya tiada kenyataan media dikeluarkan oleh mana-mana pihak termasuk anak-anak mereka.

“Malah, media juga diminta untuk tidak menyiarkan sebarang perkara berkaitan kes hadanah ini,” katanya.

Mahkamah juga turut membenarkan permohonan Zahnita untuk mengambil semula barangan peribadi dari rumah kelamin yang akan diserahkan oleh pihak suami melalui pembantu atau pemandu peribadi.

Sumber :Sinar Harian

Menarik Disini : Zahnita Menangis Dapat Bersama Anak-Anak Kembali, “Anak Kedua Sering Mesej Tanya Bila Nak Ambil Mereka…”

Baca Disini : Kerjaya Seni Punca Pendapatan Liza Abdullah Meneruskan Kehidupan Sebagai Ibu Tunggal

Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.

Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.

“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.

 

Published by
Norhayati Suboh