Zahnita menangis dapat bersama anak-anak kembali, “perjuangan ini tak mudah tapi saya nekad…”. Bekas model dan pelakon, Zahnita Dorothy Hussein Wilson yang mendapat hak hadanah empat anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah bersyukur disatukan bersama dua anak perempuannya semalam.
Ketika dihubungi Mingguan Wanita, Zahnita Wilson yang mesra disapa Zahni berkata dia dapat mengambil dua anak perempuannya, Zasharayna Ghouse, 14, dan Zahlia, 7 tahun di rumah diduduki suaminya semalam.
Zahnita Menangis Dapat Bersama Anak-Anak Kembali
Mengakui adanya “drama” dari pihak suami di peringkat awal kedatangan mereka namun dengan bantuan polis dan peguamnya, Nur Ashikin Rahim dari Tetuan Kin & Co, dua anaknya telah diserahkan kepada Zahnita.
Jelas bekas peragawati ini, dia menzahirkan rasa leganya kerana anak-anak sudah bersamanya. “Sebelum ini anak kedua sering bermesej bilakah saya mahu datang mengambil mereka selepas saya keluar dari rumah dua minggu lalu. Saya hanya bawa Zayyan, 4 tahun sebelum ini.
“Anak Kedua Sering Mesej Rindu Mommy…”
“Alhamdulillah, akhirnya anak-anak ada bersama saya kini. Jujurnya tak mudah melalui perjuangan ini tapi saya tahu, saya kena mara ke depan. Tak perlu lagi saya menoleh ke belakang,” katanya menjelaskan, dirinya sendiri perlu membuat ujian air kencing semalam seperti diminta oleh pihak polis dan alhamdulillah, keputusan ujian adalah negetif.
Ads
Dalam pada itu, Zahnita berkata, walau memperoleh hak penjagaan sementara terhadap Zahrafeena Ghouse,17 tahun yang juga anak sulungnya namun jelasnya buat masa ini Zahrafeena memilih untuk tinggal di rumah lama.
“Saya percaya dirinya matang dalam membuat keputusan. Dia seorang anak yang cemerlang selain dirinya adalah Ketua Pengawas di sekolahnya. Memandangkan tahun ini dirinya bakal duduki SPM, saya doakan anak saya berjaya.
“Buat masa saya mahu tumpu pada bisnes pie demi membesarkan mereka,” katanya yang mengakui tidak mudah keluar dari cengkaman ini namun dia terus nekad dan tak akan berpatah balik ke belakang.
Ads
“Doakan saya. Hari ini pun saya bawa anak-anak pergi beli baju mereka. Semalam anak-anak keluar rumah dengan baju pijamas saja. Tak apalah, asal mereka ada depan mata saya, itu sudah cukup membahagiakan hati saya,” katanya yang menzahirkan rasa leganya.
Dalam pada itu, peguam Nur Ashikin Ramli memaklumkan, kes pendengaran semula kes penjagaan ini akan diadakan pada 3 Januari 2025 di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan.
Masa yang sama, jelasnya Abdul Zackery Ghouse masih memiliki kebenaran untuk melawat anak-anak dua kali sebulan dan ia perlu dibuat tempat terbuka.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan telah memasuki fasa kedua. Seharusnya dalam tempoh ini, merupakan peluang untuk kita memanfaatkan sebaiknya dengan melakukan aktiviti dan amalan yang berfaedah. Terutamanya dalam pengisian rohani seperti membaca Al-quran, solat sunat dan sebagainya.
Sesuatu yang kita boleh contohi daripada Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, walaupun kuarantin bersendirian, baginda memanfaatkan waktu bertadarus sesama sendiri, dikalangan staff Istana dan baginda tuanku agong bagi menyempurnakan 30 juzuk Al Quran di dalam bilik masing-masing.
Baginda mengharapkan agar wabak ini dapat dihapuskan dan mendoakan kesejahteraan rakyat yang dijangkiti COVID-19 ini agar kembali sembuh. Malah baginda juga, menitipkan pesan agar rakyat berkerjasama menghapuskan wabak ini dari terus merebak dengan duduk di rumah, jangan keluar dan JANGAN DEGIL.
Berikut catatan yang dikongsikan Tunku Azizah di laman Instagram baginda;
“Kami semua yang self quarantined, bertadarus sama sendiri, mendoakan semoga wabak ini akan dihapuskan oleh Allah swt.”
“Staff istana sudah 16 orang yang positive dan mereka sedang menerima rawatan. Alhamdulillah kami yang lain negative, patuh arahan doctor, saya sekeluarga duduk berasingan dalam bilik masing-masing.Lambai dari jauh saje.
“Kami tidak dibenarkan visitors dan juga tidak ada sesiapa dibenarkan naik ke atas istana. Hanya kami saje di atas , tidak ada pelayan atau bodyguard. Tuanku agong, saya dan anak buat sendiri semua. Cuci dan kemas bilik sendiri kerana kami semua high risk because we were with those yang positive”
“Alhamdulillah we are ok. Dah buat banyak test, dan negative! Saya doakan pekerja-pekerja istana dan bodyguard yang positive akan sembuh cepat dan juga kepada semua rakyat Malaysia.
“Kami hanya boleh keluar bilik on April 9th. Selepas buat swab test dan selepas itu juga kena berjaga-jaga dan begitu juga dengan semua staff istana.”
“Jom kita semua berkerjasama menghapuskan wabak ini dari terus merebak. Duduk di rumah, jangan keluar dan JANGAN DEGIL. Ini tanggungjawab kita semua, walaupun kita serah kepada Allah swt, kita juga dituntut berikhtiar.”
“Alhamdulillah anak-anak saya semua faham dan tidak ada yang complain. Semua baik-baik duduk dalam bilik dan makan apa saje yang saya order” ujar baginda.
Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan supaya kerajaan tidak membayar Emolumen Diraja kepada Seri Paduka berdua selama enam bulan mulai Mac hingga Ogos.
Perkenan oleh Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah bertujuan membantu meringankan beban kerajaan dalam menangani pandemik koronavirus (Covid-19) serta menyahut keputusan kerajaan memotong dua bulan gaji perdana menteri, menteri serta timbalan menteri dan disalurkan ke Tabung Covid-19.
MW: Alhamdulillah, bersyukur Malaysia dikurniakan Ketua Negara dan pemimpin yang prihatin dengan rakyat. Semoga Malaysia kembali pulih daripada wabak yang berbahaya ini secepatnya.
Desas desus perayaan Aidilfitri bakal disambut lebih awal pada hari Jumaat 21 April membuatkan ramai pihak perlu membuat pelbagai persediaan termasuklah merancang perjalanan pulang ke kampung.
Oleh yang demikian, terdapat keperluan untuk Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengkaji semula hari permulaan cuti sekolah sempena Aidilfitri sekiranya perayaan itu jatuh pada 21 April ini.
Anjak Cuti Sekolah Sempena Aidilfitri
Presiden Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia, Jasni Md Kechik berkata, perkara itu juga berdasarkan kepada pandangan ibu bapa yang mahu anjakan tarikh baharu bagi memudahkan rancangan perjalanan selain memastikan keselamatan warga guru dan pelajar terjamin.
Presiden Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia, Jasni Md Kechik
“Saya harap KPM melihat kembali supaya cuti Aidilfitri diawalkan dan tarikh itu (permulaan cuti) diberi pada hari Rabu (19 April).
“Saya faham mungkin ada sekolah yang sudah ambil cuti peristiwa, namun ia masih boleh selaraskan semula untuk pastikan sekolah tertakluk kepada 190 hari persekolahan (setahun).
“Tidak perlu ambil cuti peristiwa sampai empat hari kalau nak (cuti) hari Rabu sebab hari persekolahan akan jadi 189 hari. Maka sekolah hanya perlu ambil cuti peristiwa sebanyak tiga hari sahaja,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.
20 April Dijangka Penghujung Ramadan
Sebelum ini media melaporkan, Pusat Astronomi Antarabangsa yang berpangkalan di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) menjangkakan negara-negara Islam akan menjalankan kewajipan mencerap hilal bagi menentukan awal bulan Syawal pada 20 April yang berkemungkinan menjadi penghujung Ramadan.
Dalam pada itu Jasni berkata, cuti bagi semua sekolah di Malaysia bermula 20 April ekoran jangkaan tarikh 1 Syawal pada 22 April berdasarkan jadual asal yang dikeluarkan KPM.
Namun beliau menjelaskan, perkara tersebut masih boleh diubah sekiranya terdapat keperluan kecemasan seperti pertikaian tarikh 1 Syawal.
“Semasa buat takwim persekolahan, memang KPM berbincang dengan persatuan di peringkat awal dan ia dalam pengetahuan kita.
“Tetapi bila berlaku kes kecemasan seperti ini, kena lihat semula ikut keperluan sebab kita mahu elak perkara sama berlaku seperti tahun lepas.
“Mungkin juga menteri (Fadhlina Sidek) boleh umum (cuti awal) tetapi ia tetap tertakluk kepada jumlah hari persekolahan,” ujarnya.
Luahan Nedim Nazri Aziz, suami kepada Nora Danish di instagram jelas menunjukkan rasa kecewa di hatinya apabila dia tidak dibenarkan berjumpa anak hasil perkahwinan pertamanya iaitu Mohamed Nedrin atau Dre.
Nedim menerusi laman sosial Intasgram memuat naik foto bersama isterinya, Nora Danish memberitahu, dia sudah membawa perkara itu ke mahkamah bagi menuntut hak penjagaan sebagai seorang bapa.
“Kepada anak saya Nedrin, ayah mahu awak kuat, ayah mahu awak sihat dan gembira. Hanya Allah mengetahui betapa ayah merinduimu. Tapi tidak mengapa, ayah berjanji tidak akan merosakkan nama kamu ke dalam masalah ini, ayah lakukan ini selepas tidak diberi peluang untuk hubungi dan bercakap dengan kamu.
“Hari ini adalah hari pertama ayah ke mahkamah dan berjanji apa yang ayah mahu ialah separuh hak penjagaan untuk meluangkan masa bersama kamu. Ayah tidak meminta hak penjagaan penuh kerana ayah tahu yang terbaik untuk kamu untuk dibesarkan dengan kasih saya ibu dan bapa,” tulisnya.
Nedim bersedia dan reda apa juga keputusan yang akan ditentukan oleh mahkamah tidak lama lagi, sekurang-kurangnya dia mempunyai bukti bahawa dia telah berusaha memperjuangkan haknya sebagai seorang bapa kepada kanak-kanak itu.
“Saya sentiasa mendengar lagu-lagu kegemaran kami bersama iaitu You Are My Sunshine bagi mengubat kerinduan. Itu sahaja yang membuakan ayah berada dekat dengan kamu. Ayah juga berjanji akan terus memperjuangkan hak untuk menjaga kamu,”ujarnya.
Sementara itu, menerusi Instastory, Nedim menulis luahan seakan-akan ada pihak yang cuba menjauhkan dia dengan darah dagingnya.
“Bismillah, ya Allah, kau tahu yang sebenar dan terbaik, aku reda dan serahkan padamu, manusia jahat yang cuba ingin menjauhkan anak dari darah dagingnya adalah perbuatan keji,”tulisnya.
Nedim sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Nabilah Khan pada 2011 dan berpisah pada 2013. Pasangan itu dikuniakan cahaya mata iaitu Nezrin berusia lima tahun.
Dia kemudian dengan Nora Danish pada 30 Mac lalu selepas tiga tahun bercinta.
Nora sebelum ini pernah berkahwin dan dikurniakan seorang anak lalaki Putera Rayqal berusia lapan tahun.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...