Yana Samsudin Kongsi Resipi Air Tangan Mak, ‘Nasi Beriani Ketam Bertempiaran Lari’

Share

Jika selalu nasi beriani daging lembu, kambing dan ayam, rupanya boleh juga dimasukkan hidangan laut seperti ketam. Baru-baru ini, pengacara dan pelakon Yana Samsudin ada memuat naik perkongsian video memasak bersama mak tersayang. Resipi yang dikongsikan didalam video tersebut merupakan air tangan mak yana sendiri dan dinamakan cukup mencuit hati iaitu ‘Nasi Beriani Ketam Bertempiaran Lari’

.

Berikut perkongsian resipi tersebut;

Bahan-Bahan:

Bawang Putih
Bawang merah
Halia
(*ditumbuk)
Serai (diketuk)
Daun Pandan
Kayu manis
Bunga Lawang

3 sudu besar Minyak sapi
2 sudu besar serbuk kurma beriani
3/4 ekor ketam segar
serbuk perasa ajinomoto
sedikit garam
4 cawan Beras
4 cawan air
1 Sudu besar kordial sanquick oren
2 sudu besar santan kotak

Cara Membuat:

1.Masukkan minyak sapi dalam periuk dan tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia yang telah ditumbuk.
2.Masukkan pula serai, daun pandan, kayu manis dan bunga lawang, biarkan sehinggan naik bau.


3.Masukkan pula serbuk kurma beriani dan masukkan ketam kacau sebati.


4.Masukkan sedikit garam, serbuk perasa ajinomoto dan masukkan 4 pot beras.


5.Masukkan pula 4 cawan air dan kacau sebati.
6.Masukkan 2 sudu besar santan kotak dan 1 sudu besar kordial sanquick oren.


7.Tutup periuk dan biarkan sehingga nasi masak.

Siap! Selamat mencuba!

Jadi buat mak-mak yang suka makan nasi beriani dan inginkan kelainan, bolehlah cuba resipi yang dikongsikan ini.

Sumber:Yana Samsudin

IKLAN