berbuka puasa

Kebanyakan wanita, semakin berusia semakin liat untuk bersenam. Bukan kerana berperang dengan masa tetapi kerana kurang kesedaran untuk menjaga tubuh badan agar lebih sihat dan cergas. Bab makan pula ikut selera tekak, semua sajian nampak sedap. Tambah pula bulan puasa, semua makanan mahu telan tetapi nak buang lemak bukan main payah!

Kali ini anda mungkin boleh membuka mata dengan cara pemakanan yang diamal oleh Puan Karolina Wan Hassan, 54 tahun, cukup simple tetapi berkhasiat. Jom kita bongkar rahsianya…

Ramai dok tanya macam mana saya dapat tenaga dapat walapun dah beranak 9. Jika yang biasa baca posting saya sebelum ini memang banyak saya kongsi tentang makanan dan minuman asli asal setempat yang saya teramat suka kerana ianya lebih bersesuaian dengan badan kita.

Alhamdullilah inilah juga yang saya buat untuk berbuka:

1. Buah kabung fresh saya masak bersama gula kabung dan daun pandan utk dijadikan minuman dan mix dgn madu tualang atau kelulut.

2. Saya suka berbuka dgn buah-buahan kampung alhamdullilah dapat mangga chokanan dr Perak dan rambutan. Mangga tu saya suka makan bahagian biji, isinya diberi kpd suami & anak2, hehe..

3. Buah kabung high in fibre dan anti oksida, gula kabung tinggi dalam mineral & anti oksida, daun pandan helps to soothe the stomach manakala madu kelebihannya semua org dah tahu kan!

4. Mangga dan rambutan high in fibre dan vit C merupakan sumber terbaik untuk soft tissues repair. Kesemua ini juga membekalkan tenaga yg berkekalan atau sustainable energy dan perut kenyang untuk jangkamasa yang lama.

5. Bersahur pun sama juga, saya suka fokus kpd makanan dan minuman asal setempat..wah hari ini ada buah salak makcik kat pasar borong tu bagi kat saya sb saya customer tetap.

6. Saya cuba bayangkan orang-orang dahulu di tempat kita makan untuk berbuka sebelum kurma dapat dipasarkan di tempat kita secara meluas seperti sekarang.

Biasanya Kalau Bulan Puasa…

Paling tidak kena apabila puasa dikatakan tidak boleh guna tenaga nanti badan cepat dehydrated – tidak kah kita ingat seerah Rasulullah s.a.w yang perang banyak berlaku di bulan Ramadan termasuklah perang Badar dan Khandak? Kita ini nothing jika dibandingkan dengan saat itu.

Paling tidak kena apabila fikir berbuka dan sahur perlu makan minum banyak – ingatkah kita Rasulullah s.a.w dan para sahabah sering ikat perut, makan daging pun hanya sekali-sekala. Kita ini nothing berbanding mereka.

Paling tidak kena jika cakap tidur perlu cukup 8 jam – ingatlah Rasulullah s.a.w dan para sahabat sering menghabiskan malam mereka bertahajjud. Kita ini nothing dibandingkan mereka.

Latihlah diri untuk kekal aktif dan dapat BERFUNGSI dengan hanya makan, minum dan tidur yang SEDIKIT. Ini dinamakan FUNCTIONAL TRAINING iaitu latihan menjadikan YOUR WHOLE BODY SYSTEM EFFICIENT and RESILIENT.

Moga setiap amalan kita diterima Allah dan diberikanNya kesihatan serta kecergasan yang mantap agar dapat membantu diri sendiri serta memberi kebajikan kepada orang lain. Selamat beribadah di bulan mulia yang hanya datang sekali dlm setahun, moga segala ibadah kita diterima Allah, selamat malam!

!

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI