Bagi kebanyakan kanak-kanak seusia 10 tahun, hadiah ulang tahun mungkin berupa permainan, kek besar atau majlis meriah. Namun bagi Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, hadiah daripada ibu dan ayahnya, pasangan selebriti Wawa Zainal dan Aeril Zafrel sungguh luar biasa!
Pada usia masih mentah, Hayla menerima hadiah sebuah kedai fizikal yang dinamakan Sweet Layers by Hayla. Ia bukan sekadar hadiah ulang tahun ke-10, tetapi tanda dorongan ibu bapa terhadap minat mendalam anak kecil ini dalam dunia perniagaan.
Dorongan Dari Ibu
Menurut Wawa atau nama penuhnya Nur Hawa Zainal Abidin, 34, pemberian kedai itu lahir daripada keinginan untuk memupuk semangat keusahawanan dalam diri anak sejak kecil.
“Saya lihat minat Hayla dalam dunia perniagaan, jadi saya fikir hadiah ini adalah satu dorongan untuk pupuk minat dia menjadi usahawan sejak kecil.
Mungkin bila dewasa nanti, dia mampu menjadi usahawan berjaya,” ujar Wawa ketika ditemui pada majlis ulang tahun kelahiran Hayla di Kajang, Ahad lalu.
Wawa menambah, langkah itu juga sebahagian daripada perancangan jangka panjang untuk melatih anaknya mewarisi perniagaan keluarga yang mereka bina bersama.
“Kami tidak tahu berapa lama lagi kami mampu bertahan dalam bisnes. Jadi apabila minat sudah dipupuk dari sekarang, lebih mudah untuk anak meneruskan apa yang ada nanti.”
Jualan Kek Batik cecah RM100,000
Lebih membanggakan, kedai tersebut dihadiahkan sebagai penghargaan atas kejayaan Hayla mencatat jualan produk kek batik mencecah RM100,000 dalam tempoh kurang sebulan.
Ads
“Hadiah ini juga sebagai tanda syukur. Kalau mahu capai jualan lebih tinggi, memang perlu ada kedai fizikal. Selepas ini, akan ada pekerja untuk bantu uruskan tempahan dan pelanggan,” jelas Wawa.
Selain kek batik pelbagai variasi, premis itu juga bakal menawarkan produk lain termasuk Mini Crunch dan beberapa idea baharu yang sedang dirancang.
Ibu Yang Berdoa, Anak Yang Disayangi
Dalam pada sibuk menguruskan perniagaan, Wawa tetap menitipkan doa buat puterinya itu.
Ads
“Saya doakan Hayla membesar sebagai anak solehah yang membanggakan kami. Dia minat banyak perkara. Berniaga, berlakon, tapi buat masa ini dia masih segan.”
Pasangan Wawa dan Aeril mendirikan rumah tangga pada 2013. Mereka kini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 12, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 10, Ayya Soffya, 5, dan Muhammad Fahri, 5 tahun.
Usia 72 bukan halangan timba ilmu. Tahniah buat pelakon Datuk Fauziah Nawi, 72, yang menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) jurusan Seni Lakon Teater di bawah program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) baru-baru ini.
Faktor usia bukanlah halangan dan Fauziah membuktikan perkara tersebut. Walau memiliki pengalaman dalam dunia seni namun dirinya masih menyifatkan sijil dan kelayakan akademik sebagai penanda aras penting terhadap kredibiliti seseorang.
Usia 72 Bukan Halangan Timba Ilmu
Malah Fauziah mahu membuktikan kepada cucu-cucunya usia bukanlah satu penghalang untuk seseorang itu menyambung pelajaran.
“Bagi saya, menuntut ilmu sangat penting tambahan pula zaman sekarang lebih memerlukan sijil dan kelayakan akademik berbanding pengalaman berpuluh-puluh tahun.
“Saya dah rugi banyak masa dahulu, arwah bapa suruh belajar tapi saya tak mahu, sekarang baharulah ada kesedaran dalam diri sendiri.
“Selain itu, saya mahu jadi sumber inspirasi buat cucu dan Alhamdulillah mereka okay, ada juga yang masih belajar. Saya rasa tak perlu pun (sambung belajar), tapi ini demi nak tunjukkan bahawa belum terlambat untuk sambung pengajian tak kiralah usia berapa pun,” ungkap Fauziah seperti mana dipetik menerusi Sinar Harian.
Untuk maklumat selain menggenggam Ijazah Sarjana Profesional dalam Industri Seni (Lakonan) dari Open University Malaysia (OUM) pada 2018, Fauziah juga difahamkan memiliki Diploma Bidang Koordinasi Pengarahan Filem dari Meatech Creative Academy, 2020 lalu.
SKM diterimanya difahamkan hanya berdasarkan penilaian menerusi peperiksaan fizikal semata-mata, bukannya perlu melengkapkan pengajian minimum tiga tahun seperti pelajar lain.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tahniah diucapkan buat Datuk Ramli MS atau lebih dikenali dengan Tok Ram yang selamat menerima menantu semalam. Anak perempuannya yang bernama Nadiah telah melangsungkan pernikahan bersama lelaki pilihan, Taufik Nazri.
Nadiah merupakan anak hasil daripada perkahwinan terdahulu Tok Ram bersama bekas isteri, Jennifer Thompson, selain seorang lagi anak lelaki, Najee.
Sebagai seorang bapa Tok Ram telah menyempurnakan tanggungjawabnya dengan menikahkan sendiri pasangan pengantin dalam majlis ijab kabul yang berlangsung secara ringkas mengikut ketetapan prosedur operasi standard (SOP).
Datuk Ramli MS Terima Menantu, Datin Alyah Muat Naik Foto Istimewa Majlis
Perkhabaran gembira tersebut dikongsi isteri Tok Ram iaitu Datin Alyah menerusi laman Instagram miliknya dengan memuat naik beberapa foto istimewa majlis itu.
“Tahniah Nadiah dan Taufik. Semoga rumah tangga yang dibina berbahagia hingga syurga Allah SWT,” tulisnya.
Menerusi entri yang sama, Alyah menyatakan keterujaannya dapat turut sama melakukan persiapan untuk majlis pernikahan anak tirinya itu bersama Jennifer Thompson (bekas isteri Tok Ram) yang juga ibu kepada Nadiah.
“TQ so much Jennifer. Seronok sebab dapat join sama-sama buat persiapan yang ringkas, tapi bermakna. Tahniah juga sebab dapat menantu. Alhamdulillah.
“Buat Najee, tahniah dapat adik ipar. Lepas ni tunggu Najee pula.
“Terima kasih Tok Ram untuk pengalaman yang cukup mahal dan bermakna hari ini. Terima kasih ALLAH,” tulis Alyah lagi.
Kelahiran anak-anak merupakan satu anugerah bagi mak ayah tak kiralah baik dikurniakan anak lelaki mahupun perempuan. Terimalah dengan hati yang terbuka dan penuh kesyukuran, kerana yang Maha Esa dah aturkan yang terbaik buat kita.Apa yang penting anak yang dilahirkan sihat, normal dan dapat membesar seperti anak-anak lain.
Alhamdulillah berita gembira, kira-kira pukul 1 tengah hari semalam, pelawak terkenal Nabil Ahmad,35 dan isteri Zira Ayub,30 selamat menimang cahaya mata ke-3.
Perkara tersebut itu diumumkan oleh pihak MeleTop di laman Instagram. Difahamkan bayi dan ibu kini berada dalam keadaan stabil, hanya menunggu untuk dibawa pulang ke rumah.
Harap Anak Lelaki
Terdahulu, pelawak tersebut mengambil keputusan untuk tidak mengetahui jantina anaknya ketika di dalam kandungan kerana mahukan elemen kejutan. Nabil juga pernah menyuarakan hasrat untuk memperolehi anak lelaki selepas memiliki dua cahaya mata perempuan, Naira Mikayla, 6, dan Leyla Medyna, 3 tahun. Malah secara bergurau mahukan sekurang-kurangnya 8 orang cahaya mata.
Namun demikian, walaupun dikurniakan anak perempuan lagi, jelas kelihatan rasa kesyukuran dan kegembiraan di wajah pengacara Meletop ini dengan kurniaan cahaya mata baru yang bakal menyerikan lagi kehidupan mereka sekeluarga.Malah lengkap 3 orang anak dara Nabil dan isteri.
Umum Nama Anak Di Meletop
Difahamkan juga, Nabil akan membuat pengumuman nama anak ketiganya secara eksklusif di set MeleTop untuk episod minggu hadapan.
Dedah Wajah Comel Anak
Sementara itu, tidak seperti kebanyakan pasangan selebriti, tidak berkongsi gambar bayi baru lahir, Nabil dan isteri terbuka mendedahkan wajah comel, puteri ketiga yang baru dilahirkan di laman Instagram. Ramai yang memuji kecomelan anak ketiga nabil ini dan mengucapkan tahniah buat pasangan ini atas kelahiran anak mereka.
Mingguan Wanita mengucapkan tahniah buat Nabil sekeluarga, semoga kelahiran bayi comel ini rezeki bertambah berlipat kali ganda, membesar dengan baik serta menjadi anak yang solehah menyenangkan hati kedua mak ayah.Walaupun tak dapat anak lelaki, yang penting baby sihat!
Apabila aku dengar DPP bagitahu terdapat kesan air mani di dalam dubur anak aku .YA ALLAH gelapnya dunia .Tergamak kau buat anak aku yang baru 9 bulan. Kau tak layak dipanggil manusia!!! Kau memang binatang!!!