Waris Tak Mampu Sewa Van Jenazah Cecah Hingga RM4000, Persatuan Amal Tampil Membantu

IKLAN

Sedihnya waris tak mampu sewa van jenazah yang cecah hingga RM4000, mujur Persatuan Amal Sabah tampil menghulurkan bantuan.

Kadar sewa van jenazah berbayar untuk mengurus jenazah Covid-19 adalah lebih tinggi berbanding dengan jenazah biasa.

Oleh itu tidak semua waris berkemampuan untuk menguruskan jenazah keluarga yang disahkan positif Covid-19.

Sepatutnya Dikebumikan Dua Hari Lalu

Kota Kinabalu: Persatuan Amal Sabah tampil membantu mengurus jenazah seorang pesakit Covid-19 bukan Islam yang masih disimpan di rumah mayat Hospital Queen Elizabeth (HQE), di sini, semalam.

Pengasasnya Masrul Guding, berkata pihaknya dihubungi unit forensik HQE memohon bantuan untuk menghantar jenazah terbabit menggunakan perkhidmatan Van Jenazah Percuma Kota Kinabalu ke Kudat, dengan jarak kira-kira 150 kilometer.

Beliau berkata, waris mendiang wanita berusia 56 tahun itu tidak mampu menyewa van jenazah berbayar untuk mengurus jenazah Covid-19 berikutan kos pengangkutan yang tinggi.

IKLAN

Waris Tak Mampu Sewa Van Jenazah

Kami difahamkan jenazah terbabit sepatutnya dibawa untuk dikebumikan dua hari lalu tetapi warisnya tidak mampu membayar sewa van jenazah yang mencecah antara RM3,000 hingga RM4,000 kerana bayaran membawa jenazah Covid-19 lebih tinggi berbanding jenazah biasa.

 “Malah, difahamkan keranda untuk jenazah juga diuruskan oleh pihak forensik kerana warisnya memang betul-betul susah,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Masrul berkata, memahami keadaan waris jenazah terbabit, pihaknya tidak berfikir panjang untuk menghulurkan bantuan sehingga proses pengebumian jenazah mengikut prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan (KKM) selesai.

Jenazah Bukan Islam Pertama Dikendalikan

Katanya, ia juga adalah jenazah bukan Islam positif Covid-19 yang pertama dikendalikan kru Van Jenazah Percuma Kota Kinabalu sejak mengendalikan jenazah Covid-19 bermula awal bulan ini.

“Alhamdulillah, kami tiada halangan untuk membantu siapa saja tanpa mengira bangsa dan agama. Jika diperlukan, kami pasti membantu sehingga selesai proses pengebumian, lebih-lebih lagi bagi kes Covid-19 hanya pihak yang dibenarkan KKM boleh mengendalikan jenazah,” katanya.

Katanya, dua kru Van Jenazah Percuma Kota Kinabalu, Soffian Jais dan Herwan Adris ditugaskan menghantar jenazah terbabit ke Kudat yang memakan masa kira-kira tiga jam perjalanan sebelum kembali semula ke Kota Kinabalu untuk misi bantuan seterusnya.

IKLAN

Baca Juga Di sini:

SEDIH Tiada Peluang Keluarga MELIHAT Jenazah Pesakit Covid-19, HANYA Minta Petugas Merakam Gambar

Pernah Dihina Kerana Positif Covid-19, Akhirnya Dua Kali Jadi Penderma Plasma

Pasangan Suami Isteri Saintis Islam Hasilkan Vaksin COVID-19, 90 Peratus Berkesan!

Untuk info lebih menarik, klik saja di sini. 

Sukar Dapatkan Van Jenazah Untuk Kes Covid-19

Masrul berkata, kesukaran mendapatkan van jenazah untuk kes Covid-19 juga antara sebab berlaku kes jenazah Covid-19 lambat dikebumikan, bukan kerana pihak hospital tidak melepaskan jenazah untuk meminta bayaran daripada waris.

“Baru-baru ini ada pihak menyebarkan tuduhan kononnya pihak hospital tidak membenarkan jenazah Covid-19 dibawa keluar selagi waris tidak membuat bayaran.

“Apa yang betul ialah pihak hospital tidak meminta apa-apa bayaran daripada waris, sebaliknya kelewatan kadang-kadang berlaku kerana isu bayaran dikenakan pengendali van jenazah berbayar,” katanya.

Pengurusan Jenazah Ikut SOP

Mengulas lanjut mengenai pembabitan kru Van Jenazah Percuma Kota Kinabalu mengendalikan jenazah Covid-19, beliau berkata pematuhan SOP dan penggunaan pakaian perlindungan diri (PPE) sudah menjadi perkara biasa bagi krunya.

IKLAN

“Walaupun ada kebimbangan mengenai jangkitan Covid-19 tetapi kami tetap melaksanakan tugas membantu mengurus fardu kifayah ini, bukan setakat menghantar jenazah ke tanah perkuburan, malah membantu proses pengebumian juga,” katanya.

Sehingga kini, katanya perkhidmatan Van Jenazah Percuma Kota Kinabalu yang ditubuhkan pada September lalu sudah mengendalikan lima kes jenazah Covid-19 termasuk turut sama menyembahyangkan dan mengebumikan jenazah.

Beliau berkata, bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19, van jenazah akan disanitasi pihak hospital setiap kali selesai menghantar jenazah positif Covid-19.

MW: Tindakan Van Jenazah percuma Kota Kinabalu harus dipuji. Apatah lagi mereka menawarkan khidmat bukan sahaja buat orang Islam yang memerlukan, malahan ini menjadi kes pertama mereka menguruskan jenazah bukan Islam.

Sumber: myMetro

 

Show comments
IKLAN
IKLAN
Published by
Syazwani Mehat