Wanita Terselamat Dari Ajal, Dirempuh Treler Dipandu Laju Turun Bukit Putus, Kuala Pilah

Share

Wanita terselamat ajal, dirempuh treler dipandu laju turun Bukit Putus, Kuala Pilah. Satu perkongsian video yang memaparkan insiden kemalangan ngeri membabitkan sebuah trelar yang dipandu laju hingga makan jalan laluan bertentangan sebelum merempuh kereta Alza yang dipandu seorang wanita.

Wanita Terselamat Dari Ajal

Dalam rakaman dashcam yang dikongsikan oleh pemandu lain jelas trelar itu dipandu laju ketika menuruni Bukit Putus, Kuala Pilah yang merupakan kawasan hotspot panas berlakunya kemalangan termasuk kemalangan maut.

Beginilah keadaan Alza, yang dirempuh trelar agak remuk.
Trelar ini bukan saja dipandu laju semasa turun bukit Putus tapi juga memasuki laluan bertentangan sebelum menghentam bahagian belah kiri Alza.

Video berdurasi 25 saat yang dimuat naik di Twitter @SenawangTV itu dipercayai berlaku di Bukit Putus, Seremban, Negeri Sembilan pada Rabu lalu.

Dirempuh Treler Dipandu Laju Turun Bukit Putus, Kuala Pilah

Ramai yang beranggapan bahawa kemalangan itu boleh membawa kepada kematian tapi diberitakan pemandu kereta Alza, seorang wanita teselamat walau keretanya remuk sama sekali.

Berpantang maut sebelum ajal. Beginilah keadaan wanita yang memandu Alza yang pastinya trauma dengan kejadian ini

Jelas pemandu trelar berkenaan membahayakan orang ramai kerana ia dipandu laju sebelum memasuki laluan bertentangan. Syukur juga nyawa pemandu selamat, berpantang maut sebelum ajal.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sisi lain Tok Ram mengikut isterinya, Datin Alyah. Siapa yang macam Tok Ram? Kalau sekali dah suka kat tempat tu, tempat tu je lah kita pergi setiap kali

 

 

IKLAN