Wanita terkandas setahun di KLIA miliki kad mental, merupakan warga tempatan & sudah diserahkan ke Hospital Kajang. Baru ini tular video di media sosial seorang wanita yang didakwa sudah tinggal setahun di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1.
Dirinya dilihat berada di kawasan terminal bersama barangan peribadi, dipercayai bergantung sepenuhnya kepada kemudahan awam seperti internet, pendingin hawa dan bekalan air yang disediakan di lapangan terbang terbabit selain berlakunya pertengkaran dengan indvividu lain sehingga videonya tular di media sosial.
Hal ini menerima pelbagai pendapat awam yang meminta pihak berkuasa bertegas dalam isu ini kerana ia berkaitan imej negara kerana lapangan terbang KLIA 1 merupakan pintu masuk utama pelancong dalam dan luar negara.
Ads
Ads
Dalam pada itu, selepas hal ini tular, pihak berkuasa polis hari ini mengesahkan wanita yang didakwa tinggal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 merupakan pemegang kad berkaitan masalah kesihatan mental.
Ads
Memetik laporan Sinar Harian, Timbalan Ketua Polis Daerah KLIA, Superintenden Albany Hamzah berkata, wanita itu merupakan warga tempatan dan bukan warga China seperti didakwa di media sosial sebelum ini.
“Kita telah menahan wanita itu pada 18 Disember lalu. Pemeriksaan mendapati wanita tersebut mempunyai kad masalah kesihatan mental dan tindakan lanjut telah diambil dengan menyerahkannya ke Hospital Kajang,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.
“Bagaimanapun, punca sebenar keberadaan wanita tempatan itu di KLIA Terminal 1 masih belum dapat dipastikan,”jelasnya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ella selesa rahsiakan kerja amal. Ratu Rock Negara, Ella, mungkin terkenal dengan kemerduan suara dan persembahannya yang bertenaga. Tetapi di sebalik semua itu, Ella sebenarnya seorang wanita yang sangat penyayang dan suka membantu insan yang memerlukan.
Terbaru ketika menghadiri sidang media Konsert Majlis Tertinggi RockQueen di Stadium Bukit Jalil, suaminya, Kapten Azhar Ghazali, berkongsi bahawa banyak kerja kebajikan yang Ella lakukan tidak diketahui umum kerana dia lebih selesa melakukannya secara diam-diam.
Menurut Azhar, Ella pernah mengikuti misi kemanusiaan ke Lubnan untuk membantu pelarian Syria bersama Yayasan Kebajikan Negara (YKN). Di sana, Ella melawat keluarga yang tinggal di khemah pelarian dan cuba memberi sokongan kepada mereka.
Ella juga banyak membantu dalam dunia pendidikan seni. Dia selalu memberi idea dan menyumbang peralatan muzik kepada sekolah-sekolah seni untuk membantu pelajar yang berminat dalam muzik.
Selain itu, Ella juga turun padang menyantuni golongan gelandangan, terutamanya mereka yang perlukan makanan dan sokongan.
“Sebenarnya isteri saya, Ella pernah menyertai misi kemanusiaan ke Lubnan, menyantuni masyarakat yang menetap di khemah pelarian perang Syria bersama Yayasan Kebajikan Negara (YKN).
“Ella juga suka dan sering berkongsi idea untuk memperkasa sekolah-sekolah seni dalam usaha melahirkan generasi baharu pemuzik, termasuk melalui sumbangan pelbagai peralatan untuk tujuan pendidikan.
“Selain itu, Ella pun ada terbabit dengan aktiviti menyantuni gelandangan yang memerlukan bantuan makanan. Banyak perkara seperti ini yang dia buat sebenarnya tapi tidak dihebahkan secara meluas,” ungkapnya.
Ella pula memberitahu, dirinya lebih selesa lakukan kerja amal secara senyap.
“Kalau tidak dihebahkan, saya rasa akan dapat lebih banyak pahala. Bahkan, mungkin juga mereka yang menerima bantuan itu akan berasa malu, jadi kita harus menjaga perasaan mereka juga.
“Kadang-kadang, kita pun rasanya tidak boleh berkongsi semua perkara yang dilalukan termasuk kerja kebajikan dibuat kepada pengetahuan umum kerana perlu menjaga privasi pihak lain itu,” jelas Ella.
Niat Baik Ella Diketahui Selepas Mendirikan Rumah Tangga
Suami Ella, Azhar juga memberitahu dirinya mengetahui kebaikan yang ada pada Ella selepas mendirikan rumah tangga.
“Saya tahu perkara ini (aktiviti kemanusiaan dilakukan Ella) selepas kami berkahwin. Naluri melakukan kebaikan itu sentiasa ada dalam dirinya. Manakala, saya pula menjadi orang yang memudahkan urusan.
“Saya turut membantu mengatur pertemuan, membuat panggilan dan sebagainya untuk sama-sama berbakti kepada golongan memerlukan dengan Ella. Namun, asasnya tetap datang daripada diri kita sendiri.
“Selain membantu individu sakit, pelajar dan orang kelainan upaya (OKU), Ella juga secara peribadi turut menolong rakan-rakan artis terutama mereka yang kesempitan hidup, termasuk senior yang pernah bersama dengannya sejak awal dalam dunia muzik,” luah Azhar.
Untuk pengetahui tidak lama lagi Ella akan mengadakan konsert yang berjudul Majlis Tertinggi RockQueen – Ella pada 14 Februari depan.
Konsert solo Ella mengetengahkan konsep berhibur sambil beramal itu turut menawarkan harga tiket serendah RM39.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Detik bersejarah penyatuan Erra Fazira dan suaminya, Ezwan Zain, bukan sahaja mencuri perhatian kerana keindahan majlis, malah keunikan mas kahwin yang dipersembahkan turut menjadi bualan ramai.
Di sebalik pokok ufti yang dihiasi 24 keping dinar emas itu, tersimpan kisah kejutan penuh makna yang tidak disangka-sangka oleh Erra sendiri.
Menurut pemilik butik gubahan Flora dan Koleksi Meksu, Siti Morni Ismail, 71, Erra sebenarnya turut terkejut apabila menerima mas kahwin berupa pokok ufti emas tersebut walaupun sudah dimaklumkan tentang jumlah 24 keping dinar yang bakal diterima.
“Erra tahu pasal 24 keping dinar itu, tetapi dia tidak menjangka ia digubah dalam bentuk pokok emas. Itu memang kejutan daripada suaminya,” ujar Siti Morni yang berpengalaman lebih tiga dekad dalam bidang gubahan hantaran.
Bertapak sejak 1994 di Kompleks PKNS, Shah Alam, Siti Morni mengakui tanggungjawab menggubah mas kahwin istimewa itu diberikan secara langsung oleh Ezwan, atau lebih dikenali sebagai Mr. E, bersama ibunya yang juga kenalan rapat beliau.
“Ezwan ada beri gambaran kasar tentang apa yang dia mahukan. Dia memang mahu sesuatu yang istimewa, bererti dan boleh menjadi kenangan sepanjang hayat buat Erra,” katanya.
Proses merealisasikan permintaan tersebut bukanlah sesuatu yang mudah. Siti Morni mengakui beliau perlu ‘memerah otak’ untuk mencari idea terbaik agar 24 keping dinar emas itu dapat digubah dengan kemas, elegan dan membawa simbolik tersendiri.
“Ia perlukan penelitian dan pengalaman. Alhamdulillah, bila niat baik, Allah permudahkan. Idea itu datang dan semuanya berjalan lancar,” katanya bersyukur.
Lebih mengagumkan, gubahan pokok ufti emas berkenaan berjaya disiapkan dalam tempoh kira-kira 10 hari sahaja. Hasil sentuhan kreatif itu dipersembahkan pada majlis pernikahan Erra Fazira dan Ezwan Zain yang berlangsung tepat jam 9.19 pagi, Jumaat lalu, di sebuah dewan perkahwinan eksklusif di Kampung Melayu Subang.
Selain mas kahwin, Siti Morni turut diberi kepercayaan menyediakan buah tangan berupa coklat dan buah-buahan semasa majlis merisik, sekali gus menjadikan sentuhan beliau sebahagian daripada perjalanan cinta pasangan tersebut sejak awal.
Kehalusan gubahan pokok ufti emas itu nyata mencuri perhatian tetamu yang hadir, malah ramai yang tidak segan menegur dan menyatakan minat untuk mendapatkan khidmat beliau selepas menyaksikan sendiri hasil kerja tersebut.
Bagi Siti Morni, kejayaan sesuatu gubahan bukan sekadar terletak pada keindahan visual, tetapi pada nilai emosi dan makna yang tersirat. Dan dalam perkahwinan Erra Fazira ini, pokok ufti emas itu bukan sekadar mas kahwin, tetapi lambang kasih, kejutan dan permulaan baharu yang sarat dengan simbol cinta dan penghargaan.
“Korang, anak saya dah dekat syurga… Doakan saya dan suami kuat.” Itulah luahan awal seorang ibu yang sedang berduka selepas kematian Nurul Asyura, puteri kecil mereka yang pergi secara tiba-tiba.
Kepiluan menyelubungi keluarga kecil ini apabila setibanya di hospital, doktor memaklumkan bahawa Nurul Asyura sebenarnya telah lama pergi menghembuskan nafas terakhir. Buat masa ini, punca sebenar kejadian masih belum dapat dipastikan. Menurut ahli keluarga, mereka kini hanya menunggu keputusan post mortem bagi mengetahui sebab kematian anak kecil tersebut.
“Aku sedih sangat… Anak aku dah sejuk sangat.” Kata-kata itu cukup menggambarkan kesedihan yang tidak terungkap. Kematian Nurul Asyura bukan sahaja mengejutkan ahli keluarga, tetapi turut meruntun hati ramai yang mengikuti kisah ini di media sosial.
Kakak kepada ibu mangsa sempat berkongsi satu rakaman yang memaparkan tangisan hiba sewaktu mereka berada di dalam ambulans. Raut wajah si ibu yang memeluk tubuh anaknya yang sudah tidak bernyawa cukup meruntun hati, seolah-olah tiada bahasa yang mampu menggambarkan kesakitannya pada saat itu. Tubuh kecil itu yang sudah kaku benar-benar merobek jiwa seorang ibu yang masih berharap anaknya boleh diselamatkan.
Detik cemas itu memperlihatkan betapa beratnya sebuah kehilangan, terutama apabila ia berlaku secara mengejut. Kematian Nurul Asyura bukan sekadar satu kejadian tragis, tetapi sebuah peristiwa yang meninggalkan kesan mendalam terhadap ibu muda itu yang masih cuba menerima takdir.
Setiap ibu pastinya mahu menjaga cahaya mata mereka sendiri di rumah. Namun, atas tuntutan kerja dan komitmen hidup, ramai pasangan suami isteri terpaksa bergantung kepada pengasuh dan menitipkan harapan agar anak sentiasa selamat. Tetapi tiada siapa menjangkakan panggilan telefon yang memaklumkan sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada zuriat mereka.
Itulah situasi yang terpaksa dilalui pasangan ini. Mereka tidak pernah membayangkan bahawa hari biasa selepas pulang bekerja boleh berubah menjadi detik paling gelap dalam hidup mereka. Kematian Nurul Asyura benar-benar menguji ketabahan ibu bapa muda itu.
“Macam mana aku nak kuat, Kak Teh? Anak aku dah tak ada…” luah si ibu dalam keadaan yang masih terkejut dan terkesan dengan pemergian mengejut itu.
Menurut keluarga, pada petang kejadian, ibu mangsa yang baru pulang dari kerja terus ke rumah pengasuh untuk mengambil puteri kesayangannya, Nurul Asyura. Namun sebaik tiba, anak kecil itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri. Dalam keadaan cemas, mereka segera membawa si kecil ke hospital untuk mendapatkan rawatan, namun takdir mendahului segalanya.
Doktor mengesahkan bahawa Nurul Asyura telah lama pergi sebelum sampai ke hospital. Berita itu membuatkan seluruh keluarga terdiam, terutama si ibu yang masih memegang tubuh anaknya sambil menangis tanpa henti. Itulah detik yang paling menyayat hati, dan ia terus menghantui ingatan mereka.
Buat masa ini, punca sebenar kematian Nurul Asyura masih belum dapat dipastikan sepenuhnya. Keluarga kini hanya menunggu keputusan post mortem bagi mengetahui sebab kematian anak kecil tersebut. Penantian itu bukanlah mudah, kerana ia disertai perasaan takut, kecewa dan keliru tentang apa yang sebenarnya berlaku.
Keluarga kecil ini hanya meminta doa daripada orang ramai agar mereka diberi kekuatan untuk melalui ujian yang amat berat ini. Pemergian seorang anak adalah trauma yang tidak mudah dipulihkan, namun mereka percaya bahawa Nurul Asyura kini berada di tempat yang jauh lebih baik, bebas daripada kesakitan dan penderitaan dunia.
Kematian Nurul Asyura bukan sekadar kisah duka, tetapi sebuah peringatan tentang betapa berharganya nyawa seorang anak dan betapa rapuhnya kehidupan. Semoga keluarga ini terus tabah dan diberikan ketenangan dalam menghadapi hari-hari mendatang.
Berat badan anak Amyza Aznan makin susut, banyak bergerak buat kaki rasa sakit. Anak kedua kepada pelakon itu, Adrian Adam reda dengan ujian apabila disahkan menghidap kanser tulang.