
Wanita madukan suami sudah berpisah sejak 2022, bekas suami pertama mengaku ceraikan isteri talak satu. Kontroversi seorang wanita yang didakwa “memadukan suami” di mana pada siang hari berada di rumah suami kedua dan malam di rumah suami pertama seperti didedahkan oleh adik iparnya, Ekin Derahim jelas mengejutkan masyarakat.
Susulan kontroversi itu, siasatan telah dijalankan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) mendapati wanita berkenaan, Nurul Atika Osman yang didakwa mempunyai dua suami sebenarnya sudah bercerai dengan suami pertama, Abdul Zulkarnahi Derahim sejak Jun 2022 lagi.
Memetik laporan Harian Metro, Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan, Mohd Asri Mat Daud berkata, maklumat itu diperoleh selepas Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) mengambil keterangan wanita berusia 30 tahun dan bekas suami pertama yang berusia 46 tahun.
“Hasil soal siasat oleh JAHEAIK yang dilakukan semalam mendapati mereka sudah bercerai pada Jun 2022.
“Bekas suami pertama mengaku menceraikan isterinya dengan talak satu. Jadi, tidak benar wanita berkenaan mempunyai dua suami” katanya ketika dihubungi.
Sebelum ini, bekas adik iparnya mendakwa Nurul Atika memadukan abangnya dengan berkahwin lain di Songkla di Thailand dan mendedahkan pada siang hari abangnya bekerja, kakak iparnya ini akan berada di rumah suami kedua dan hanya akan balik ke rumah pada sebelah malam sahaja.

Kontroversi ini tercetus selepas bekas adik ipar wanita ini memuat naik di fb miliknya, Ekin Derahim yang meminta bantuan dari rakyat Malaysia berkaitan kakak iparnya yang bertindak berkahwin di Songkhla dan memadukan abangnya.

Mendakwa siang di rumah suami kedua dan malam giliran abangnya, jelas Ekin ia satu perbuatan yang salah di sisi agama kerana berkahwin dua. Perkara ini terbongkar pada 6 Disember lalu selepas keluarganya dengan bantuan penduduk kampung “menangkap” wanita itu yang berada di rumah lelaki yang dikahwininya di Thailand itu pada November tahun lalu.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!




