Pengalaman manis yang tak boleh lupa bila bertemu dengan seorang nenek. Usianya sudah menjangkau 60 tahun tapi body masih bergetah, muka nenek ni nampak muda. Aku ingat baru pertengahan 40-an sebab kulitnya gebu dan licin. Apa lagi memang tak lepaskan peluang tanya petua dia nampak awet muda. Rupanya dari muda, dia amalkan makan peria katak.

Cara yang paling baik, makan peria katak mentah. Jadikan ulam. Jika tak mampu makan mentah, masak peria. Jadikan sayur. Amalkan makan peria setiap hari, korang pasti terkejut dengan hasilnya.

Wanita Kena Belajar Makan Peria Katak Kalau Nak Awet Muda

Khasiat Lain Peria Katak Yang Akan Buat Wanita Tak Sanggup Nak Lepas

1. Menggalakkan Penghasilan Susu

Bagi golongan wanita yang mengalami masalah kekurangan susu badan. Rebus peria dan jadikan sebagai ulaman bersama dengan nasi. Elakkan memakan peria mentah atau memakan peria sahaja tanpa makanan yang lain, kerana rasa pahit ini boleh masuk ke dalam susu badan yang boleh membantut selera bayi.

2. Merawat Masalah Haid

Bagi wanita yang mengalami masalah haid yang lama akibat darah yang keluar sedikit, bolehlah mengambil peria sepanjang datang bulan. Walau bagaimanapun, buah peria tidak digalakkan diambil oleh golongan ibu mengandung kerana boleh mengecutkan uterus dan menggalakkan kelahiran bayi pra-matang (tidak cukup bulan).

3. Mengurangkan Masalah Mata

Jika anda perhatikan, antara isi peria dan biji peria terdapat satu bahagian yang berwarna kuning oren. Disitulah terdapatnya beta-karotena yang baik untuk mata.

4. Baik Untuk Pesakit Kencing Manis

Buah peria sesuai dijadikan sebagai menu harian bagi diabetik. Buah peria mengandungi insulin yang mampu mengawal gula didalam darah.

5. Merawat Buasir

Ambil rebusan daun peria dan campurkan dalam segelas susu. Amalkan minum air ini setiap pagi, mampu merawat buasir.

Wanita Kena Belajar Makan Peria Katak Kalau Nak Awet Muda
Kredit foto : addienblog.blogspot.com

6 Makanan Lain Pelihara Kecantikan

Anda adalah apa yang anda makan. Haaa… kalau nak cantik, kenalah usaha makan makanan yang boleh cantikkan kulit dan tubuh badan! Jom semak apa makanan yang membantu menjaga kecantikan dalaman dan luaran.

1. Madu

Madu kaya dengan pelbagai khasiat, ia bukan sahaja baik untuk kecantikan malah dikatakan dapat meningkatkan kesihatan. Amalkan makan madu satu sudu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dapat membekalkan tenaga dan membersihkan dalaman tubuh. Madu juga boleh dijadikan masker untuk melembapkan wajah dan menaikkan seri. Sapuan madu pada bibir juga membantu mengatasi masalah bibir hitam.

2. Jamu/ Herba

Jangan hanya amalkan jamu atau herba ketika berpantang. Sebaliknya jadikan ia sebagai amalan harian. Jamu dan herba membantu membersihkan dalaman tubuh dan memelihara kecantikan dalaman wanita. Ia dikatakan dapat membaik pulih masalah dalaman yang dihadapi kaum Hawa. Lihat sahaja wanita Indonesia yang mengamalkan jamu, tubuh mereka langsing dan kulit anjal. Itu hasilnya selepas mengamalkan jamu sejak remaja.

3. Minyak Zaitun

Jadikan minyak zaitun sebagai suplemen harian anda. Makan sebelum tidur malam, minyak zaitun sangat baik untuk memelihara kelembapan kulit. Ia membantu menjadikan kulit lembap, halus dan cerah. Selain itu, minyak Zaitun juga dapat meningkatkan kesihatan.

4. Habatusauda

Jika tidak mampu makan jamu atau herba, amalkan Habatusauda. Kandungannya sangat baik untuk kesihatan dan dipercayai dapat melangsingkan tubuh serta membantu proses perkumuhan. Pengambilan Habatusauda secara konsisten akan membuatkan tubuh segar dan berasa hangat.

5. Sayur/ Ulam

Ramai yang gemar makan sayur tetapi mereka tidak mendapat khasiat yang terkandung di dalam sayur dan ulam. Ini kerana cara masakan yang salah. Sayur yang terlalu masak hilang khasiatnya. Pastikan anda memasak sayur dengan cara betul. Nikmati khasiat seperti Vitamin yang terkandung di dalam sayuran dan ulaman.

6. Buah-Buahan

Buah-buahan enak dimakan, setiap satu daripadanya mempunyai khasiat yang berbeza. Pilih buah-buahan yang tinggi kandungan Vitamin. Ia membantu menjadikan kulit cantik berseri. Selain itu, buah-buahan juga dapat melancarkan perkumuhan dan membantu menurunkan berat badan. Buah-buahan juga boleh diolah menjadi masker untuk merawat pelbagai masalah kulit.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI