
Pilihan ubat gigi anak yang kerap kita guna adalah niat untuk memutihkan dan menguatkan kesihatan gigi anak tetapi bila semak perkongsian dari seorang wanita Nabilah Yazid ini, risau pula jadinya! Rupanya terselit juga kandungan paraben yang viral baru-baru ini dikatakan boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan. Nak tahu lebih, jom semak!
Paraben ni..
Excellent preservative
Tapi sejenis endocrine distruptor
Boleh mimic estrogenic activity
Boleh ditemui dalam sel kanser payudara
Dan…
Produk kanak-kanak!
Serius terkejut bila belek label ubat gigi kodomo sempena kempen ditch-and-switch aromah…
Ada:
Methylparaben
Butylparaben
Sorbitol (sebagai komponen terbesar, mengalahkan komposisi air!!)
Xylitol
Sodium saccharine
Patutlah ubat gigi anak ada label ‘not for swallowing’!
Tapi ada budak-budak kisah? Yang pastinya sedap, lagi dia nk telan!! So mak pak kenalah cari alternatif yang lebih selamat. Hok kidscent punya is paraben-free, taste really nice, and made with essential oils yg ada seed-to-seal guarantee… Kalau nak tengok gigi cantik, boleh tengok gigi khaulah haha… Dia pakai ubat gigi nih dari umur setahun lebih!
NOTA:
Sejauh mana kebenaran bahaya paraben dalam ubat gigi anak, mohon ada yang sudi jelaskan agar semua pihak boleh bertenang dan tak risau kesannya pada anak-anak kecil.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Bila Mak Cakap Anak Tak Ikut & Elak Jadi Derhaka, Sentuh Badannya, Pecahlah Degil

Bila mak cakap, sekali tak mungkin anak nak dengar atau ikut. Kalau 3 -4 kali boleh keluar suara tarzan mak. Mahunya tak geram dan marah kalau anak buat tak tahu saja.
Itulah yang dihadapi oleh sesetengah daripada mak-mak. Bila mak cakap, anak buat tak tahu saja. Sebenarnya, bila keadaan ini berlaku, ia telah mendidik anak derhaka tanpa kita sedar.
Jangan biarkan keadaan ini berterusan. Bukan setakat didik anak derhaka tapi degil dan tidak dengar kata. Dengarkan nasihat oleh Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah dalam perkongsiannya di tiktok.
Baca Artikel Menaril Lain Di Sini: Lembutkan Hati Anak Degil, Nakal, MAK BERILAH Minum Air Wuduk Basuhan Tangan Kanan, Muka
5 Tip Penting Bina Pengaruh Anak Yang Selalu Dilabel Degil & Tak Dengar Kata
Info Lebih Menarik DI SINI
Bila Mak Cakap, Sentuhlah Badan Anak
Cara didik anak supaya tak jadi derhaka .
Mak ayah suruh anak sampai 3-4 kali, itu telah mendidik anak derhaka tanpa sedar.
Bila mak cakap sekali, anak tak ikut caranya ialah
Kalua anak lelaki, psikologi anak lelaki, bila disentuh badannya
Maka ia akan pecah degilnya
Tak kira untuk anak lelaki atau anak perempuan samalah caranya.
Mak kena pegang anak-anak lelaki tu dekat
Dan bila tundukkan leher, suara jadi bass
Telinga anak tu selesa dengar dan mudah mencerap dan mudah terima
Tak Perlu Jerit Dari Dapur
Sebenarnya mak kalau cakap daripada dapur sia-sia
Dekat sentuh badannya
Bila sentuh badan, pecah degil kita sebab doa mak dan air tangan mak ada terap dan ada magic untuk memecahkan kedegilannya.
Mendidik anak itu perlu kena dengan caranya agar kita tidak melatih anak jadi derhaka tanpa kita sedar.
Mingguan Wanita : Moga ia menjadi panduan buat mak ayah. Cara betul, sentuh dan cakap…
Sumber: excelmfktv (tiktok)
@exceldmfktv Rahsia nak didik anak supaya jadi anak soleh dan solehah, ada di dalam pesan Tok Abah yang ini. Simple but very magical. Jom praktis. #fyp #fadzilahkamsah #fadzilahkamsahacademy #pesantokabah #tokabah #dmfk #fadzilahkamsah #shafaztrading #excelpro #excelplus #exceltips ♬ original sound – EXCEL PRO DMFK
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tidak Menangis, Kepala Kanak-kanak Positif Covid-19 Tersangkut Di Celah Katil Wad

Lumrah kanak-kanak suka bermain di mana saja, tidak kiralah ketika sedang sihat atau pun sedang sakit. Apalah yang dia faham selain mencari keseronokan.
Seperti kejadian yang berlaku ini, kepala kanak-kanak perempuan yang positif Covid-19 tersangkut di celah katil wad ketika sedang asyik bermain.
Kepala Kanak-kanak Positif Covid-19 Tersangkut
Kepala kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang juga pesakit Covid-19 tersepit besi katil di wad Hospital Tumpat, Kelantan kelmarin. Dalam kejadian pada 10.20 malam itu, mangsa dikatakan sedang bermain seorang diri di katilnya.
Difahamkan, kanak-kanak perempuan itu memasukkan kepalanya di celah besi itu dengan kakinya terjulur ke bawah sebelum gagal mengeluarkan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tumpat Penolong Penguasa Bomba Wan Baijuri Wan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.27 malam dan lapan anggota bergegas ke lokasi.
Baca Juga Di sini:
Mak Ayah Perhati Tanda Ini, Jika Anak Pernah Terjatuh Dan Terhantuk Kepalanya
Suami, Jangan Letak Semua Tanggungjawab Jaga Anak ‘Atas Kepala’ Isteri
Artikel Ini Akan Buat Mak Ayah Faham Makna Di Sebalik Kepala Anak Dua Pusar
Tidak Menangis, Tersangkut Di Celah Katil Wad
“Ketika tiba anggota kami mendapati kanak-kanak itu dalam keadaan tersepit namun dia tidak menangis atau merengek.
“Operasi mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk memotong besi katil dengan menggunakan peralatan khas,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Wan Baijuri berkata, kerja menyelamat itu dipantau oleh pegawai perubatan serta jururawat hospital berkenaan dan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ambil Sedikit Masa Patuhi SOP
Menurutnya, pihaknya terpaksa mengambil sedikit masa sebelum dapat menjalankan operasi menyelamat kerana perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berikutan mangsa adalah pesakit Covid-19.
“Anggota yang terbabit perlu memakai pakaian perlindungan diri (PPE) dan membuat sanitasi selepas operasi.
“Selain sanitasi diri, jentera serta dua kenderaan utiliti yang digunakan turut perlu disanitasi bagi mengelakkan penularan wabak itu,” katanya.
MW: Dalam kejadian ini tiada siapa yang harus dipersalahkan, biasalah walaupun berada di rumah di bawah pemantauan mak, ayah perkara sebegini tetap berlaku. Apatah lagi berada jauh daripada ibu, bapa segalanya ingin dicuba anak-anak.
Sumber: myMetro
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Isteri Workaholic Dipuji-puji, Suami Di Rumah Meluat Sebab Terabai

Dalam keadaan ekonomi sekarang ini, jarang pasangan yang hanya suaminya sahaja bekerja dan isteri sepenuh masa suri rumah tangga. Sebaliknya, suami isteri sama-sama bekerja bagi membantu meningkatkan taraf hidup keluarga. Namun, jika isteri workaholic sehingga lupa tanggungjawab, ini boleh menjadikan suami risau dan tidak selesa.
Apa yang patut dilakukan bila ada isteri yang bersikap sedemikian?
Hukum Isteri Bekerja
Syariat menjelaskan tidak berdosa bagi isteri bekerja di luar rumah. Asasnya adalah mendapat izin daripada suami. Namun, bagi memastikan kerukunan keluarga, keselamatan diri dan hidup aman bahagia bebas daripada krisis, maka pihak isteri mesti mengambil perhatian mengenai perkara-perkara berikut:
• Pastikan keterampilan berpakaian mengikut syariat
• Pastikan cara gaya komunikasi di tempat kerja dengan sopan dan elakkan diri daripada dieksploitasi dan dipersepsi salah oleh orang lain.
• Pastikan bahawa masalah di tempat kerja tidak dibawa ke rumah
• Pastikan tadbir urus kebajikan suami dan anak adalah keutamaan
• Pastikan persona diri anda adalah sebagai isteri, ibu dan wanita yang solehah. Bukan wanita yang amarah (pemarah) dan cepat melatah.
Punca Isteri Workaholic
Setiap wanita ada keistimewaannya yang fantastik. Isteri yang dilihat sebagai wanita workaholic misalnya adalah merupakan ciri wanita idaman yang menjadi dambaan setiap lelaki yang normal Ini kerana wanita workaholic memberi impak kepada setiap lelaki yang bergelar suami dari segi:
• Meringankan bebas kewangan suami
• Menghasilkan persekitaran rumah yang bersih
• Membentuk budaya keluarga yang berdisiplin dan jelas matlamat hidup berkeluarga
• Mempunyai kebijaksanaan bagi mencari rezeki dan menyimpan wang
• Mempunyai sikap kental menghadapi cabaran hidup
• Mempunyai karakter ringan tulang dan peka dengan perkembangan psikososial masyarakat sekitarnya.
Sebaliknya, tanpa sikap workaholic, seseorang wanita (isteri) itu akan kelihatan negatif misalnya:
• Bersikap pasif tidak pro aktif
• Malas bekerja
• Suka habiskan masa melakukan aktiviti tidak berfaedah. Contohnya, sibuk chatting menggunakan Internet dan whatsapps.
• Suka berkhayal akan keperluan diri sendiri bukan keperluan keluarga
• Tidak peka akan kepentingan sikap keusahawanan bagi mengukuhkan ekonomi keluarga
• Tidak jelas akan peranan sebagai seorang Muslimah yang unggul (sebagai wanita, isteri, ibu dan seumpamanya).
Kesan Negatif Pada Suami
Meskipun isteri workaholic bekerja dikagumi dan diraikan oleh suami, namun jika tidak mengikut protokol syariat, akan menimbulkan beberapa isu, misalnya:
1. Isteri lambat pulang ke rumah
2. Suami meluat sikap eksyen isteri yang workaholic
3. Isteri memandang rendah akan kredibiliti suami
Apabila timbul 3 isu seperti di atas, inilah yang akan menjadikan suami panik sehinggakan…
1. murung
2. pemarah
3. cenderung melepak dengan rakannya di luar
4. curiga akan kesetiaan isteri
5. berdendam terhadap isteri
Cara Atasi Masalah
Semua masalah ada jalan penyelesaiannya. Begitulah dengan setiap penyakit ada ubatnya. Junjungan Nabi Muhammad SAW telah bersabda maksudnya“Setiap penyakit pasti memiliki ubat. Bila sesuatu ubat sesuai dengan penyakitnya maka dia akan sembuh dengan seizin Allah Taala” (HR. Muslim).
Masalah hubungan suami isteri retak kerana isteri workaholic suami panik adalah berpunca daripada masalah komunikasi. Cara untuk menangani masalah komunikasi suami isteri berasaskan perkara berikut:
1. Setiap pasangan mesti tahu hak dan tanggungjawab kendiri
2. Membudaya sikap bercakap dengan kasih sayang.
3. Isteri mesti hormat dan taat setia terhadap suami.
4. Syurga isteri adalah tertakluk kepada redha suami.
5. Suami mesti menstrukturkan isterinya dalam semua perkara. Jelaskan kepada isteri protokol yang diingininya berhubung kehendak isteri yang ingin bekerja dan berkerjaya.
6. Semua nasihat, bimbingan atau arahan perlu berteraskan ilmu pengetahuan. Ia adalah akar kepada perwujudan pasangan suami isteri bahagia dan obor kepada pembangunan ekonomi dan kebahagiaan sesebuah keluarga.
7. Ingat sentiasa bahawa role model yang terbaik dalam aspek komunikasi berkesan pasangan suami isteri adalah Nabi Muhammad s.a.w.
Walau apa pun, untuk selesaikan masalah ini, dua-dua kena mainkan peranan. Jangan cepat tunding jari dan terpulang pada pasangan anda sama ada boleh terima situasi ini atau tidak. Jom, audit!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

