Kecantikan

Wanita Ini Kongsi Tip Buat Ice Facial, Bantu Masalah Pori Terbuka & Dark Circle!

Share
Selesa sebenarnya pilih ice facial untuk jaga kecantikan kulit, ini lebih selamat dan sedikit sebanyak membantu masalah kulit awal remaja dan mak-mak yang suka guna bahan alami.

Wanita Ini Kongsi Tip Buat Ice Facial

Namun kali ini saudari Dewi Amelia Aiza kongsi cara yang betul untuk gosok kiub ais pada wajah tanpa merosakkan kulit. Jangan tak percaya, tip ini sangat membantu, ya! Jom kita cuba dulu buat ais kiubnya.

Biasanya sesuai untuk anda yang jenis kulit sensitif, alah pada bahan kimia, jadi petua ini untuk anda.

1. Ice Cube Air Kosong

Kebaikan:
Kecilkan pori
Kurangkan bengkak (terutama pagi bangun tidur)
Bagi efek glowing instant

2. Ice Cube Lemon (kulit kusam)

Kebaikan:
Cerahkan kulit kusam
Kurangkan minyak

3. Ice Cube Timun (Kulit sensitive/jerawat)

Kebaikan:
Tenangkan kulit
Redakan kemerahan dan jerawat
Bantu redakan kulit tengah breakout

Bantu Masalah Pori Terbuka & Dark Circle

Bagi wanita yang masuk 40an mungkin ada masalah dark circle, jangan risau anda boleh cuba kiub kopi ini. Mudah sahaja, cuba masukkan bahan kopi dan bekukan macam tip di atas juga.

4. Ice Cube Coffee (Dark Circle)

Kebaikan: kurangkan eyebag
Segarkan muka

Haaa.. senang, bukan? Anda cuma perlukan beberapa bahan alami dan air putih sahaja, sudah boleh pakai dan amalkan setiap hari ikut masalah kulit masing-masing.

Selamat bercantik-cantik!

Published by
Nadia Mohamad