jus kempis perut

Bila umur semakin meningkat mulalah badan ni banyak angin, perut pun dah mulai buncit, kolestrol pun tinggi dan macam-macam masalah kesihatan lain yang dialami.Menerusi perkongsian Alya Ammar Qary, beliau berkongsi resipi cara semulajadi menghasilkan jus untuk atasi masalah-masalah ini.

Berikut antara perkongsiaannya;

“Haa ni saya buat stok Jus Keluar Angin, Kempis & Kolesterol nama diberi. Senang je dah masak simpan lah peti sejuk. Buat agak-agak kegunaan untuk saya dan suami je dalam dua minggu. Minum 2 sudu besar pagi perut kosong dan 2 sudu besar malam sebelum tido. Jus ini bagus untuk orang banyak angin, nak rendahkan kolesterol, perut buncit, nak lean muscle, perut buncit, stres, darah tinggi, lepas pantang, sembelit, badan kaki sejuk-sejuk dan sebagainya.

Bahan-Bahan:

Halia seketul
Lemon sebiji (buang biji)
Bawang putih selabu
Apple Cider 1 senduk
Madu (secukup rasa – jangan manis sangat ye)

Wanita Ini Kongsi Cara Nak Buat Jus Keluarkan Angin, Kempiskan Perut & Rendahkan Kolestrol

IKLAN

Cara Membuat:

1.Kisar halia, bawang putih dan lemon.(saya tak buang kulit lemon sebab dalam kulit lemon ada khasiat juga).

2.Masak atas api sehingga dapat kepekatan yg di kehendaki (tengok gambar botol agak-agak paras air dan pati).

IKLAN

3.Letakkan apple cider dan madu.

4.Sejukkan dan simpan peti sejuk.

IKLAN

Wanita Ini Kongsi Cara Nak Buat Jus Keluarkan Angin, Kempiskan Perut & Rendahkan Kolestrol

Silakan utk share dan semoga bermanfaat.

Selamat Mencuba!

Sumber: Alya Ammar Qary via Masak apa hari ni

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI