Buat Sendiri Udang Kering Yang Dijamin Bersih, Boleh Guna 2 Cara Mudah!

Share

Mudah je rupanya nak buat udang kering sendiri dirumah yang pastinya lebih segar,terjamin kebersihannya malah lebih menjimatkan! Tanpa perlu ragu-ragu.Iyalah jika beli dikedai, adakalanya udang keringnya berbau hapak, sudah lama serta diragui cara pemprosesannya.

Berikut merupakan cara membuat udang kering sendiri dirumah yang dikongsikan oleh Suhaila Ishak sebagai panduan mak-mak;

“Ragu-ragu dengan kebersihan udang kering yang dibeli, mari buat sendiri, senang dan sedap dijamin bersih lagi halal”

Bahan-Bahan:

Udang segar (Saya guna udang laut yang kulit keras tu)
Sedikit Garam

Cara Membuat:

1.Rebus udang segar dengan sedikit garam.


2. Rebus sampai kering air.
3. Keringkan udang kering tersebut dengan dua cara;

Cara 1


Jemur dibawah cahaya matahari sampai betul-betul kering.Jika cuaca panas, jemur sehari pun dah boleh kering.

Cara 2
Kalau malas jemur masukkan dalam oven suhu 100-150 darjah. Bakar sampai betul- betul kering dalam 20 minit untuk kekalkan rasa manis udang tu.

4. Bila dah betul-betul kering masukkan dalam plastik, kemudian ramas-ramas je udang kering tersebut untuk asingkan isi dengan kulit udang.

5. Siap!Segarkan! makan camtu je pun sedap.

6. Simpan dalam balang kedap udara.

Selamat Mencuba!

Sumber: Suhaila Ishak

IKLAN