
TOMEI
Ternyata wanita dan TOMEI memang tidak dapat dipisahkan, terletak elok apabila digayakan menjadikan seseorang penampilan tampak mempersonakan dan lebih manis dengan rekaan eksklusif.
Ini jelas diilihat dalam penyertaan sulung TOMEI di pentas Kuala Lumpur Fashion Week apabila jenama ini mempersembahkan sebuah showcase eksklusif yang menampilkan lebih RM4 juta nilai koleksi barang kemas.
Apa yang menarik, persembahan ini meraikan kehalusan seni pertukangan, warisan reka bentuk serta visi moden TOMEI melalui sebuah koleksi yang meneroka pelbagai dimensi wanita masa kini. Pastinya wanita yang memilih koleksi ini akan berpuas hati dan rasa teruja untuk menggayakan ke majlis tertentu.
Menerusi Acara Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) x Tomei , pelakon popular, Anna Jobling mencuri perhatian ramai apabila tampil anggun menggayakan koleksi barang kemas ikonik jenama TOMEI yang dianggarkan bernilai lebih RM225,000.
Anna tampil mempesona menerusi padanan rantai leher, gelang tangan, cincin dan subang daripada koleksi Emerald & Sapphire yang mengetengahkan keindahan batu zamrud serta nilam, melambangkan personaliti wanita moden yang yakin dan elegan.
Selaku wajah utama Tomei, Anna menyifatkan koleksi berkenaan bukan sekadar aksesori perhiasan, sebaliknya lambang keyakinan diri serta ekspresi seorang wanita.
Malahan, setiap koleksi hadir sebagai refleksi identiti, emosi dan perjalanan seorang wanita. Melalui bentuk emas yang bersifat arca, batu permata yang mempesona, mutiara yang bercahaya serta ketelitian seni pertukangan yang luar biasa, setiap rekaan menjadi sebuah bab dalam naratif transformasi diri.
Naratif runway ini turut menampilkan beberapa koleksi ikonik TOMEI seperti Anastasia, Sri Puteri, Diamond Cut, Lusso Italia, Emerald, Ruby, Diamond, Pearl dan Le Lumiere. Setiap koleksi membawa identiti tersendiri, daripada warisan yang diperbaharui untuk wanita masa kini hingga ke seni pertukangan Itali yang terkenal dengan kehalusan dan ketepatannya.
Jadi, buat wanita yang memilih kualiti dan rekaaan yang cukup eksentrik, boleh lah teruskan mengumpul koleksi terbaharu! Sesuai dengan jiwa wanita yang suka dengan kecantikan dan tampak mahal di mata sesiapa sahaja yang memandangnya.
Sekadar info, acara tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran rakan selebriti seperti Diana Danielle, Sweet Qismina, Arabella, Chacha Maembong, Kaka Azraff dan Raden yang masing-masing menggayakan koleksi barang kemas Tomei bernilai keseluruhan RM2 juta.
Gambar: TOMEI