Wanita Berusia 33 Tahun Dah Timang Cucu, Bangga Bergelar Nenek Termuda!

Share

Dikala peringkat usia 30an, ramai wanita yang masih membina kerjaya mahupun jaga anak yang masih kecil, namun bagi wanita ini telah selamat menimang cucu. Siapa sangka pada usia 33 tahun, wanita ini telah menjadi seorang nenek termuda di Britain, United Kingdom.

Bangga Bergelar Nenek

Seorang wanita mendedahkan dia berasa bangga digelar ‘nenek paling muda di Britain’ selepas mempunyai cucu pada usia 33 tahun, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Gemma Skinner, menerima seorang cucu perempuan minggu lalu selepas anaknya, Maizie, melahirkan bayi tersebut pada usia 17 tahun.

“Pada mulanya, saya enggan dipanggil ‘nenek’, namun kini berasa suka mendengar nama panggilan itu,” ujarnya.

Skinner bersama anak dan cucunya.

Mempunyai 3 Anak Perempuan

Menurut Skinner, ketika Maizie dimasukkan ke hospital sebelum melahirkan cucunya, Jururawat di situ menyangka bahawa dia ialah kakak kepada anaknya.

“Jururawat yang datang untuk memberikan suntikan epidural kepada Maizie bertanya sama ada kami ialah saudara perempuan. Kami ketawa mendengarnya kerana sering mendengar pertanyaan seperti itu,” katanya.

Skinner memiliki tiga orang anak perempuan dengan anak bongsunya, Bella, kini baru berusia empat tahun selain Gracie yang berusia 10 tahun.

Skinner ketika melahirkan Maizie pada tahun 2004 ketika berusia 16 tahun.

Baca Lagi Di Sini:

Susah Diawal Perkahwinan Perkara Biasa, Usaha Perbaiki Pendapatan Ubah Kehidupan Rumahtangga!

Sudah Berkahwin, Jangan Harapkan Mak, Ayah Tanggung, Cubalah Hidup Berdikari Walaupun Susah

Akibat Selalu Dibandingkan, Cucu Berdendam Bakar Rumah Atuk & Nenek

Mingguan Wanita: Rezeki kahwin awal, dapat anak dan cucu pun cepat.

Sumber: Kosmo

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

IKLAN