Anak-anak yang dibesarkan oleh ibu bapa yang tegas, garang dan kasar cenderung untuk mengulangi sikap yang sama apabila mempunyai anak-anak sendiri. Menurut Puan Rozita Shaari (Ibu Rose) yang merupakan Pakar Keluarga & Kasih Sayang memaklumkan ada diantara anak-anak ini berdendam dengan orang tua mereka kerana terkenang dengan memori silam mereka dibesarkan.

Selaku anak sebaiknya jangan disimpan rasa amarah dan dendam itu, dibimbangi jika anda juga mengulang kitaran yang sama apabila mempunyai anak-anak sendiri.

“Ada anak-anak yang terkesan dengan cara didikan orang tua mereka yang menggunakan pendekatan tegas, kasar dan ada juga ibu bapa yang suka menyumpah anak-anak. Dibesarkan dalam suasana sebegitu menyebabkan ada diantara anak-anak ini menyimpan dendam dan terbawa-bawa hingga mereka dewasa.

“Sebaiknya selaku anak, padamkanlah api dendam itu…mulakan suasana dan budaya baru. Contohnya secara terbuka kita zahirkan rasa kasih sayang kita kepada ibu bapa, walaupun itu bukanlah budaya yang ada di dalam keluarga. Belajarlah memaafkan mereka, turunkanlah ego anda. Berjanjilah pada diri menjadi ibu bapa yang menyantuni anak-anak, seperti mana kita mahu diri kita dilayan sebaiknya oleh anak-anak nanti,”nasihat Ibu Rose.

Walaupun Dulu Ibu Bapa Membesarkan Kita Dengan Cara Kasar Dan Garang,Maafkanlah Mereka – ROZITA SHAARI

 Mimi Fly ‘curi’ semangat ibu

Mimi Fly antara penyanyi yang cukup terkenal dengan aksi tariannya yang energetik. Tetapi disudut lain pula tak ramai tahu dia mempunyai seorang ibu yang ‘kelebihan’ upaya.

“Mama seorang ibu yang garang, tapi sangat supportive sewaktu kami kecil dahulu. Membesarkan tiga orang anak tanpa menjadikan kekurangan yang ada padanya sebagai menjadikan kami terbiasa dididik berdikari dan positif. Satu lagi Mama mengajar kami untuk jangan mudah merungut dan berkata tidak boleh. Semangat yang ada pada mama, menjadikan saya malu kalau saya merungut tentang perkara-perkara remeh. Saya mencuri semangat dan terinspirasi dengan ‘kelebihan’ upaya yang ada dalam sanubari ibu saya,”kongsi Mimi Fly salah seorang tetamu yang di undang bersama ibunya, Ramlah Md Jalee berkongsi mengenai isu ‘Anak Bertuah Mak Ayah’ dalam Mingguan Wanita TalkShow hari ini.

Terima kasih Nur Khairunnisa’

Walaupun baru berusia tujuh tahun, pelajar tahun satu Nur Khairunnisa’ Fadhilah mencuri perhatian netizen pada hari pertama beliau menjejakkan kaki ke sekolah. Tanpa kekok Khairunnisa’ membawa kedua ibu bapanya melawat kawasan sekolah dan menjadi mata untuk kedua ibu bapanya yang cacat penglihatan.

“Berkahwin dan dikurniakan anak yang normal, adalah hadiah teristimewa untuk saya dan isteri. Walaupun pada mulanya kami memerlukan bantuan keluarga mertua dalam membantu kami menguruskan Khairunnisa’ sebaik dia lahir…lama kelamaan anak kecil kami ini memahami keadaan ibu bapanya. Sejak usia dia tiga tahun lagi, Khairunnisa’ mula menjadi ‘mata’ kami,”kongsi Mohamad Haizir mengenai permata sulungnya yang matang sebelum usianya.

Bagi yang terlepas topik menarik Anak Bertuah Mak Ayah hari ini dalam Mingguan Wanita TalkShow hari ini, jangan lupa saksikan ulangannya malam ini. Pastikan anda menonton ulangannya jam 8 malam di Astro Prima 105 dan di Prima HD 121. Ada satu kejutan yang bakal diumumkan oleh salah seorang pengacara hari ini, nak tahu kejutan apa?? Jangan lupa tonton Mingguan Wanita Talkshow malam ini.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI