Walau Hujung Bulan, Baki Resit Bank Masih Berbaki RM28K

Share

Bertuah sungguh empunya resit bank yang masih berbaki RM28k ini. Walau hujung bulan, masih ada sebanyak itu. Beruntung sungguh!

Ini cerita Ed Aswandi, yang mahu membuat pengeluaran duit di mesin ATM. Entah macam mana terfikir olehnya mahu selongkar tong sampah di sebelah mesin.

Lalu dia menemui kira-kira 10 resit bank. Dan salah satunya, ada baki RM28,633.70. Yang paling sedih, ditemui juga baki resit sejumlah RM8.13 sen.

Rupanya dari baki-baki resit bank itu, nanti boleh dibuat analisa tentang tabiat menyimpan orang kita ini. Mereka jenis dapat gaji simpan 10 peratus atau lupus terus beli barang harian.

 

Cerita Baki Resit Bank Dari RM8.13 Ke RM28,633.70

Alkisah semalam ada singgah di mesin ATM MeowwBank untuk withdraw duit belanja & untuk joli la sikit.

Biasanya ada tong sampah bersebelahan mesin ATM, biaselah korang dah tengok baki konfem buang punya resit dalam tong sampah.

Saja gatal tangan saya pergi belek sekeping dua resit baki akaun yang dibuang dalam tong.

Masyarakattt!!! kelakar pun ada, terkejut pun ada. Kebanyakan resit yang dibuang tu semua berbaki dalam RM100 ke bawah.

Paling sadis resit yang berbaki RM8.13 ni. Macam mana nak survive jika dalam bank baki hanya tinggal RM8.13 ni cer bagitau sikit.

Oh jammm kapla, andaikan gaji pada 28 haribulan, maka ada 8 hari lagi nak bertahan. Nampaknya kena hari-hari puasa sunat berbuka roti atau meggi lah nampaknya.

Baru je withdraw RM50 tu je last kopek yang boleh cucuk bawa keluar, mungkin RM50 tulah yang perlu bertahan sehingga gaji lagi 8 hari.

Kalau bujang takpe lagi atlest boleh la tahan sangap lagi. Tapi kalau ada anak bini.. apa lagi tebalkan muka korang gi la cekau pinjam lah dengan sesapa.

Dah kata kena savings at least 10% atau paling cikai pun 5% dari gaji pun ok lah dari tinggal belen RM8.13

Kalau susah sangat nak savings sendiri, buatlah cara force savings yang lebih berdisiplin seperti contoh pembiayaan ASB.

Kalau korang la baki dalam bank tinggal RM8.13, nak gaji lagi 8 hari. Macam mana nak belanja harian, makan & transport

 

Baki Dalam Bank Ada Lagi RM28,633.70

Dari posting baki bank tinggal RM8.13 itu ramai kenalan fb nya terkejut malah kasihan dengan empunya resit withdrawal itu.

Saya pun baru tahu yang baki minimum kena ada dalam MeowBank sebanyak RM1. Sebelum ni baki minimum kena ada RM10. Maknanya empunya resit tu boleh la lagi keluarkan RM7 di kaunter.”

Sebenarnya dalam waktu saya dok belek resit-resit dalam tong sampah tu.. rasa macam pengemis dah, nasib takde orang kalau tak malu wehhh. So dalam banyak-banyak resit tu ada 1 resit yang bakinya walau hujung bulan sebanyak.. Masyarakattt!!! RM28,633.70

Cuba korang cakap akaun bank ni baru 1 yang tak pakai sangat, dia ada banyak lagi simpan duit di akaun bank lain berkepuk-kepuk.

Cuba korang cakap ala dia ni banyak kerja side income, bawa Grab dapat cash tak masuk bank ni. Ala dia ni awal bulan je mesti transfer ke akaun bank dia yang lain ni.

Kalaulah kenyataan tersebut sama macam kes resit semalam yang berbaki RM8.13 tu, tak boleh nak kata memang power lah empunya resit RM28k ni. Korang jangan nak mengaku lak yang resit ni korang punya saja tinggal kat tong sampah.

Dalam 10 resit, 9 resit baki bawah RM200 & hanya 1 resit baki RM28k. Ingat esok-esok ni nak mintalah bawa balik semua sampah resit untuk buat analysis baki simpanan dalam bank. Benda tak pernah orang buat la kita buat.

Mungkin dari situ kita boleh buat 1 statistics mengenai tabiat berapa ramai orang boleh menyimpan & berada banyak baki di tengah atau akhir bulan sebelum gaji masuk.

Kalau korang la baki dalam bank hujung-hujung bulan ni masih ada RM28,633.70, misalan nak gaji lagi 8 hari.. camna nak belanja harian, makan, transport & apa nak buat. Cer komen sikit.

Sumber/Foto : Ed Aswandi

IKLAN