Anak sekolah usia 8 tahun ini tak berhenti menangis. Dari saat wanita ini, Azmira Amrantemui sampailah anak ini selamat memasuki asramanya. Tangisan anak Penan itu terus berpanjangan.
Tangisan anak Penan ini menjentik hati pegawai yang bertugas di Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Catatannya ringkas saja, namun memberi maksud yang cukup tersirat untuk mak ayah hayati. Betapa bersyukurnya kita, kerana dapat menatap wajah anak-anak setiap hari.
Dia jauh dari mak ayahnya… jauh sekali. Dan tentunya ketika itu.. dia terlalu rindu. Rindu kembali bertamu apabila melihat teman-teman lain punya mak ayah menemani di hari karnival.
(Catatan ini ditulis dalam Bahasa Inggeris, dan diterjemahkan semula dengan kebenaran penulis)
Sebaik tiba di sekolah ini, saya langsung terpandang budak lelaki ini (kerana rambutnya itu). Tubuhnya membelakangi sekolah, lama dia memandang sebuah perkampungan yang letaknya jauh di bawah bukit.
Saya mendekatinya, wajahnya basah dengan tangisan. Entah kenapa dia menangis, mungkinkah disebabkan rakan-rakan yang mengusiknya? Atau mungkin juga dia terlupa membawa pensil ke kelas? Saya cuba menceriakannya, bermesra dengannya, ajarnya cara-cara berselfie. Tapi dia terus menangis.
Ads
Uniform sekolahnya lusuh, penuh dengan tahi lalat pada pakaiannya. Tertulis ‘Aray’ pada name tagnya tapi akhirnya saya dapat tahu nama sebenarnya adalah Reno.
Anak ini, dalam kelas tahun 2 (8 tahun) dan antara pelajar yang paling banyak tidak hadir ke sekolah pada tahun lepas.
Sebab itu, tahun ini dia perlu tinggal di asrama. Kerana perkampungannya jauh dari sekolah.
Anak Ini Kerinduan, Terkenang Mak Ayah Yang Jauh
Semalam, hari Karnival di sekolah. Ramailah ibu bapa yang datang dari merata kampung. Kalau tak silap saya, ibu bapa Aray tak dapat datang menemuinya.
Ads
Kerana sesetengah perkampungan sememangnya terlalu jauh lokasinya. Kadang mengambil beberapa hari untuk sampai ke sekolah dengan berjalan kaki.
Anak ini kerinduan. Dia menangis kerana terkenangkan ibu bapa yang begitu dirindui. Hati saya sebak bila tahu akan hal ini.
Saya teruskan kerja, kemudian kembali mencarinya. Dan dia masih lagi sebegitu.. menangis. Duduk diam di penjuru pintu kelas. Usaha lagi untuk menceriakannya. Kali ini saya berikan gula-gula.
Dia ambil.. tetap dia masih menangis. Lewat petang itu, saya lihat di melangkah ke asramanya dan kembali menyambung tangisannya yang panjang.
Pelakon Linda Hashim yang kini sudah berhijab kelihatan begitu anggun, apatah lagi ibu kepada tiga orang anak ini akui kini sudah tiba masanya untuk dia kembali aktif dalam lakonan.
Isteri kepada Beego menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, berkongsi dirinya sudah bersedia untuk keluar bekerja.
Hatinya terbuka untuk kembali berlakon memandangkan anak-anak telah besar dan kadar bayaran yang ditawarkan juga agak lumayan.
4 Tahun Berehat, Linda Hashim Tinggalkan Anak-Anak Kembali Berlakon
Sewaktu negara dilanda pandemic Covid-19, ramai yang kehilangan kerja, namun rezeki memihak kepada Linda. Oleh itu dia tidak mahu menolak tawaran kerja yang diberikan kepadanya.
“Hampir empat tahun tak pegang skrip. Maaf kepada produser-produser sebelum ini yang ada bertanya kepada saya, tetapi saya menolak atas sebab fokus jaga anak-anak.
“Banyak drama yang telah saya tolak. Tetapi sejak akhir-akhir ini bayaran pun sudah mencecah lima angka, rasa macam menolak rezeki pula apabila Allah dah bagi.
“Orang lain sampai tak ada kerja nak bekerja. Memang rasa ralat sangat tolak rezeki Allah,” kongsi Linda.
Sering Memikirkan Tentang Anak Yang Masih Kecil
Linda yang juga ibu kepada Jelita Clarissa, 6, Anggun Cassandra, 5 dan Indah Camelia, 2 ini akui sebelum ini dia menolak beberapa tawaran berlakon kerana memikirkan anak-anak yang masih kecil.
Namun kini dia berjanji akan membahagikan masa sebaik-baiknya antara keluarga dan kerjaya.
“Terima kasih kepada ibu mertua dan suami yang sangat memahami. Semoga Allah permudahkan urusan saya dan kita semua.
“Persoalannya sekarang ini, macam manalah rupa lakonan saya selepas hampir empat tahun tidak berlakon? Boleh ke tidak?” ungkap Linda.
Kasih abang ini pada adik sendiri tiada tolok bandingnya. Lagak bagaikan hero rela berkorban nyawa demi menyelamatkan adiknya yang masih bayi dari maut terbakar.
Seorang abang sanggup bergadai nyawa menyelamatkan adiknya berusia sembilan bulan daripada rentung selepas rumah mereka di Kampung Parit Suratman, Parit Yaani, musnah dalam kebakaran, semalam.
Dianggap Wira
Nor Azmi Khairul Azri, 12, dianggap wira kerana keberaniannya meredah api sebaik menyedari adiknya Haziq ‘tertinggal’ dalam rumah kerana masing-masing sudah keluar menyelamatkan diri dalam kejadian 1.45 tengah hari itu.
Menceritakan kejadian itu, abangnya, Hazman, 14, yang melecur di kedua-dua tapak kaki berkata, dia terlebih dahulu keluar dan ibunya, Nor Izura Maat, 36, menyelamatkan barangan lain dalam rumah itu.
“Ketika itu, barulah ibu teringat adik masih dalam rumah dan Nor Azmi segera masuk meredah api sedang menjulang lalu mendukung adik keluar. Saya tidak boleh berlari lagi ketika itu kerana tapak kaki sudah melecur.
“Pada masa kejadian, ibu menjerit supaya kami keluar menyelamatkan diri manakala Haziq sedang bermain di ruang tamu. Masing-masing ketika itu dalam keadaan kelam-kabut hingga terlupa adik masih lagi berada dalam rumah,” katanya ketika ditemui.
Hazman dan ibunya melecur kedua-dua tapak kaki kerana terpijak tikar getah panas manakala Nor Azmi hanya cedera di ibu jari kakinya.
Terhidu Bau Asap
Pelajar Tahfiz Darul Qura itu berkata, sebelum kejadian dia bersama adik yang lain berada di rumah dan terhidu bau asap.
“Saya ternampak warna kemerahan dari bilik saya dan belum sempat membuka pintu, api sudah menjulang. Kami tidak sempat menyelamatkan apa-apa kerana api marak begitu cepat.
“Mujurlah semua ahli keluarga kami selamat walaupun rumah pusaka ini musnah sama sekali. Kami reda dengan kejadian itu dan menganggap ada hikmah di sebaliknya,” katanya.
Majlis Tahlil Terakhir Rumah Peninggalan
Sementara itu, sepupu kepada Hazman, Khairul Hamim, 34, berkata, malam sebelum kejadian, rumah itu mengadakan tahlil berikutan kematian ibu angkat Nor Izura.
“Tak sangka, majlis tahlil pada malam itu adalah terakhir di rumah ini. Ini rumah peninggalan arwah datuk yang berusia lebih 40 tahun,” katanya.
Mingguan Wanita: Tahniah buat abang ini, sanggup bergadai nyawa demi adik tersayang. Semoga diberi kekuatan buat keluarga ini dalam mengadapi musibah ini.
Tidak dinafikan kuasa haruman minyak wangi mampu menarik perhatian sesiapa sahaja yang berada disekeliling kita. Pelbagai jenis bau-bauan minyak wangi yang ada, baik aroma citrus, flora, rempah, vanila dan sebagainya boleh membuatkan ramai yang terpikat dengan dengan baunya, termasuklah haiwan!
Memetik laporan Daily mail, sungguh tak sangka terbaru minyak wangi juga mungkin digunakan sebagai ‘senjata’ untuk menangkap harimau betina.
Renjer hutan di India mungkin akan menggunakan ‘senjata luar biasa’ iaitu minyak wangi Obession Calvin Klein untuk memerangkap harimau dipercayai telah membunuh 13 mangsa sejak 2016.
Operasi utama untuk menangkap harimau betina digelar Avni di Maharashtra itu telah dilancarkan sejak sebulan lalu.Pasukan peronda, kamera perangkap inframerah dan gajah juga gagal menjejaki haiwan tersebut.
Aroma Sintetik
Saintis di Amerika Syarikat mendapati bau minyak wangi Obsession for Men itu dapat menarik perhatian harimau pada 2013 kerana aroma sintetiknya.
“Ia adalah gabungan vanila yang mencetuskan rasa ingin tahu antara manusia dan haiwan,” kata salah seorang perekanya, Ann Gotttlieb.
Difahamkan, minyak wangi itu telah digunakan untuk memerangkap harimau di Tamil Nadu.
“Ada pihak mencadangkan guna minyak wangi Calvin Klein untuk ‘memikat’ harimau tersebut. Ada pegawai kami telah membelinya dan ia adalah salah satu daripada eksperimen yang akan kami lakukan, namun keputusan masih belum dibuat,” kata pegawai perhutanan, AK Mishra.
Uish macam-macam hal. Semoga usaha menggunakan minyak wangi ini sebagai ‘perangkap’ harimau berjaya bagi mengelakkan lebih banyak mangsa menjadi korban.
Seorang lelaki Malaysia maut selepas ditembak di Sungai Golok, Thailand. Mangsa dipercayai terlibat dalam masalah hutang yang membawa kepada tragedi berdarah di sempadan Malaysia-Thailand.