Berapa ramai di kalangan ayah yang nak peluk dan dakap anak remaja lelakinya. Tolak ego itu jauh-jauh wahai ayah, peluklah anak. Sebab walau nampak kasar, jiwa anak lelaki ini ‘halus’ sebenarnya.
Sentuhan kasih sayang, pelukan seorang ayah itulah nanti yang akan melentur sifat baik dalam diri mereka. Inilah yang dikongsikan Ustaz Ebit Lew ketika berdepan dengan para remaja dalam siri ceramahnya.
Terkejut Bila Ditolak Kasar Pelajar Tingkatan 5
Perghhh.. terkejut sangat bila kena tolak dengan pelajar tingkatan 5.
Terkejut juga mula-mula. Dan dia cakap sangat kasar bunyinya. Rupanya dia paling gengster kat sekolah tu.
Bila ke depan dia sound saya, “Kau jangan macam-macam, nanti kena kang.” dan buat main-main.
Tapi saya terus tanya tentang ayahnya.
Dia anak sulung. Tanya, “Selalu kena marah ke?”
“Ya ustaz, selalu kena marah.”
“Kau nakal kot..” dia angguk-angguk.
Ayah Sibuk Tak Sedar Anak Sulung Dan Kedua Dah Ke Tepi, Bawa Diri
Saya teruskan cerita pada pelajar lain. Betapa happy dan terlalu syukur masa dapat anak pertama. Tapi sebab sibuk saya kurang beri perhatian pada anak sulung dan nombor dua.
Masa dekat rumah sekejap. Nak peluk kakak dan abang. Adik kecil datang berlari berebut nak ayah. Tak sedar anak no. 1 dan no. 2 dah ke tepi dan bawa diri.
Ads
Saya tahu anak saya saya rindu ayahnya.
Walau saya nak dia cepat besar jadi daie. Tapi satu perkara mereka cuma anak-anak yang rindukan mak ayah mereka.
Kita dah besar ni pun sama. Rindu pelukan ayah.. rindu mak.. masa berlalu sedar-sedar anak sulung dan nombor dua dah tidur.
Saya pergi dekat katilnya dan cium mereka. Anak sulung saya akan tersedar dan menangis. Dia akan peluk saya.
“Ayah sayang Safiyyah. I love u anakku. Ayah selalu doa Safiyyah. Maafkan ayah yer wahai anakku.”
Begitu juga anak kedua. Mereka ingat ayah maknya tak sayang sangat mereka. Mereka tak tahu betapa setiap hari hidup ini memikirkan tentang mereka. Kerana kesibukan diri selalu terabai mereka. Kadang-kadang marah mereka terlebih-lebih.
Kadang terbayangkan anak besar. Dia menangis kata, “Ayah kakak dah besar..”
Ads
“Sorry nak. Ayah sibuk tak sempat peluk kakak..tak sempat peluk abang..”
Saya cakap pada adik yang tolak saya tadi, “Maafkan ustaz yer adik. Maafkan ayah adik yer.. doakan dia.. dia sayang adik tapi dia salah tak beri masa dan didik adik dengan baik.”
Tiba-tiba dia menangis.
Saya terus peluknya. Dia menangis di bahu saya.
Dari pagi sampai petang dia sebak jer. Masa balik dia kejar saya dalam kereta. Masuk kereta dan menangis.
Katanya, “Ustaz dulu ayah selalu marah-marah saya. Sekarang saya dah besar. Saya lawan ayah saya. Kami bergaduh. Ustaz,saya rindu ayah saya..” Allahuakbar.. terus saya sebak.
Ads
Suap Dan Peluklah Anakmu Wahai Ayah
Siapa sangka kenangan pahit dalam dakwah ini menjadi kenangan paling indah.
Pelajarannya buat ayah di luar sana berilah masa dan peluklah isterimu. Peluklah anak-anakmu. Sebab itu sunnah kita usap kepala anak yatim beri mereka kasih sayang.
Itulah ubat sedikit bagi hati mereka. Berilah masa untuk anak. Suap dan peluk mereka..
Syukur sangat dapat teman bapak saya di kebun. Ada babi masuk sebab tepi tu tak pagar sangat.
Ayah umur dah dekat 80. Masih kuat sihat. Syukur pada Allah.
Setiap kali peluk bapak mesti dia sebak. Nak menangis. Kami dididik oleh arwah mak kasih sayang.
Bapak saya masih rindu arwah mak. Dulu bapak saya ni garang giler.. siapa sangka hari ini kami dakwah sama-sama.. solat sama-sama.. makan sama-sama.. berkebun sama-sama.. dan saling berpelukan menangis.
Tak dinafikan kadang-kadang sebagai anak kita terasa hati dengan sikap orang tua. Mungkin orang tua kita tanpa sengaja melebihkan adik-beradik yang lain berbanding kita. Ada juga kalau anak sulung buatlah apa pun mesti dipuji, tetapi anak kedua, ketiga ini jika berbuat sesuatu, seolah-olah mak ayah tak nampak.
Memang sedih, memang terasa sebab kita juga manusia. Tetapi bolehkah kita terasa hati dengan orang tua kita? Tanpa mereka sudah tentu tiadalah kita di dunia ini, oleh itu jika terasa cuba pendam, jangan mudah tunjuk perasaan takut hilang redha mereka…
Fitrah bagi manusia untuk rasa macam-macam sebab Allah bagi kita perasaan… Kita boleh rasa gembira, sedih, kecewa, terkilan, sebak, sayu dan sebagainya… Itu semua perasaan, rasa yang hadir dalam hati kita…
Ada ibu,bapa yang membezakan kasih sayang terhadap anak-anaknya… Ada ibu, bapa yang melebihkan seorang anak daripada anak yang lain… Ada ibu, bapa yang mengabaikan anak-anaknya… Ada ibu, bapa yang meninggalkan anak-anaknya untuk dijaga orang lain…
Boleh Ke Terasa?
Boleh atau tidak kita terasa hati dengan org tua kita disebabkan hal-hal yang tertentu atau hal-hal seperti yang dinyatakan di atas?
Kalau baik kefahaman agama kita, maka kita akan melihat kapada gambaran yang lebih besar… Apa matlamat hidup kita? Nak redha Allah SWT… Tapi dapatkah redha Allah jika ibu, bapa tidak meredhai kita?
Keredhaan Allah bergantung kapada keredhaan ibu, bapa kita… Murka Allah bergantung kepada murka ibu, bapa kita…
Jadi, untuk terasa hati dengan org tua itu, atas apa yang dilakukan mereka itu bagi saya, jangan smpai dizahirkan rasa itu dalam bentuk perbuatan atau percakapan….
Biar kita saja rasa sorang-sorang perasaan itu, pendam sorang diri dan dalam masa yang sama didik hati untuk terima dengan berlapang dada, dengan terbuka dan bersangka baik yang mana, mungkin ada sebab yang baik-baik kenapa mereka berbuat sedemikian…
Kita anak, tempat kita sentiasa di kedudukan anak…tanpa mereka, kita tak akan dapat lihat dunia… Maka lihatlah gambaran yang lebih besar sebelum kita ada rasa yang bukan-bukan kepada orang tua kita…
Tiada mereka, tiadalah kita…
MW: Jika terasa hati, pendam sendiri jangan luahkan bimbang orang tua berkecil hati. Insyallah Allah bersama anak-anak yang bersabar.
Susah sangat kah nak layankan emosi keinginan seorang isteri? Bukan dia minta macam-macam pun.. cuma nak ambil gambar bersama suami tercinta saja. Lagipun, dengan cara inilah isteri akan rasa lebih bahagia dan dihargai suami.
Sebab itulah, kalau isteri Akhtar Syamir (BroOhsem) ini minta ambil gambar berdua dengannya, dia tak menolak. Diturutkan saja, asalkan isteri rasa tenang. Bila isteri tenang, hatinya senang. Nanti suami pun akan rasa bahagia sama.
Catatan suami ini ringkas saja, tapi ‘deep’ maksudnya. Bagus cara suami ini melayan emosi isterinya, Nora Azni. Jangan pula sebab nak bergambar isteri dicop mengada. Sedih sangat bunyinya tu.
Layankan Lah Kalau Isteri Nak Ambil Gambar Bersama
Kepada suami semua. Kalau isteri nak ambil gambar bersama tu layankan la. Bukannya selalu. Tak rugi pape pun.
Ini tidak, ada yang sampai nak bergaduh bila nak bergambar. Lepas tu kalau bergambar pun payahnya la nak senyum. Nak pegang lengan pun tak bagi. Inikan pula nak pegang tangan.
Kesian la kat isteri tu. Dia happy dengan kita. Dia nak abadikan waktu indah tu dengan kita. Kenapa susah sangat nak layankan keinginan dia tu? Bukan kena keluar duit bagai.
Naluri isteri ingin saat yang bahagia diingati. Bila tengok kawan – kawan bergambar ceria, sweet, cantik bersama sang suami, saya yakin fikiran isteri terus bayangkan suami dengan diri dia dalam situasi yang sama.
Sekeping Gambar Yang Boleh Menceriakan Hati Isteri
Bukan untuk menunjuk – nunjuk keluarga bahagia ke apa. Gambar bersama pasangan dan keluarga adalah satu benda yang positif. Satu gambar yang cantik boleh menceriakan hati isteri kita untuk jangka masa yang lama. Isteri yang ceria akan menjadikan keluarga yang ceria. Lagipun, berkongsi sesuatu yang positif jarang sekali akan mendatangkan kemudharatan.
Kongsilah kebahagiaan dengan semua orang asalkan dengan cara yang tidak melampau, In Shaa Allah ia akan mendatangkan kebaikan buat semua.
Suami semua, senyumlah, peganglah erat isterimu. Ceriakan wajahmu. Demi si dia. Yang mencintaimu selamanya.
Yang mana belum berpunya pula, janganlah jadikan ianya satu perkara yang negatif, cuba ambil yang positif dan tanamkan dalam hati yang suatu hari nanti, aku juga akan sebahagia ini. Be strong ok?
Apa kata korang semua kongsi gambar sweet muweet dengan pasangan korang kat komen. Kita sama – sama kongsi kebahagiaan kita.
Adat dalam berumahtangga ada pasang surutnya. Adakala bahagia mewangi dan ada ketika ditimpa taufan yang mendatang.Ia mengikut kebijaksanaan suami isteri dalam mengemudi rumahtangga yang dibina. Jika dilihat orang dulu-dulu, zaman nenek moyang kita ramai yang mempunyai ikatan perkahwinan yang bahagia dan berkekalan hingga ke hujung usia. Padahal takde pun zaman suai kenal dan bercinta-cinta, kebanyakannya berkahwin atas pemilihan keluarga.
Sebenarnya, ini antara amalan dan petua kebahagiaan rumahtangga yang diamalkan oleh orang dulu-dulu agar hubungan yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.
1. Tidur Sekatil
Suami isteri kena tidur sekatil tak kiralah apa juga alasan, walaupun tengah bergaduh dan sedang merajuk. Jangan biasakan diri berpisah tempat tidur dengan pasangan, sorang dalam bilik sorang diruang tamu atau seorang atas katil sorang tidur di lantai. secara logiknya, tidur merupakan keadaan pasangan dapat berhampiran diantara satu sama lain, berpelukan mahupun pegang tangan sebelum tidur pun, sudah mampu cetus rasa bahagia dalam diri sekaligus mengeratkan hubungan.
2.Gaduh Jangan Lebih 3 hari
Macam dalam lagu Allahyarham P. Ramlee tu “Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri’. Selisih faham, bergaduh dan merajuk adat dalam rumahtangga. Tapi perlu ingat bagi suami isteri sebaiknya, selesai urusan ‘pergaduhan’ ini secepatnya, elakkan ia berpanjangan dan tidak lebih daripada 3 hari. Perselisihan yang panjang boleh mengakibatkan pelbagai konflik lain yang timbul. Berfikiran bukan-bukan dan syak wasangka pada pasangan.
3.Peluk Cium Pasangan Sebelum Berpisah
Ini antara salah satu rahsia kebahagiaan rumah tangga. Magis kuasa pelukan dan ciuman pada pasangan mampu merembeskan hormon oxytocin yang memberikan rasa tenang dan bahagia malah meningkatkan kepercayaan dalam diri. Jadikan amalan, sebelum berpisah baik ke tempat kerja atau kemana-mana, biasakan salam, peluk dan cium pasangan dahulu. Percaya lah ia mampu ‘mengikat hati’ pasangan walaupun dimana dia berada. Tanpa perlu rasa ragu.
4.Temankan Suami Makan
Temankan suami makan adalah suatu perkara yang simple tapi beri makna yang besar buat pasangan.Jaga perut suami bukan sekadar memasak dan sediakan makanan untuk suami malah turut temankannya ketika makan. Jika perasan nenek mahupun mak kita dulu, walaupun tak nak makan tetap temankan suami makan, cedukkan nasi, lauk mahupun sekadar teman berborak ketika makan.Ia mampu mencetuskan rasa prihatin dan ambil berat seorang isteri pada suami.
5. Lakukan Amal Ibadat Bersama-sama
Si suami perlu luangkan masa mengimamkan solat fardhu di rumah bersama-sama dengan isteri. Lakukan sekurang-kurangnya solat Maghrib atau Subuh secara berjemaah. Ini akan menambahkan keredhaan Allah di dalam kehidupan. Apabila kesemua perkara ini dilakukan, insya-Allah kehidupan kedua-dua suami isteri akan bahagian dan diredhai oleh Allah.
Semoga bermanfaat, sama-sama kita amalkan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Dua beranak yang menjadi mangsa kes bunuh dua beranak di Kampung Sekolah Juru disahkan maut akibat luka parah di leher ditetak senjata tajam jenis pisau pemotong daging. Polis masih menyiasat motif kejadian tragis ini.