Mingguan Wanita kini berada di dalam aplikasi   
Mingguan Wanita kini berada di dalam aplikasi   
Home "SUAMI HUTANG ISTERI, JANGAN TAK BAYAR!"

“SUAMI HUTANG ISTERI, JANGAN TAK BAYAR!”

Bila melibatkan pinjam duit, berhutang menjadi tanggungjawab untuk membayarnya semula. Tak kiralah siapa pun, hatta isteri atau suami sendiri. Namun selalu yang terjadi dalam rumahtangga bila meminjam duit isteri atau suami, payah nak bayar.Lebih-lebih lagi bila isteri jenis ‘berduit’ ada pendapatan sendiri.Buat senyap je macam takde apa-apa, atas alasan dah berkahwin susah senang bersama.
Hutang duit hantaran, pinjam duit isteri bayar deposit kereta, pinjam duit isteri buat modal bisnes, pinjam duit isteri bayar segala bil, barang dapur, susu anak, pinjam beli basikal, sport rim baru. Macam-macam lagi.

Bukan apa waktu sayang, masih dalam ikatan perkahwinan biasanya isteri memang boleh ‘pejam mata’, tahankan hati bab hutang ni. Tapi macam mana pula jika ditakdirkan berpisah? Macam mana nak tuntut hutang-hutang ni dari bekas suami?
Boleh ke buat akad perjanjian hutang siap-siap masa kahwin?

Dengarkan penjelasan, nasihat dan pandangan daripada Peguam Syarie, Tuan Khairul Fahmi Bin Ramli, Peguam Syarie, Khairul Fahmi & Associates, Timb S/U Persatuan Peguam Syarie Malaysia Kedah (PGSM Kedah) dalam Meja Syariah LIVE, berkaitan topik “Suami Hutang Isteri, Jangan Tak Bayar!”.



Video Berkaitan