SWX – Seteguh Kasih Ibu EP1
“Ibu-ibu tak harus mengalah dengan ujian. Bersedih itu pasti namun jangan sesekali menyalahkan takdir yang tertulis. Sepanjang 6 tahun anak dalam penjara, ulang alik melawatnya banyak saya bantu ibu-ibu yang telah buntu.
“Saya bersyukur atas ujian yang berlaku, seorang ibu tak harus meninggalkan anak sendirian. Sebaliknya terus melindungi dan berusaha memberi mereka harapan kerana setiap manusia itu akan berubah mengikut kadarnya.
Sempena Hari Ibu, ikuti perkongsian istimewa dibawakan oleh LPPKN bersama peguam viral, Puan Azlina Abdul Aziz yang dahulunya hanya suri rumah tanpa SPM kini bergelar peguam jenayah selepas anaknya ditahan atas kesalahan jenayah.
Juga bersama kaunselor berpengalaman luas, Ibu Rose Dr. Rozieta Shaary yang mengingatkan ibu bapa jangan berputus asa dengan takdir tatkala diuji.
#lppkn
#kasihkeluarga
#seteguhKASIHibu
