“Kena Dera Tak Apa, Asalkan Jangan Curang” | Sembang Wanita
“Sepanjang mengendalikan kes2 wanita yang dirujuk kepada saya, ada wanita sanggup tunggu dalam rumahtangga walau jadi mangsa keganasan rumah tangga. Ada kes dirujuk kepada saya, malam kena pukul dengan teruk, esok lusa diberi hadiah barang kemas dan isteri kembali senyum. Bila suami minta maaf, terus lupakan semuanya.”
“Ada banyak isteri begini. Alasan mereka nak beri suami peluang. Sebab masih sayang dan sebagainya tanpa sedar badan sakit, hati sakit kena dera, kena pukul. Alasan isteri kena pukul tak apa, asal suami jangan curang.”
“Nasihat saya, kalau didera dalam rumahtangga, jangan fikir soal sayang lagi sebaliknya fikirlah tentang anak-anak yang membesar dalam rumahtangga. Mereka alami trauma dan emosi teruk. Malah ada kes anak menjerit kuat bila lihat ibunya selalu kena pukul. Bangkitlah dan jangan terfikir rumahtangga semuanya indah kerana memang ada isteri didera oleh suami yang psiko.”
Ikuti podcast Sembang Wanita Xtra bersama Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Puan Suzana Ghazali.