Mingguan Wanita kini berada di dalam aplikasi   
Mingguan Wanita kini berada di dalam aplikasi   
Home Wanita Mantap #SisBoleh Pandu Grab

Wanita Mantap #SisBoleh Pandu Grab

SEKARANG BUKAN ZAMAN BERGANTUNG HARAP DUIT SUAMI.. Kita tak tahu nasib kita setelah suami meninggal dunia atau diambil orang. Hanya yang berjiwa kental mampu harungi turun naik kehidupan. Bekerja atau berniagalah asalkan dapat jana pendapatan dengan mengambil peluang perkembangan dunia digital sekarang. Perkembangan pesat ekonomi gig kini membuka peluang wanita bekerja mengikut kesesuaian masa dan keselesaan tanpa terikat dengan majikan adalah sesuatu yang wajar diteroka. Bagi wanita yang inginkan pekerjaan seumpama ini, mungkin boleh pertimbangkan bekerja sambilan sebagai pemandu e-hailing. Tetapi selamatkah jadi pemandu wanita dalam industri e-hailing? Ramai juga yang bimbang kan? Macam-macam jenis manusia bakal ditemui. Bagi menjawab persoalan ini, saksikan perkongsian menarik Naomi Say dari Grab Malaysia bersama puan Azlina, ibu tunggal yang menjadi pemandu Grab sepenuh masa.

#sembangwanita
#grab
#sisboleh



Video Berkaitan