Kematian Dicemburui, Arwah Hajah Fazita Satu-Satunya Jenazah Disolatkan Di Masjid Nabawi dan Dikebumikan di Baqi
#mingguanwanita Tular tentang kematiannya yang dicemburui, arwah Fazita Khalid satu-satunya jenazah yang disolatkan di Masjid Nabawi & dikebumikan di perkuburan Baqi. Betapa beruntungnya insan ini, Allah memuliakan saat kematiannya dan dapat pergi dalam keadaan yang cukup khusnul khatimah.
Tidak hanya meninggal di bulan Ramadan namun dalam lautan jutaan jemaah bersolat di Masjid Nabawi, hanya dirinya satu-satunya jenazah disolatkan ketika itu. Allahu.
Menurut perkongsian kakaknya, Rosita Khalid, arwah juga merupakan seorang pencinta haiwan. Sentiasa memberi makanan pada anjing liar sehinggakan anjing di kawasan itu mula mengenali dan menjadi mesra dengan dirinya 🥺
Semoga kita semua juga dapat diberikan peluang untuk dimuliakan ketika pengakhiran waktu kita tiba.#temansetiapwanita
