Ustazah Marhamah Rosli pencetus #justice for zara qairina dilantik Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama. Rombakan kabinet dari Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi menyaksikan Ustazah Marhamah Rosli yang mencetuskan gelombang #justiceforzara dilantik sebagai Timbalan Menteri Agama bergandingan bersama Menteri, Dr Zulkifli Hassan.
Banyak berkongsi update terkini tentang inkues kematian pelajar tingkatan satu itu, Zara Qairina atas nasihat peguam, lantikannya sudah pasti membawa sinar baru dalam dakwah kerana beliau sebelum ini merupakan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Bayu Raudhah Sabah.
Ads
Masa yang sama, Ustazah Marhamah Rosli merupakan penceramah bebas dengan Tauliah Mengajar Agama dan Al-Quran Negeri Sabah. Beliau juga merupakan penceramah tetap seminar motivasi Al-Quran SOUL TO SOUL selain Pengasas Jenama Soul to Soul & Mahabbah Muslimah. Keterlibatannya dalam badan kebajikan menyaksikan dirinya merupakan pengasas sekolah anak-anak asnaf – Pusat Pendidikan Bayu Raudhah Sabah.
Ads
Pernah dianugerahkan Wanita Inspirasi 2024, Ustazah Marhamah yang merupakan pemegang Ijazah Undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) juga pernah menerima Anugerah Pembangunan Modal Insan 2024 selain terpilih Ikon Wanita Motivasi & Inspirasi 2023 (Daerah Tawau).
Ads
Dalam hantaran pagi tadi di facebooknya, Ustazah Marhamah berkongsi tentang ujian kesabaran.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ibu dan anak rentung dalam kebakaran rumah, terperangkap di ruang tamu berhampiran pintu keluar. Tidak pernah terlewat sesaat dan tidak pernah tercepat walau sedetik. Ajal akan tiba pada waktunya suatu ketetapan yang telah tertulis sejak azali buat semua hambaNya.
Satu tragedi kebakaran di Taman Rathna, Butterworth pagi Rabu semalam cukup menyayat hati bila mana seorang ibu ditemui rentung bersama anak angkatnya berusia sekitar 4-5 tahun. Lebih menyedihkan, kedua-duanya ditemui di ruang tamu rumah berhampiran pintu keluar dalam rumah yang hampir terbakar keseluruhannya.
Arwah dikenali sebagai Hayani Yaakob, berusia lingkungan 50-an serta anak angkatnya Andra ditemui di ruang tamu rumah mereka pada jam 10.59 pagi oleh pasukan bomba yang sedang menjalankan operasi pemadaman.
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Mohamad Shoki Hamzah, kejadian yang dilaporkan pada jam 9.41 pagi itu melibatkan sebuah rumah berkembar kelas A dengan anggaran kemusnahan sekitar 85 peratus.
Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Butterworth bersama bantuan BBP Penanti, Bandar Perda dan Kepala Batas tiba di lokasi pada jam 10.06 pagi sebelum melaksanakan operasi penyelamatan dan pemadaman secara ofensif serta defensif.
Seorang lagi mangsa, dipercayai anak kandung wanita berkenaan berusia lingkungan 20-an, berjaya diselamatkan walaupun cedera selepas ditemukan berhampiran pintu dapur pada jam 10.21 pagi.
Kebakaran berjaya dikawal pada jam 10.15 pagi dan dipadamkan sepenuhnya pada jam 11.21 pagi. Seramai 20 anggota dengan empat jentera termasuk FRT dan EMRS terlibat dalam operasi tersebut. Punca kebakaran masih dalam siasatan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Seorang lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada Khamis bagi menjawab pertuduhan membunuh isterinya dalam kejadian yang berlaku pada 8 Disember lalu.
Tertuduh, Khairul Rizuan Abdullah, 28, dilihat hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit. Tiada pengakuan direkodkan memandangkan kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Berdasarkan pertuduhan, Khairul Rizuan didakwa menyebabkan kematian isterinya, Wan Khairul Safinah Ishak, 44, di sebuah flat di Jalan Tuna, Seberang Jaya, sekitar jam 4 petang pada 8 Disember lalu.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun serta tidak kurang daripada 12 sebatan sekiranya disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Anis Suhada Rosli, manakala tertuduh tidak diwakili oleh peguam. Mahkamah turut memutuskan supaya tertuduh tidak ditawarkan sebarang jaminan.
Mahkamah kemudian menetapkan 10 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi menunggu laporan kimia serta laporan bedah siasat.
Sebelum prosiding bermula, tertuduh yang mengenakan baju berwarna kelabu tiba di perkarangan mahkamah kira-kira jam 8.50 pagi dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda dan diiringi anggota polis.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan bahawa seorang lelaki dipercayai menyimpan mayat isterinya selama empat hari selepas wanita tersebut dibunuh di kediaman mereka di Jalan Tuna.
Kes berkenaan terbongkar selepas suspek sendiri membuat laporan polis mengenai kejadian itu pada pagi 11 Disember lalu. Susulan laporan berkenaan, pemeriksaan polis membawa kepada penemuan mayat mangsa di dalam sebuah bilik di bahagian belakang rumah tersebut.
Hasil siasatan awal mendapati wanita berusia 44 tahun itu mengalami kesan kelar di bahagian leher yang dipercayai dilakukan menggunakan senjata tajam.
Difahamkan, suspek mempunyai beberapa rekod jenayah lampau termasuk berkaitan kesalahan dadah. Mangsa pula dilaporkan telah mendirikan rumah tangga dengan tertuduh sejak dua tahun lalu, yang merupakan perkahwinan ketiganya.
Siasatan lanjut mendapati tindakan suspek dipercayai didorong oleh perasaan cemburu.
Kes ini kini mendapat perhatian meluas memandangkan suspek didakwa menyimpan mayat isterinya di dalam rumah selama empat hari sebelum melaporkan insiden itu kepada polis. Tindakan tersebut menimbulkan pelbagai persoalan yang sedang diperhalusi oleh pasukan siasatan, termasuk keadaan mental suspek serta bukti forensik yang ditemui di lokasi kejadian.
Pihak berkuasa turut mengumpulkan sampel DNA, rakaman saksi dan hasil pemeriksaan senjata tajam yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut. Laporan kimia dan bedah siasat memainkan peranan penting dalam menentukan urutan masa kejadian selain membantu merungkai punca sebenar kematian mangsa.
Kes ini turut membuka semula perbincangan mengenai isu keganasan rumah tangga yang semakin membimbangkan di negara ini. Ramai pihak menyuarakan kebimbangan mengenai tahap keselamatan wanita serta keperluan masyarakat lebih peka terhadap tanda-tanda awal konflik rumah tangga yang boleh membawa kepada tragedi.
Pakar psikologi berpendapat bahawa kes melibatkan cemburu dan tekanan emosi seperti kes ini memerlukan perhatian lebih serius, selain sokongan masyarakat dalam memberikan ruang kepada mangsa potensi mendapatkan bantuan.
Suspek kini ditahan tanpa jaminan sehingga laporan siasatan lengkap diperoleh. Selepas dokumen penting seperti laporan kimia, forensik dan bedah siasat diserahkan, kes ini akan disebut semula pada 10 Februari sebelum dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan penuh.
Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi liar yang boleh mengganggu proses siasatan, sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan.
Seorang lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh isteri yang berlaku di sebuah flat di Jalan Tuna, Seberang Jaya, Pulau Pinang pada Khamis.
Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret J Savinder Singh di Mahkamah Majistret di sini bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, suspek berusia 28 tahun itu tiba di Mahkamah Majistret kira-kira jam 8.45 pagi dengan berpakaian lokap polis dan diiringi anggota keselamatan.
Kehadiran suspek menarik perhatian orang awam yang berada di perkarangan mahkamah, namun lelaki itu kelihatan tenang ketika dibawa masuk ke kamar mahkamah.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan bahawa suspek dipercayai telah menyimpan mayat isterinya selama empat hari selepas wanita berkenaan dibunuh di kediaman mereka di Jalan Tuna.
Kes bunuh isteri Seberang Jaya ini terbongkar selepas suspek sendiri tampil membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan pada pagi Khamis, sebelum membawa kepada penemuan mayat mangsa di dalam rumah mereka.
Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah pangsapuri di tingkat dua di kawasan berkenaan yang didiami pasangan tersebut.
Pemeriksaan awal mendapati tiada kesan pecah masuk ditemui di lokasi kejadian, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai punca serta motif sebenar pembunuhan tersebut.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, hasil pemeriksaan mendapati mayat wanita berusia 44 tahun itu ditemui dalam keadaan terlentang di atas tilam di salah sebuah bilik, dengan berpakaian lengkap.
Menurutnya, mangsa dipercayai telah meninggal dunia sejak beberapa hari sebelum ditemui berdasarkan keadaan fizikal mayat.
Beliau berkata, pasukan forensik telah mengambil beberapa sampel di lokasi kejadian termasuk menjumpai pisau yang dipercayai digunakan suspek untuk membunuh isterinya.
Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Seberang Jaya (HSJ) bagi menjalani proses bedah siasat untuk mengenal pasti punca sebenar kematian.
Menurut Helmi, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti motif serta punca sebenar kejadian berlaku, termasuk latar belakang hubungan rumah tangga pasangan tersebut.
Dalam masa sama, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis berhubung kes bunuh isteri Seberang Jaya ini.
Polis turut meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu supaya tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Kes ini terus mendapat perhatian masyarakat setempat memandangkan tindakan suspek yang dipercayai menyimpan mayat isterinya selama beberapa hari sebelum membuat laporan polis.
Ibu didapati bersalah amang seksual anak kandung sendiri. Seorang ibu yang sepatutnya menjadi pelindung kepada anak-anak bertukar sikap sebaliknya apabila melakukan perbuatan di luar...