Ustazah Asni Mansor Pilih Lelaki Palestin Jadi Teman Hidup

Pendakwah terkenal, Ustazah Asni Mansor berkongsi khabar gembira apabila mengumumkan dirinya kini sudah kembali bergelar isteri.

Perkhabaran itu disampaikan menerusi satu hantaran di Instagram miliknya, di mana beliau memaklumkan telah bernikah dengan Mounir Abdul Kareem Kaddoura, lelaki berketurunan Palestin yang juga merupakan warganegara Amerika Syarikat.

Ustazah Asni Mansor Kembali Bergelar Isteri, Pilih Lelaki Palestin Jadi Teman Hidup

“Ada ketentuan yang tertulis dan takdir terlukis. Sakinah, mawaddah wa rahmah.

“Secara rasmi saya zaujah Mr. Mounir Abdul Kareem Kaddoura. Terima kasih atas doa yang baik-baik,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Majlis Nikah Ustazah Asni Mansor Dan Suami

Dalam perkongsian itu, Ustazah Asni Mansor turut memuat naik video pendek yang memperlihatkan beberapa keping gambar bersama suami tercinta. Antara yang menarik perhatian, pasangan ini tampil sedondon dalam persalinan biru turquoise, dalam suasana majlis yang sederhana tetapi penuh bermakna.

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Asni Mansor (@asnimansor)

Ibu kepada empat orang anak itu menzahirkan rasa syukur atas perjalanan baharu yang dimulakan dan berharap agar rumah tangganya sentiasa berada di bawah rahmat dan perlindungan Allah SWT.

Latar Belakang Dan Kerjaya Dakwah Ustazah Asni Mansor

Untuk rekod, Ustazah Asni Mansor yang berasal dari Gemas, Negeri Sembilan, dikenali ramai sebagai salah seorang pendakwah wanita berpengaruh di Malaysia. Beliau aktif menyampaikan kuliah agama di televisyen dan media sosial, selain sering dijemput mengisi ceramah serta program keagamaan di pelbagai lokasi di seluruh negara.

Ads

Ustazah Asni Mansor Kembali Bergelar Isteri, Pilih Lelaki Palestin Jadi Teman Hidup Ustazah Asni Mansor Kembali Bergelar Isteri, Pilih Lelaki Palestin Jadi Teman Hidup

Ucapan Tahniah Dan Doa Netizen

Perkahwinan beliau dengan Mounir Abdul Kareem Kaddoura turut mendapat perhatian warga maya yang mengucapkan tahniah serta mendoakan agar pasangan ini dikurniakan kebahagiaan dan keberkatan dalam perkahwinan.

Rata-rata netizen menulis komen positif seperti, “Semoga kekal hingga ke Jannah,” dan “Bahagia selalu Ustazah Asni Mansor dan suami.” Ada juga yang menjadikan kisah ini inspirasi bahawa jodoh adalah ketentuan Allah, hadir tepat pada waktunya.

Ads

Ustazah Asni Mansor menutup perkongsian dengan doa agar rumah tangganya menjadi sakinah, mawaddah wa rahmah, penuh kasih sayang dan diredai Ilahi.

Sumber: Instagram Ustazah Asni Mansor

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI