Rata-rata ketua keluarga yang kehilangan kerja kesan Covid-19 memilih untuk menjadi penghantar makanan sebagai kerja sampingan. Bukan mudah tanggungjawab seorang bapa, apatah lagi lagi mempunyai anak dan isteri yang harus diberi makan.
Setiap orang terasa kesan Covid-19 sama ada sedikit atau banyak. Masing-masing punya cara sendiri untuk keluar daripada masalah, paling penting tidak mencipta alasan untuk berusaha.
Seperti mana pendakwah bebas, Mohamed Hanafiah Abdul Malek, tidak menjadikan keadaan kesihatannya sebagai penyebab untuk dia berhenti berusaha mencari rezeki.
Ketika banyak aktiviti ceramah terpaksa dihentikan semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, dia yang dikenali ramai sebagai Ustaz Hanafi, memilih untuk bekerja sebagai penghantar makanan.
“Memang saya mencari pendapatan dengan mengambil upah membuat penghantaran makanan bagi pihak restoran untuk mencari pendapatan.
“Selain itu, saya ingin menyampaikan mesej kepada penghidap kanser lain supaya tidak berputus asa dan jangan duduk diam, sebaliknya lakukanlah perkara kita suka di dalam hidup tanpa mengeluh nasib menimpa,” kata pendakwah terkenal, Mohamed Hanafiah Abdul Malek.
Giat Menjadi Penghantar Makanan Sejak PKP
Lebih mesra disapa Ustaz Hanafi, beliau kini giat bekerja sebagai penghantar makanan dari restoran milik kenalannya ke rumah pelanggan di sekitar ibu negara sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan Mac lalu.
Katanya, secara kebetulan, semua aktiviti ceramah dan program motivasi kendaliannya terpaksa dihentikan sepanjang PKP dan dia terfikir untuk melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan rezeki buat dirinya dan keluarga.
Ads
“Saya mendapat tawaran daripada rakan yang ada restoran, mereka minta saya hantarkan makanan. Jadi saya pusinglah satu Kuala Lumpur. Setiap hari kawasan saya ialah antara Gombak ke sekitar Kuala Lumpur.
“Alhamdulillah, dapat cari duit dengan motosikal masih lagi ada komitmen bulanan,” katanya lagi.
Biar Pun Menghidap Kanser, Tak Halang Tugas Penghantar Makanan
Beliau yang disahkan menghidap kanser limfoma sejak tiga tahun lalu berkata, keadaan kesihatannya ketika ini semakin pulih dan masih mendapatkan rawatan setiap tiga bulan serta berjumpa pakar.
“Jadi, mesej saya kepada mereka yang menghidap kanser, teruskanlah kehidupan dan jangan putus asa. Macam saya, memang minat dengan motosikal, jadi saya guna motosikal saya untuk tolong kawan berniaga.
“Itu pun tak selalu saya buat, tapi saya pernah dapat sehari RM100. Sepanjang Ramadan lalu, saya dan rakan banyak buat kerja amal bantu orang buta.
“Sejak itu saya rasa nak teruskan buat kerja amal, sambil tolong kawan berniaga,” katanya yang juga tetamu rancangan agama, Tanyalah Ustaz.
Ads
Diminta Untuk Menjadi Penghantar Makanan
Beberapa hari lalu, tular di media sosial gambarnya sedang menggalas beg makanan untuk dihantar kepada pelanggan di Bukit Tunku.
Ustaz Hanafi berkata, dia diminta oleh pemilik kedai untuk menghantar pesanan menggunakan beg berkenaan tengah hari ini kerana jumlah tempahan yang lebih banyak daripada biasa.
“Pemilik kedai ambil gambar. Ramai yang bertanya, betulkah saya jadi penghantar makanan, dan saya jawab ya, itu memang saya,” katanya yang terbabit dengan program dakwah bersama Jabatan Kemajuan islam Malaysia (Jakim) bermula minggu depan.
MW: Penyakit bukanlah alasan untuk berusaha untuk mencari rezeki. Lakukan apa saja pekerjaan yang mampu memberi kita rezeki yang halal. Paling penting halal. Semoga Ustaz Hanafi dikurniakan kesihatan yang baik dan dipelihara Allah selalu.
Bagi penumpang berketinggian normal, menaiki kapal terbang mungkin pengalaman yang selalu dilalui. Namun bagi wanita paling tinggi di dunia, Rumeysa Gelgi akhirnya merasai berada di dalam pesawat komersial buat kali pertama dalam hidupnya baru-baru ini. Bagaimanapun, dia yang setinggi 215.16 sentimeter (cm) terpaksa berbaring di dalam pesawat itu.
6 Tempat Duduk
Syarikat penerbangan Turkish Airlines mengeluarkan enam tempat duduk untuk memberi ruang kepadanya dan digantikan dengan tempat yang membolehkannya untuk baring.
Menurut catatan Instagramnya, dia mengharungi penerbangan selama 13 jam dari Istanbul di Turkiye ke San Francisco, Amerika Syarikat (AS).
Menurut Guinness World Records, dia berdiri pada ketinggian 215.16 cm dan dinamakan sebagai wanita paling tinggi di dunia awal tahun ini.Dia juga mempunyai jari terpanjang dan tangan terpanjang.
Pada kebiasaannya, Gelgi bersiar-siar di atas kerusi roda atau dengan menggunakan alat bantuan pejalan kaki.Badannya yang besar itu disebabkan oleh sindrom Weaver.
Tak Pernah Menaiki Kapal Terbang
Gelgi, 24, tidak pernah menaiki kapal terbang sebelum ini kerana dia terlalu tinggi untuk duduk di dalam syarikat penerbangan biasa.
Bagaimanapun, dia kini boleh melancong ke luar negara dan terbang ke San Francisco berkat kesediaan syarikat penerbangan Turkish mengubah suai tempat duduk bagi membolehkan Gelgi terbang dengan selesa.
Ketika memuatkan kandungan di Instagram, setelah mendarat di California, Gelgi menyatakan bahawa ia merupakan penerbangan yang sempurna.
Penerbangan itu juga adalah yang pertama dengan pesawat tetapi pastinya ia bukan yang terakhir, katanya. Dia mengucapkan terima kasih kepada setiap orang yang telah menjadi sebahagian daripada penerbangannya itu.
Mingguan Wanita: Sukar juga jadi orang tinggi. Naik kapal terbang pun susah, sehingga terpaksa berbaring guna enam tempat duduk.Apa pun tahniah buat wanita ini, akhirnya berjaya juga menaiki pesawat buat pertama kalinya dalam hidup.
Kuih siput, mungkin boleh menjadi salah satu kudapan untuk hari raya nanti. Tapi tak perlu tunggu raya pun, bila-bila masa pun boleh. Sebab boleh dikatakan kuih lejen juga.
Memandangkan hari raya, rata-rata akan hidangkan biskut raya. Apa kata, untuk mak-mak selitkan kudapan lain supaya tidaklah bosan dengan hidangan yang lebih kurang sama semuanya.
Salah satu yang boleh mak-mak sediakan tentulah kuih siput, salah satu kudapan yang boleh buat kita ‘ralit’ bila mengunyahnya.
Nak buat pun tak adalah susah sangat dan inilah perkongsian daripada Rosni Musa, resipi kuih siput yang dia sendiri buat jualan.
Memang betul, kuih siput ini saya buat untuk jualan. Tapi tak salah nak kongsi resipi yang ada. Moga ia memberi manfaat buat semua.
Bahan-bahannya:
1kg tepung gandum
200ml @ 1 kotak kecil santan
1 ketul kiub pati ikan bilis
170gm @ 6 sudu makan marjerin
2 paket rempah kari ikan/daging @ 3 sudu besar.
1 sudu garam
2 sudu makan gula halus
250ml air
* Boleh jugak letak sebiji telur.
3. Panaskan marjerin
4. Masukkan tepung ke dalam mangkuk besar. Masukkan garam
5. Masukkan juga gula halus.
6. Masukkan rempah kari.
7. Hancurkan kiub bilis & letak dalam adunan.
8. Gaul bagi sebati.
9. Buatkan lubang tengah. Curahkan marjerin yang telah dicairkan.
10. Gaul lagi sampai jadi serbuk roti.
11. Kemudian masukkan santan & air. Ikut sukatan, santan & air ni memang cukup-cukup untuk 1 kg tepung.
12. Uli sehingga doh tak lekat di tangan.
13. Sediakan acuan kuih siput. Ambil secubit doh.
14. Gentelkan ke atas acuan.
15. Buat sampai habis.
16. Panaskan minyak. Goreng kuih siput yang telah siap digentel.
17. Masukkan daun kari.
18. Goreng dengan menggunakan api sederhana perlahan sampai bertukar warna keperangan. Agak-agak dah ringan boleh di angkat. Masa ni kacau sentiasa agar kuih siput masak sekata.
19. Bila dah garing & toskan.
Mingguan Wanita : Biasalah kalau nak buat ambil masa. Tapi bila dah makan, sekejap saja. Ralit bila mengunyah.
Menerusi perkongsian di Instagram, pelantun lagu Awan Nano, Hafiz Suip memohon maaf kerana dikatakan takut akan azab Allah apabila meninggal dunia.
Hafiz Suip Mohon Maaf Sekiranya Lakukan Kesilapan
Dek kerana itu juga, Hafiz tampil membuat permohonan maaf secara terbuka sekiranya telah melakukan kesilapan kepada mana-mana pihak sebelum ini.
“Saya memohon maaf atas apa yang telah dilakukan kepada korang semua. Jika ada saya buat kecil hati, tersalah cakap dan sebagainya mahupun yang ada dendam tersimpan selama ini, maafkan saya.
“Ini bukan cerita sedih atau dongeng, tapi hakikatnya saya takut azab Allah yang mana satu hari apabila mati, saya akan dihisab,” tulisnya.
Doakan Yang Baik
Selebriti kelahiran Kuching, Sarawak telah mendirikan rumah tangga bersama Nureffy Jasreel Abdullah pada 14 Mei 2016. Dan mereka kini dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki, Muhammad Riyadh Zafri, 4 dan Muhammad Alkaf Zayne berusia setahun ini juga turut meminta warganet mendoakan yang baik-baik buat dirinya.
“Saya tak adalah minta lebih, cuma doakan yang baik dan minta kalian bermodalkan lima minit sahaja. Ada masalah, dua rakaat minta dengan Allah itu sahaja.
“Jangan harapkan makhluk, maksudnya jangan harapkan diri kita sekalipun kerana yang menggerakkan kita adalah DIA juga. InsyaAllah hati tenang pasti jumpa solusi,” sambungnya lagi.
Segeralah Ingati Yang Maha Esa
Hafiz juga menasihati agar mengingati kepada yang Maha Esa. Juara Akademi Fantasia musim ketujuh ini juga turut meminjam tagline Dr Sam.
“”Dr Sam tu sempoi rindu saya orang nya, “Dua Rakaat Settle All Masalah” izinkan saya tuan guna tagline,” akhiri Hafiz yang turut berpesan agar sentiasalah mengingati Allah dan solat serta berdoalah apabila berhadapan dengan masalah.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...