Di usia lima tahun, Maleeq Dragster atau nama penuhnya Wan Ayden Maleeq Wan Muhd. Muzri telah mencipta sejarah gemilang sebagai jaguh pushbike yang mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.
Prestasi luar biasa kanak-kanak ini telah diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) apabila dinobatkan sebagai juara terbanyak kejohanan pushbike kanak-kanak di luar negara dalam tempoh setahun.
Dengan 14 kejuaraan hebat dalam genggaman, termasuk gelaran juara dunia kategori lima tahun di RCS Championship, Tokyo, Jepun, Maleeq membuktikan bahawa usia muda bukan penghalang untuk mencipta nama besar.
Inspirasi dari Keluarga
Bapanya, Datuk Seri Wan Muhd. Muzri, menyifatkan kejayaan ini sebagai bukti potensi sukan pushbike dalam membentuk generasi muda yang tangkas dan berdaya saing.
Ads
Ads
Ads
“Sebagai ibu bapa, kami berbangga dengan Maleeq. Dia juga memberi inspirasi kepada adik-beradik serta rakan-rakan seperjuangan untuk lebih berdaya saing. Semoga ini menjadi pemangkin untuk melahirkan seorang ahli sukan negara yang berjaya pada masa hadapan.
“Maleeq bukan sahaja mencipta rekod baru untuk Malaysia, malah mengangkat martabat sukan pushbike tempatan ke peringkat lebih tinggi agar setanding dengan sukan kanak-kanak lain di dunia. Semoga dia terus mengekalkan prestasi cemerlangnya dan menjaga nama baik Malaysia di persada antarabangsa,” katanya.
Selain mempertahankan kejuaraan dua tahun berturut-turut di Jepun, Maleeq turut mencatat kemenangan di beberapa negara termasuk Thailand, Indonesia, Filipina, Hong Kong, dan Singapura.
Pelumba muda itu juga merangkul pelbagai kejuaraan tempatan, antaranya M8 Malaysia International Pushbike GP Series 2 2024 Langkawi, M8 Malaysia International Pushbike GP Series 4 2024 Petronas, dan M8 Magnificent Race 2024.
Selain itu, Maleeq berjaya menewaskan pelumba-pelumba cilik antarabangsa dalam Rockfish Cup International Championship 2024 yang berlangsung baru-baru ini.
Dorongan dari ibu, Datin Seri Nursyafira Mohd. Zain sentiasa berada di belakang kanak-kanak berusia 5 tahun ini.
Ibunya, Datin Seri Nursyafira Mohd. Zain, mendedahkan bahawa Maleeq sentiasa menunjukkan semangat juang yang tinggi walaupun pernah tercedera semasa latihan.
“Dia memang kanak-kanak yang kuat semangat. Begitu juga kakak dan abangnya, Mikael dan Mikayla, yang sentiasa menunjukkan prestasi terbaik walaupun pernah tercedera semasa perlumbaan.
“Kami sebagai keluarga sentiasa memberi sokongan padu, termasuk menyediakan pusat latihan khas di rumah agar anak-anak dapat mengimbangi akademik dan sukan dengan baik,” katanya.
Tiga beradik ini banyak mengharumkan nama negara dalam sukan pushbike di luar negara. Maleq bersama kakaknya, Mikayla dan abangnya, Mikael.
Bermula Di Rumah
Menyentuh soal bagaimana membahagikan masa antara minat dan pelajaran, baik ibu serta bapanya meletakkan keutamaan terhadap pelajaran terlebih dahulu dan memastikan ia tidak menjejaskan akademik anak-anak.
“Semuanya bermula di rumah. Kami melihat kesungguhan mereka, lalu mengambil jurulatih dan membina pusat latihan sendiri. Latihan hanya dilakukan pada waktu malam, manakala hari persekolahan sepenuhnya untuk belajar. Perlumbaan pula hanya pada hujung minggu agar tidak mengganggu pembelajaran mereka,” katanya.
Menurut Wan Muzri, yang juga Presiden The M8 Cycling Club, Maleeq akan terbang ke Jepun sekali lagi pada Januari depan bagi menyertai Kejohanan Run Bike Series (RCS).
“Maleeq akan membawa nama negara bersama abang dan kakaknya, serta tujuh pelumba lain — Fayyadh, Raziq, Izz Fast, Amni, Rafif, Ilyas, dan Dayyan. Saingan kali ini dijangka sengit, tetapi kami yakin dengan persiapan rapi, pelumba Malaysia mampu mencapai keputusan terbaik,” ujarnya.
Mengenai masa depan Maleeq selepas sukan pushbike, Wan Muzri berkata anaknya berhasrat meneruskan langkah sebagai pelumba sukan permotoran Mini GP, hasil kerjasama antara M8 Malaysia dan ZK Racing.
“Program ini memberi peluang kepada kanak-kanak berbakat untuk melangkah lebih jauh. Aktiviti sukan seperti ini bukan sahaja membina keyakinan diri tetapi juga membantu mereka bergaul dengan rakan sebaya,” ujarnya seraya mengakhiri perbualan.
Isteri ‘makan hati’ tanggung belanja rumah tangga,suami lebihkan keluarga sendiri. Dalam sebuah perkahwinan, tanggungjawab antara suami dan isteri perlu seimbang bagi memastikan kebahagiaan rumah tangga.
Namun, apa yang berlaku jika suami mengabaikan tanggungjawabnya terhadap keluarga sendiri dan lebih mengutamakan keluarganya yang lain? Situasi ini sering menyebabkan isteri berasa ‘makan hati’ dan tertekan kerana terpaksa memikul tanggungjawab yang sepatutnya dikongsi bersama.
Isteri sering dilihat sebagai tulang belakang dalam keluarga, memberikan sokongan emosi dan kewangan walaupun dalam keadaan serba kekurangan. Namun, apabila suami gagal memainkan peranan utama sebagai penyumbang utama kewangan keluarga, beban tersebut secara automatik jatuh ke bahu isteri.
Ramai isteri yang bekerja keras, bukan sahaja di tempat kerja tetapi juga di rumah, untuk memastikan keperluan keluarga dipenuhi. Malangnya, ada suami yang mengambil sikap tidak peduli dengan alasan bahawa keluarga isteri mampu berdikari sendiri.
Apabila suami lebih mengutamakan keluarga asalnya berbanding keluarga sendiri, ia boleh menyebabkan isteri berasa terabai dan tidak dihargai. Keadaan ini boleh menimbulkan konflik dalam perkahwinan kerana isteri mungkin merasakan bahawa pengorbanan mereka tidak diendahkan.
Perasaan terpinggir ini bukan sahaja mempengaruhi emosi isteri, tetapi juga hubungan mereka dengan suami. Jika masalah ini dibiarkan berlarutan, ia berpotensi menjejaskan keharmonian rumah tangga.
Islam dan budaya kita menekankan peranan suami sebagai pemimpin keluarga. Suami bertanggungjawab untuk menyediakan keperluan asas seperti tempat tinggal, makanan, dan pendidikan anak-anak. Lebih penting, suami perlu memastikan keseimbangan antara tanggungjawab terhadap keluarga asalnya dan keluarganya sendiri.
Suami juga perlu memahami bahawa keutamaan mereka selepas berkahwin adalah isteri dan anak-anak. Mengutamakan keluarga asal secara berlebihan, terutamanya jika ia menjejaskan kesejahteraan keluarga sendiri, adalah tindakan yang tidak adil.
Komunikasi Berkesan
Pasangan suami isteri perlu berbincang secara terbuka mengenai perasaan dan tanggungjawab masing-masing. Suami perlu mendengar keluhan isteri dan berusaha memahami tekanan yang dihadapinya.
Membahagi Tanggungjawab
Tanggungjawab kewangan dan pengurusan rumah tangga perlu dibahagikan dengan adil. Suami perlu mengambil inisiatif untuk membantu meringankan beban isteri.
Menyedari Keutamaan
Suami harus meletakkan keutamaan pada keluarga sendiri tanpa mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga asal. Keputusan kewangan dan masa perlu dibuat secara seimbang.
Mendapatkan Kaunseling
Jika konflik berlanjutan, pasangan boleh mendapatkan bantuan kaunseling untuk menyelesaikan masalah dengan cara yang profesional dan harmoni.
Sebuah perkahwinan yang bahagia memerlukan kerjasama antara suami dan isteri dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing. Suami perlu memahami bahawa keluarga yang dibina bersama isteri adalah keutamaan utama.
Dengan komunikasi yang baik dan sikap saling memahami, hubungan suami isteri dapat dipulihkan dan keluarga dapat kembali harmoni.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kaki kiri dipotong akibat kencing manis itulah nasib yang menimpa ibu kepada penyanyi terkenal Hafiz Suip. Kasih ibu membawa ke syurga, sebagai anak sudah pasti kita tidak mahu lepaskan peluang menjaga orang kesayangan apabila mereka jatuh sakit.
Sememangnya bukan mudah untuk menjaga orang sakit dan perlukan sokongan emosi. Apatah lagi ibu ayah yang banyak berjasa kepada kita. Mereka perlu dibelai dan diberikan keselesaan sepanjang mendapat rawatan.
Terbaru penyanyi yang berasal dari bumi kenyalang, Hafiz Suip memberitahu ibunya, Halizawati Salleh, 62, baru saja dipotong kaki akibat kencing manis. Namun ibunya dapat menerima perkara tersebut dengan reda.
“Kami sekeluarga juga terpaksa ‘berkampung’ di hospital lebih kurang sebulan lamanya sepanjang ibu dirawat di sana sebelum ini.
“Bayangkan selepas bertahun hidup dengan kedua belah kaki tiba-tiba sekarang ibu sudah tiada sebelah kaki,” kongsi Hafiz seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.
Tambah Hafiz lagi ibunya juga sudah dapat menerima takdir Ilahi dengan keadaan yang menimpa.
“Saya fikir, kami sebagai anak yang perlu menjadi ‘kaki’ (penguat semangat) buat ibu. Nampaknya ibu juga sudah reda menerima takdir ini dan sudah pandai bergurau dengan keadaan kakinya itu,” luah Hafiz.
Sambung Hafiz lagi, “Disebabkan penyakit itu sudah berkait dengan masalah organ lain serta tahap kencing manis ibu pun sudah terlalu tinggi, doktor menasihatkan untuk potong kaki hingga paras lutut kerana bimbang akan melakukan pembedahan berulang kali sekiranya terkena jangkitan,” katanya.
Hafiz yang kini sudah menetap di kampung halamannya turut merancang untuk menempah kaki palsu buat ibu. Malah Hafiz juga sering menemani ibu ke pusat perubatan di Kuching dek kerana berdepan masalah kesihatan.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Anak 6 tahun meninggal dunia tersepit celah besi meja lipat. Ibu kepada tiga orang anak, Riana Fitriasih Kusnan, 38 tidak menyangka anak bongsunya yang gemar bermain secara ekstrem, boleh membahayakan diri akhirnya meragut nyawa.
Nur Aqifah Humaira Abdullah, 6 maut selepas dipercayai tersepit celah besi sebuah meja lipat plastik dalam kejadian di Taman Seri Putera, Nibong Tebal.
Seperti mana dilaporkan Malaysian Gazette, Riana Fitriasih yang juga merupakan warga Indonesia, setiap hari pasti ada saja celoteh anak bongsu yang mana adakalanya membuatkan dirinya marah kerana kelakuan anaknya itu membahayakan diri.
“Anak bongsu saya itu suka sangat main secara ekstrem, bahayakan diri meskipun beratus kali dilarang tapi dia tetap mahu mencuba sehingga kejadian hari ini (semalam) yang meragut nyawanya,”.
Menceritakan detik cemas yang menimpa anak kesayangannya itu, sewaktu kejadian dirinya bersama dua lagi anak berada di rumah sebelum dikejutkan dengan jeritan anak sulung.
“Anak sulung memaklumkan anak bongsu saya ditemui dalam keadaan tidak sedar diri serta tersepit celah besi meja lipat di bahagian belakang rumah.
“Saya serta anak sulung berusia 10 tahun mengeluarkan mangsa daripada celahan besi meja itu sebelum mendapatkan bantuan jiran membawanya ke Hospital Parit Buntar, Perak untuk tindakan lanjut.
“Bagaimanapun, pihak hospital memaklumkan anak perempuan saya itu meninggal dunia ketika menerima rawatan,” kongsi ibu malang itu.
Riana yang juga ibu tunggal menerangkan meja tersebut tidak digunakan sebelum ini dan disimpan di bahagian belakang rumah.Malah arwah anaknya itu juga tiada sebarang perubahan ditunjukkan sebelum kejadian.
Riana telah kematian suami dan tinggal di situ sejak dua bulan lalu.
“Setiap hari mesti ada saja celoteh anak bongsu yang mana adakalanya membuatkan saya marah kerana kelakuannya itu membahayakan diri.
“Malah sebagai tukang cuci rumah sambilan saya tidak pernah tinggalkan dia sendiri kerana takut sesuatu menimpa disebabkan tindakannya yang suka mencuba sesuatu yang ekstrem.
“Saya reda dengan kehilangannya namun tidak sangka tindakannya yang sering saya larang itu meragut nyawanya,” luah Riana.
Tarikh Raya 2026 mula menjadi perbualan hangat selepas satu perkongsian di media sosial mendakwa kemungkinan Syawal diumumkan lebih awal seperti yang pernah berlaku pada tahun 2022.