Uqasha Senrose meragui status perkahwinan dakwa tarikh nikah berbeza seperti dicatat dalam sijil nikah. Terbaru menerusi perkongsian di Instagram Uqasha Senrose mendakwa berlaku kesilapan pada sijil nikahnya dan Kamal Adli.
Pemilik nama sebenar Nik Zaris Uqasha Nik Sen mendakwa dirinya bernikah pada 5 November namun di dalam sijil tercatat 4 November 2021.
Uqasha Senrose Ragui Status Perkahwinan
“Aku dinikahkan dan diakad atas pengetahuan aku pada 5 November 2021 pasa pukul 9 pagi.
“Tapi dalam sijil nikah, aku dinikahkan 4 November 2021 pada pukul 9:30 malam.
“Allahuakbar adakah sah perkahwinan ini? Cukupkah syarat sah perlahwinan?,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram.
Dakwa Diri Diperbodohkan
Pada masa yang sama Uqasha turut mendakwa dirinya diperbodohkan kerana pihak Kamal Adli dan keluarganya telah memanipulasi tarikh perkahwinan mereka.
Ads
“Selama ini aku diperbodohkan oleh seluruh keluarganya.
“Bapa aku juga dimanipulasi oleh si dia dan keluarga (Kamal) untuk kata sah sebab sudah ada wali?,” tulisnya.
Ads
Hadir Ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur
Sebelum ini Uqasha telah hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Rabu ditemani peguam, Nurfarhana Abd Manap bagi prosiding perceraian yang difailkan pada 1 Oktober lalu.
Jelas Nurfarhana, perceraian difailkan susulan tiada persefahaman. Memandangkan Kamal Adli gagal menghadiri prosiding harinini, mahkamah menetapkan prosiding ditangguhkan pada 28 Oktober nanti.
Kecederaan murid berpunca daripada kemalangan ketika bermain, dan bukannya akibat pergaduhan atau buli seperti yang tular di media sosial sejak pagi tadi.
Menurut Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Berampah, Ag Ku Jainuddin Ag Wahab, hasil siasatan awal mendapati insiden itu berlaku sewaktu murid berkenaan bermain bersama rakan di sekolah.
“Berdasarkan maklumat yang diterima, kecederaan murid berpunca daripada kemalangan ketika bermain dan bukannya kerana dipukul seperti yang tersebar di media sosial,” jelas beliau ketika ditemui.
Tambahnya, pihak sekolah telah mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap kejadian berkenaan dan segera membawa murid terbabit ke hospital bagi mendapatkan rawatan sebaik sahaja kejadian berlaku.
Beliau turut memaklumkan bahawa ibu bapa murid telah dimaklumkan mengenai insiden tersebut. Pihak sekolah juga memberi jaminan bahawa keselamatan dan kebajikan semua murid akan terus menjadi keutamaan utama.
“Kami juga akan mengambil langkah penambahbaikan bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang,” katanya.
Terdahulu, tular beberapa gambar di media sosial yang memaparkan seorang murid perempuan berpakaian seragam sekolah dengan kesan darah di kepala sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan pengguna internet.
Difahamkan, kejadian berkenaan berlaku kira-kira jam 11 pagi di sebuah sekolah rendah di daerah ini sebelum mangsa dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.
Penjelasan daripada Guru Besar SK Padang Berampah diharap dapat meredakan salah faham masyarakat berhubung isu tular tersebut. Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi tanpa maklumat sahih.
Setakat ini, keadaan murid yang terlibat dilaporkan stabil dan masih dipantau oleh pihak hospital.
Insiden ini menjadi peringatan tentang pentingnya pengawasan dan keselamatan ketika aktiviti luar bilik darjah, serta keperluan memastikan persekitaran sekolah sentiasa selamat untuk semua pelajar.
Zizi Kirana Tak Tersinggung. Penyanyi kecil molek yang juga aktivis kemanusiaan Zizi Kirana akui dirinya tidak berasa tersinggung apabila ada yang mengkritik penyertaannya dalam Misi Sumd Global Flotilla (GSF).
Sewaktu Zizi sedang berjuang di atas kapal dalam misi kemanusiaannya ke Gaza dirinya dipersoal kerana GSF disertai lelaki bukan mahram.
Pemilik nama sebenar, Nur Fazelah Mad Tahil pada waktu itu tidak mengetahui tentang isu yangh ditimbulkan itu.
“Setiap misi kemanusiaan mesti ada lelaki dan wanita.
“Tujuan kami sebagai peserta wanita adalah mewakili golongan wanita Malaysia untuk bertemu dan menyantuni saudara-saudara wanita kita di Gaza.
“Kalau ada pihak yang mempertikaikan soal mahram, saya rasa cukup saya minta izin daripada suami dan keluarga,” ujar Zizi seperti mana dipetik menerusi portal berita.
Pada masa sama Zizi turut menyatakan sebenarnya penyertaan kaum wanita dalam misi kemanusiaan seumpama itu juga sudah dijelaskan mufti dan jabatan agama. Malah dirinya juga tidak aktif dalam media sosial sejurus pulang dari misi kemanusiaan.
Keffiyeh Square Scarf direka daripada satin sutera mewah — ringan, berkilau dan eksklusif. Ia bukan sekadar pelengkap gaya, tetapi lambang cinta, keberanian dan identiti.
Keffiyeh Square Scarf direka daripada satin sutera mewah — ringan, berkilau dan eksklusif. Ia bukan sekadar pelengkap gaya, tetapi lambang cinta, keberanian dan identiti.
Tragedi Gunung Liang yang meragut nyawa pendaki berpengalaman, Mustaqqeem Mansoor, 34, membuka mata ramai pihak tentang bahaya pendakian di kawasan ekstrem dan pentingnya komunikasi dalam kumpulan. Dalam kejadian ini, rakan-rakan arwah tampil menafikan dakwaan tular bahawa mereka meninggalkan Mustaqqeem sendirian di puncak gunung. Malah, mereka menceritakan bagaimana mereka sanggup naik semula tanpa bantuan malim gunung untuk mencari rakan mereka yang hilang.
Muhammad Hafidz Mohd Kamal, 36, rakan karib dan rakan sekerja arwah, menjelaskan bahawa kumpulan mereka tidak pernah berniat meninggalkan Mustaqqeem. Menurutnya, insiden bermula sekitar jam 2 pagi Isnin ketika mereka dalam perjalanan ke puncak selepas melepasi Kem Iguana, salah satu titik pemeriksaan utama laluan Gunung Liang.
“Ketika itu arwah mengadu sakit kaki, jadi saya bantu membawa barangan seperti pakaian basah untuk mengurangkan bebannya. Kami memang perasan dia agak perlahan, tetapi dia masih mampu bergerak bersama malim gunung yang bertugas sebagai sweeper,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Slim River.
Selepas semua ahli kumpulan tiba di kaki gunung sekitar jam 6.30 pagi Rabu, Mustaqqeem didapati belum turun. Bimbang dengan keadaannya, Hafidz dan seorang lagi rakan, Rafiq, membuat keputusan untuk naik semula ke gunung tanpa menunggu bantuan atau pengiring rasmi.
“Kami beli bekalan makanan dan mula mendaki semula jam 12.45 tengah hari. Kami naik sendiri tanpa guide sebab bimbang masa semakin suntuk. Dalam perjalanan, kami terserempak dengan sweeper yang memaklumkan Mustaqqeem masih mencuba untuk turun dan dalam keadaan baik,” katanya.
Namun, selepas mencari hampir empat jam di beberapa kawasan seperti Kem 7E dan Lubuk Hantu, mereka gagal menemui sebarang tanda arwah. “Kami jerit panggil nama Mustaqqeem, tapi tiada sahutan. Ribut kuat mula melanda, jadi kami terpaksa berpatah balik,” jelas Hafidz yang masih kelihatan sedih ketika menceritakan pengalaman itu.
Muhammad Hafidz menegaskan bahawa kumpulan mereka tidak pernah meninggalkan Mustaqqeem bersendirian seperti yang didakwa di media sosial. “Kami tunggu di setiap checkpoint selama dua hingga tiga jam. Kami juga cuba hubungi melalui walkie-talkie tapi tiada isyarat. Mana mungkin kami tinggalkan dia,” katanya.
Tambahnya lagi, sebelum kejadian, dia sudah pun membantu membawa barangan arwah bagi memastikan Mustaqqeem dapat bergerak lebih mudah. “Kami tak tahu keadaan arwah semakin teruk. Dia cuma sakit kaki sedikit, itu perkara biasa dalam pendakian,” ujarnya.
Sementara itu, seorang lagi pendaki, Rafiq, 36, turut menyangkal tuduhan bahawa kumpulan mereka cuai atau tidak bertanggungjawab. “Dalam pendakian, kita saling menunggu. Tak wujud istilah tinggal rakan tanpa sebab. Kami pun buat apa yang terdaya untuk bantu,” katanya.
Beliau turut menggesa pihak berkuasa agar menilai semula prosedur keselamatan dan peranan malim gunung. “Malim gunung sepatutnya tidak meninggalkan mana-mana peserta, walaupun dalam keadaan lambat atau cedera. Laporan perlu dibuat segera sekiranya ada peserta terpisah,” katanya lagi.
Ekspedisi Trans Slim yang disertai sembilan pendaki termasuk dua wanita dan dua malim gunung bermula pada 11 Oktober dari Bukit Fraser. Kumpulan itu dijadualkan menamatkan pendakian pada Isnin, namun cuaca buruk menyebabkan mereka terpaksa menunda perjalanan keesokan harinya. Mustaqqeem kali terakhir dilihat sekitar jam 10.30 malam di puncak Gunung Liang Barat.
Sehari kemudian, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan selepas laporan kehilangan dibuat. Mayat Mustaqqeem akhirnya ditemui oleh pasukan penyelamat di kawasan puncak pada Khamis, dan hasil bedah siasat mengesahkan beliau meninggal dunia akibat hipotermia atau kesejukan melampau.
Tragedi Gunung Liang ini meninggalkan kesan mendalam kepada komuniti pendaki di Malaysia. Ia menjadi peringatan bahawa faktor cuaca, suhu rendah, dan keletihan boleh menjadi ancaman besar kepada keselamatan. Persiapan rapi, komunikasi yang baik, dan kepatuhan kepada arahan malim gunung adalah kunci utama untuk mengelakkan insiden serupa.
Rakan-rakan arwah menzahirkan kesedihan mendalam atas kehilangan Mustaqqeem Mansoor, yang disifatkan sebagai seorang pendaki berpengalaman, berhati-hati dan sentiasa membantu rakan lain semasa pendakian. Semangat persahabatan dan pengorbanan rakan-rakannya yang sanggup naik semula tanpa ‘guide’ menjadi bukti kasih dan setiakawan sejati dalam dunia pendakian.
Diuji tiada anak dalam perkahwinan, pelakon Siti Elizad berpendapat golongan wanita yang belum dikurniakan cahaya mata pasti mampu dan kuat menerima takdir hidup.