Jika teringin nak makan manisan pencuci mulut yang sedap dan mudah nak buat, boleh cuba resipi ‘Unbaked Chocolate Tart’ ini. Memang paling senang sebab guna 4 bahan sahaja dan paling penting tak perlu bakar dalam oven pun, sejukkan dalam peti sejuk je.
Berikut resipi daripada Puan Hidayah Salansebagai rujukan, boleh buat sendiri di rumah nanti.
“Resepi ni SUPER DUPER easy! Hanya gunakan 4 bahan je! Yep 4 bahan DAN tak perlu bakar! Cuma perlukan kasih sayang dan kesabaran sebab buat malam ni esoknya baru dapat makan.”
Biskut oreo
Butter
142 gram Whipping cream
213 gram Dark chocolote coin (Yaya guna Callebaut 811, memang dah cukup padu. Tak perlu tambah gula apa semua)
Serbuk kopi expresso / serbuk nescafe (jika mahu, kalau nak tambah, letak dalam 1 sudu kecil Yaya tak letak)
Cara Membuat :
1. Masukkan biskut dalam food processor, kisar kasar.
2. Cairkan butter dan gaul butter dengan biskut.
Ads
3. Tekankan adunan dalam loyang. Sejukkan dalam fridge.
4. Sementara tu, panaskan whipping cream dengan api yang kecil (tapi jangan sampai mendidih, cukup sekadar dia keluar buih-buih kat tepi mangkuk, tutup api). Masukkan dark chocolate coin (tips dia jangan terus kacau, biarkan chocolate terendam dalam 2 minit lepas tu baru kacau).Kacau sampai dark chocolate coin tu semua betul-betul dah cair.
Ads
3. Masukkan dalam loyang tart tadi dan sejukkan semalaman. Esoknya dah boleh makan dengan gembira!
4. Boleh deco dengan strawberries, blueberries, raspberries even oranges!
Ads
Sedap! Serious sedap! Sangat chocolaty. Jangan risau! Tak manis sebab kita pakai dark chocolate. Dan biskut oreo sebagai kulit tart tu betul-betul bagi lagi sedap sebab dia bagi tekstur rangup.
Kalau yang Yaya buat tu, loyang 6”, jadi Yaya agak-agak je biskut dan butter tu. Rasa kat tangan, kalau kita padatkan dia bercantum, dah okay dah tu.
Info Ekstra!
Kalau makan dia saje memang ada yang kata muak. Sebab tu kena padankan dengan buah strawberry, blueberry. Baru padu! Dan biskut tart tu kalau ada buat lebih boleh tabur atas dia masa nak makan. Jadi dia ada bagi rasa crunchy sikit.
MW: Sedapnya dan senang nak buat Tart Coklat ni. Tak perlu bakar dalam oven pun. Sesekali kalau nak buat untuk hari istimewa seperti harijadi anak, ulangtahun perkahwinan, dan sebagainya boleh buat tart ni. Jimat tak perlu beli.
Masih dalam bulan Syawal, kenikmatan rendang, ketupat dan lemang masih dirasai. Tapi bila tiap-tiap minggu menghadap makanan itu, mahunya bosan jugak kan. Kalau boleh nak rasa kelainan dalam masakan.
Apa kata kita cuba masakan kalio. Masakan ini ala-ala rendang juga. Kalau dah bosan dengan rendang, bolehlah ganti dengan kalio, boleh makan dengan ketupat atau lemang.
Rubiatul Addawiyah berkongsi resipi ini. Katanya:
Kalio ini lebih kepada masakan Minang Indonesia. Ia berkuah dan sesuai untuk anak-anak. Tapi kenalah letak sedikit je lada hitam supaya tidaklah rasa pedas. Rasanya pun seakan rendang.
Bahan-bahan:
Bawang merah,bawang putih,cili kering,halia, lada hitam diblend.
Ketulan ayam
Serai – dititik
Asam keping
Santan
Daun limau purut, daun kunyit
Gula, garam
Cara-cara:
1. Tumis bahan blend tadi sampai pecah minyak
2. Masuk serai, asam keping
3. Masuk ayam yang dipotong ikut suka
4. Biarkan ayam masak seketika.
5. Kemudian masuk santan. biar santan masak.
6. Perasakan dengan garam dan gula.
7. Masuk daun kunyit dan daun limau.
Kalau nak pedas, seimbangkan rasa cili dengan lada hitam.
Kalau tak pedas, anak-anak kecil boleh makan berkuah.
Nak letak kentang pun boleh.
Kalio guna cili kering kisar.
Kalio ni guna cili besar, sebiji saja. sebab tu warna dia sama warna dengan santan..
Saja nak cuba rasa kelainannya.
Gu dia, makan dengan nasi panas-panas.
Selamat mencuba
MW: Bolehlah mak-mak cuba yer. Bahan-bahan yang digunakan pun lebih kurang sama dengan masakan rendang. Bezanya tak ada kerisik kot.
Kalau nak masak dengan lebih cepa, bolehlah tinjau-tinjau produk kelengkapan di sini
Sumber: Rubiatul Addawiyah
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Selera terhadap masakan tradisi memang takkan padam. Masakan Melayu misalnya, memang mempunyai tarikan tersendiri. Tidak kira sama ada lauk pauk atau pun kuih muihnya.
Hujung minggu ni, apa kata hidangkan dua hidangan enak ini untuk keluarga iaitu Masam Lemak Telur Itik Dengan Delimbing Buluh dan Gulai Ketam Dengan Nanas. Memang sangat sedap, membangkitkan nostalgia masakan mak-mak di kampung.
Ini Resipi Selera Tradisi Ini
TELUR ITIK DENGAN BELIMBING BULUH MASAK LEMAK
Bahan-bahan:
5 biji telur
1 batang serai
1 helai daun kunyit | Hiris
10 biji belimbing buluh
Sedikit santan pekat
Sedikit santan cair
Sedikit garam
Bahan B (kisar):
4 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
3 biji cili padi kampung
1 biji cili merah
CARA MEMASAK:
Kisar bahan B dengan santan cair. Masakkan bahan kisar dengan serai sehingga mendidih menggunakan api yang kecil.
Apabila mendidih, pecahkan telur dalam mangkuk dan masukkan ke dalam kuah tadi secara perlahan-lahan. Jarakkan antara satu sama lain. Boleh dimasukkan sedikit cuka supaya telur tidak pecah.
Masak sambil dikacau perlahan sehingga telur mengeras. Tuang santan pekat, masukkan belimbing buluh, daun kunyit dan garam secukupnya. Terus kacau supaya pati santan tak pecah minyak.
Bila mendidih, bolehlah ditutup api supaya belimbing masih rangup.
Nota: Jangan masak telur terlalu lama kerana ia akan menjadi keras. Boleh juga dimasakkan telur di dalam bekas lain sebelum dimasukkan ke dalam kuah terutama jika telur kelihatan belum masak.
Cuba pula resipi selera tradisi ini…
GULAI KETAM BERSAMA NANAS
Bahan-bahan:
4-5 ekor ketam
½ biji nanas
1 paket kecil rempah kari ikan
1-2 sudu teh jintan manis | tumbuk halus
½ inci halia
4 biji bawang merah (2 ulas untuk menumis, 2 ulas masukkan dalam rempah)
2 ulas bawang putih
Sedikit daun kari jika suka
Santan secukupnya
Sedikit air panas
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Masukkan satu paket rempah dalam bekas, tambah sedikit air panas untuk jadikan pes.
Masukkan sedikit halia yang dipotong nipis dan memanjang, 2 ulas bawang merah dan jintan manis yang ditumbuk dalam pes tadi.
Sediakan bahan-bahan untuk menumis (bawang merah, bawang putih, dan halia yang di hiris nipis dan halus) serta daun kari.
Panaskan minyak, tumis bahan tumisan hingga berbau harum, masukkan pes rempah tadi. Tambahlan sedikit air.
Masak rempah sehingga naik minyak, kemudian masukkan ketam yang telah dipotong dua dan sudah dibersihkan.
Kacau sebentar, kemudian masukkan santan. Jika pekat, tambah sedikit air. Masak seketika.
Kemudian masukkan nanas yang dihiris nipis atau dihiris mengikut kesukaan anda.
Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih seketika. Tutup api dan sedia dinikmati.
Mee Goreng Basah. Membayangkan mee goreng yang basah berkuah macam ni memang mengundang selera. Apatah lagi makan panas-panas, letak cili jeruk dan perahan limau nipis.Nostalgia dulu-dulu, jika beli mee goreng macam ni dilapik dengan plastik dan dibungkus dalam surat khabar.
Nak mengimbau memori, boleh je kita buat mee goreng basah ni dan bungkus sendiri di rumah.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Emee Shamini sebagai rujukan;
Ni abang bukan beli tau. Abang masak Mee goreng nostalgia. Payah nak dapat rope mee goreng camni sekarang. Rencah dia kita boh sawi, tauge,isi ayam, taqua,teloq. Kita bungkuih siap dengan paper, baru datang kick dia. Kita boh jugek cabai jeruk dengan perahan limau nipih time kita makan. Memang surrr baq hang. Pebret mak andeh kita ni. Jempot makan geng. Tak hensem takpe, janji dapor berasap.
Resepi Mee Goreng Basah
Bahan-Bahan:
Sepeket mee kuning (lalukan dengan air paip)
Isi ayam
Air rebusan ayam
Telor
Sawi
Tauge
Bawang putih
Bawang merah
(Tumbuk halus)
Cili kisar
Sos tiram
Sos cili
Tauhu goreng yang dihiris
Kicap lemak manis
Kicap Masin
Cara Memasak:
1. Panaskan sedikit minyak, dan gorengkan 2 biji Telor. Hancurkan kasar, ketepikan.
2. Tambah sedikit mnyak pada kuali, tumiskan bawang biar agak garing.
3. Kemudian masukkan cili kisar, kacau rata. Tumis sampai cili masak.
4. Dah ok, masukan isi ayam dan kacau rata, biar seketika.
5. Masukkan sos tiram, sos cili dan terus masukkan air rebusan ayam. Biar mereneh seketika, kepekatan kuah ikut sukatan memasing.
6. Letakkan kicap lemak manis dan sedikit sahaja kicap masin. Biar mendidih masukkan tauhu,telor.
7. Akhir sekali masukkan mee. Kacau rata kemudian letak sawi dan tauge. Kalau warna kurang, curahkan kicap lemak manis lagi. Kacau rata dan tutup api.
MW: Memang menarik resipi mee goreng basah yang dikongsikan ini. Nampak sangat sedap dan cukup membuka selera. Bertambah nostalgia pula bila bungkus dalam ‘paper’. Boleh cuba buat sendiri di rumah nanti.
Sebagai seorang wanita pada realitinya banyak pengorbanan yang perlu dilalui termasuklah dalam mengharungi dunia percintaan. Begitu juga dengan watak Radwa yang mengajar kita bahawa...