
Tragedi Lemas
Rupanya tragedi lemas akibat kepala air di Sungai Sedim itu sedang meraikan sambutan ulang tahun anak kepada kakak sulungnya Nur Atikah, Nur Atiya Sofiya Shazwan, 7, dengan aktiviti perkelahan.
Semuanya berlaku begitu pantas, tiga mangsa maut iaitu Nur Atikah Abdullah, 28, sepupunya, Muhammad Aariz Danial Md Radzi, 3, dan seorang lagi pengunjung kanak-kanak, Muhammad Uzair Ahmadi Hussain, 12.
Nur Arif Sukri, 26, berkata, cukup memilukan apabila tragedi itu berlaku tanpa diduga, malah sedang meraikan hari lahir seseorang.
“Benda berlaku sekelip mata, masa itu saya nampak kakak dah ada di tebing sungai, saya ingat dia dah selamat, tak tahu pula lepas tu dia pun dibawa arus,” katanya.
Menurut laporan Sinar Harian, kejadian berlaku apabila dia bersama kira-kira 10 ahli keluarga lain sedang berkelah di pusat peranginan tersebut.
“Saya baru sudah makan nasi. Lepas tu kakak beritahu dia nampak kepala air, tiba-tiba saja air deras, mereka kira-kira lapan orang termasuk kakak, abang ipar, anak saudara dan adik-adik lain tengah mandi dalam air.
“Saya ada atas tebing, terkejut terus turun masuk, mula-mula saya sempat tarik adik dua orang umur 12 dan lima tahun, capai dan peluk tapi disebabkan arus kuat, terlepas juga, mujur mer
eka berjaya diselamatkan orang lain, saya pun hanyut juga tapi cuba berpaut pada ranting dan dibawa ke tebing sungai,” katanya.Begitulah takdir yang perlu disambut oleh keluarga ini, cukup berat namun reda dengan ujian Allah. Apa pun, kita doakan keluarga mangsa tabah dan semoga yang pergi bertemu Tuhan di tempatkan di kalangan orang beriman dan soleh.
Al Fatihah.