Kekeluargaan

Tun Dr Mahathir Dapat Cicit Pertama, Ally Mukhriz Selamat Bersalin Bayi Lelaki

Share

Tahniah buat keluarga Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali kerana telah menerima cicit sulung selepas anak kepada Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir iaitu Ally Mukhriz, selamat melahirkan bayi lelaki, semalam.

Tun Dr Mahathir Dapat Cicit Pertama

Bayi yang diberi nama Eden Zakaria Ezran Cheah itu dilahirkan pada 16 Ogos 2026, jam 8.48 pagi dengan berat 2.9 kilogram.

Ally menerusi hantaran di Threads berkata, dia dan suaminya, Ezran, amat gembira mengumumkan kelahiran cahaya mata sulung mereka.

Katanya, mereka turut merakamkan penghargaan kepada semua yang menitipkan ucapan dan doa buat keluarga mereka.

“Ezran dan saya dengan gembira ingin mengumumkan kelahiran cahaya mata lelaki kami, Eden Zakaria Ezran Cheah.”

“Dilahirkan pada 16 Ogos 2026, jam 8.48 pagi dengan berat 2.9 kilogram.

“Terima kasih kepada semua yang mengirimkan ucapan dan doa. Kami berharap dapat berkongsi lebih banyak berita dengan anda tidak lama lagi,”

katanya.

Ally Mukhriz Selamat Bersalin Bayi Lelaki

Dalam pada itu, ibu Ally, Tok Puan Norzieta Zakaria, turut berkongsi kegembiraan menyambut kehadiran cucu sulungnya menerusi hantaran di Instagram.

Menurut Norzieta, kehadiran bayi berkenaan memenuhi hati seluruh keluarga dengan rasa kasih dan kegembiraan.

Assalamualaikum. Segala puji bagi Allah. Hati kami dipenuhi rasa kasih dan syukur kerana dengan penuh sukacita kami menyambut kehadiran cucu kesayangan kami ke dalam keluarga.”

“Selamat datang ke dunia, si kecil! Kamu sudah begitu disayangi,” ujarnya.

Berita gembira itu turut mendapat perhatian pengikut di media sosial yang membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan doa buat Ally, Ezran serta keluarga.

Gambar: Astro Awani

 

Published by
Nadia Mohamad