Tukang Masak Kongsi 3 Barang PENTING, Sental Periuk Belanga Jadi Bersih Berkilat!

Share

Kebiasaannya bila kita selalu masak, periuk belanga yang digunakan akan berkerak hitam dan payah nak dibersihkan walaupun dah sental dengan macam-macam cara. Namun tukang masak ini, ada cara tersendiri dalam memastikan periuk belanga yang digunakan disental setiap 2 minggu sekali dan jadi bersih berkilat! Hanya menggunakan 3 bahan iaitu gosok periuk kasar, gosok periuk halus dan sabun mandi.

Mak-mak boleh baca perkongsian Puan Tinie Razak
ini sebagai rujukan;

“Baru selesai menggosok periuk belanga dengan 3 barang ni je.Memang selama ni, saya guna 3 barang ni untuk tonyoh periuk belanga saya.Semoga bermanfaat untuk semua.”

1. Gosok periuk kasar (scotch brite)

2. Gosok periuk halus (steel wool)

3. Sabun mandi popinjay hijau (sabun cap burung)


Dan semestinya air lah.

Update:

  • Saya guna sabun popinjay ni sebab dia cepat kembang (macam sabun kapak) bila terendam air, kebanyakan sabun mandi yang lain, dia lambat sikit. So, saya akan tekapkan kat sabun dan gosok. Sabun ni saya beli dekat nsk. Tapi dekat kedai runcit or pasaraya pun ada je.
  • Ada yang komen cakap, kononnya saya jarang masak, sebab tu periuk belanga bersih. Saya owner Tinie’s Kitchen. Seorang tukang masak dan kerja saya memang memasak.
  • Cumanya, setiap 2 minggu sekali saya akan kumpulkan periuk belanga dan gosok sekali harung. So, tak sempatlah nak berkerak tebal. Dan usia periuk belanga ni dah 5 tahun pun.
  • Mana yang berkerak tebal pulak, sis semua boleh kikis dulu dengan pisau, kemudian gosok dengan yang kasar kemudian yang halus pulak. (Nak seribu daya kan?)
  • Tak semua steelwool berkesan, so kena pandai cari. Yang saya guna ni jenis yang bungkus besar, pastu nak guna kena tarik-tarik dulu.

Semoga post ini membantu ye.

Baca Lagi Di Sini:

6 Cara Mudah Hilangkan Kesan Hangus Pada Periuk Kesayangan, Sila Cuba Gerenti Jadi!

Ini Bukti Kuali Karat Berkerak Hitam Kembali Kilat, Sental Guna 7 Petua Dapur Mak Mak

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi mak-mak yang ada masalah periuk belanga berkerak hitam, payah nak bersihkan jadi berkilat tu boleh cuba cara berkesan yang dikongsikan ini.

Sumber: Tinie Razak

IKLAN