Tuduh YB Fadhlina Sepupu Dengan Pengetua Sekolah Arwah Zara, Wanita Akui Fitnah Menteri Pendidikan

Share
Tuduh YB Fadhlina sepupu dengan pengetua sekolah arwah Zara, wanita akui fitnah Menteri Pendidikan. Fitnah yang bermula dari jari akhirnya memakan diri.
Itulah yang berlaku kepada seorang wanita dikenali sebagai Noor Ramzilaa di akaun facebook yang telah menulis fitnah kononnya Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek mempunyai kaitan persaudaraan  dengan pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, arwah tempat Zara Qairina ditemui di bawah bangunan asrama.

Fitnah ditulisnya itu selepas menonton satu siaran langsung dari seorang Tik Tokers dikenali sebagai Jufazli yang sering mendukung perjuangan #justiceforzara. Fitnah ditulis oleh Noor Ramzilaa menjadi tular dan dipercayai oleh ramai orang.

Namun hari ini, wanita ini tampil membuat pengakuan maaf secara terbuka di media sosialnya dan mengaku perkara ditulisnya adalah fitnah semata-mata.

“Dengan rendah diri saya ingin membuat PERMOHONAN MAAF SAYA KEPADA MENTERI PENDIDIKAN YB FADHLINA SIDEK atas komen saya yang memfitnah beliau sepupu dengan pengetua sekolah zara.

“Hal ini dilakukan saya tanpa menyelidik kebenarannya dan saya  terus memberikan komen sebegitu di facebook. Saya memberikan komen selepas menonton live dari Jufazli dan dari screen rekod yang orang share di Tik Tok.

“Saya betul-betul meminta maaf atas apa yang berlaku. Saya mengaku saya bersalah. Apa yang saya komen ini dapat info dari Jufazli (bukan dari saya) boleh dikenakan tindakan undang-undang.

“Sekali lagi, saya betul-betul minta maaf atas perbuatan saya ini. Dan saya janji saya tidak akan ulangi lagi perbuatan ini,” katanya yang turut merayu agar orang ramai tidak mengganggu keluarganya kerana suaminya ada ada masalah skizofernia. Bahkan dirinya meminta agar anak kecilnya juga tidak ganggu  selepas fitnah ini tular di media sosial.

Published by
Almaswa Haji Che Ros