Hernia atau dalam bahasa mudahnya merupakan benjolan yang muncul di bahagian ari-ari. Ia juga dikenali sebagai angin pasang. Angin pasang bukan sahaja masalah bayi lelaki, dalam kes tertentu ada juga bayi perempuan yang mengalami hernia. Mingguan Wanita TalkShow hari ini membicarakan isu hernia yang menjadi kebimbangan ibu bapa melibatkan bayi lelaki baru dilahirkan terutamanya.

Slot istimewa yang dikendalikan oleh Siti Elizad dan hos gandingan; Erra Fazira berpeluang bertemu sendiri Dr. Syariz Izry Sehat yang merupakan Pakar Bedah Pediatrik Avisena Women’s and Children’s Specialist Hospital, Shah Alam. Menurut Dr Syariz, hernia adalah benjolan yang berkembang di bawah kulit, di rahim atau pangkal paha di dalam saiz berubah-ubah. Hernia kebanyakannya muncul di kawasan perut tetapi juga boleh didapati di kawasan seperti ari-ari dan pangkal paha.

Ibu bapa yang baru menyambut kelahiran bayi, haruslah sentiasa peka dengan keanehan bonjol yang timbul di kawasan ari-ari anak mereka. Segera rujuk kepada mereka yang lebih pakar. Elakkan pergi berurut, kerana ia tidak memberi perubahan kekal malah menyebabkan anak-anak ini terus mengalami hernia. Dr. Syariz juga menasihatkan elakkan menuam dan menampal daun sirih serta daun herba di kawasan benjolan. Ia bukan melegakan sebaliknya membuatkan anak semakin tidak selesa dan akan menangis kesakitan.

IKLAN

Lazimnya pembedahan adalah alternatif terakhir bagi merawat hernia. Ajaibnya proses penyembuhan kanak-kanak dan bayi yang baru dibedah, lebih pantas. Elakkan menangguh-nangguh dan merujuk masalah anak kepada pihak yang salah. Dibimbangi hernia dialami anak lebih serius.

Tuam & Tampalan Daun Sirih Tak Boleh Hilangkan Hernia

IKLAN

Hernia juga bukan isu kanak-kanak, malah menjadi sebahagian daripada isu lelaki dewasa juga. Peratusan wanita mengalami hernia adalah 1 : 30 dan menurut pakar kedua; Prof Dr Mohamad Salleh Abdul Aziz, merupakan pakar perunding  Am, Hospital Islam Az-Zahrah, Bangi dalam kes tertentu, ada juga pesakit hernia yang mendiamkannya dan saiz nya membesar sehingga ke sebesar sebiji kelapa. Selain menyukarkan ia melalui kehidupan harian, dia perlu berdepan dengan ketidakselesaan dan kesakitan yang berpanjangan.

IKLAN

Elakkan membuat tanggapan sendiri dan mengambil ubat alternatif dengan harapan dapat meredakan hernia. Hernia ini mempunyai pecahan yang banyak dan rata-rata lelaki yang menghidapinya dikalangan atlet dan mereka yang bekerja berat. Sebenarnya bagi mencegah hernia, beberapa langkah pencegahan wajar dilakukan. Prof Dr Mohamad Salleh turut berkongsi do and don’ts khususnya buat lelaki bagi mencegah berlakunya masalah hernia.

Turut berkongsi pengalaman, selebriti Ifa Raziah bercerita mengenai kesakitan yang dilalui hampir tiga tahun lalu. Daripada empat penyakit yang dialami salah satunya merujuk kepada hernia tetapi melibatkan bahagian ususnya. Beliau yang bakal menunaikan ibadah umrah 13 Januari ini, berkongsi tips dan kesedaran diri dilakukan demi kehidupan lebih baik daripada sebelumnya. Nak tahu apa pesan Ifa Raziah, jangan lupa ikuti ulangan isu menarik berkenaan hernia jam 8 malam ini, di Astro Prima 105 dan Prima HD 121.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI